Archive for May, 2009

SALAM DARI PENANG

Posted: May 28, 2009 in GENERAL

Alhamdulillah kami selamat berhijrah ke Pulau Pinang setelah bertungkus lumus mengemas barang di saat-saat akhir. Walaupun sedia mengetahui tentang penghijrahan ini pada awal bulan April, kesibukan kami suami isteri tidak mengizinkan kami untuk berkemas lebih awal. Mujur juga mak dari KL datang membantu untuk mengemas area yang paling digeruni iaitu – DAPUR!

Di Penang so far so good walaupun masih teringat-ingat kenangan di Kuantan. Walaupun sekadar perantau di bumi Pahang, banyak kenangan indah di sana. Saya kira jika saya menjadi suri rumah sepanjang berada di Kuantan, mungkin impaknya tidak sehebat ini. Tetapi memandangkan saya telah memulakan bisnes yang mempunyai sentimental value di sana selain mengembangkan ukhuwah, penghijrahan ini menjadikan saya begitu sedih untuk meninggalkan Kuantan.

Pun begitu, tidaklah bermakna saya tidak suka untuk kembali ke Penang. Saya happy tetapi mungkin mengambil masa sedikit untuk mengimbangi segalanya. Di Utaralah sebahagian besar keluarga kami berada. Walaupun masih baru di Penang, saya yakin ukhuwah akan terus berkembang di sini. Mujur ada suami yang boleh dikatakan ‘master’ juga area-area di Penang. Alhamdulillah, melihatkan dia mempunyai ramai kenalan dan sahabat di sini, hati saya semakin tenang….

So Penang – Here I come!

Tip-tip di bawah dikongsi bersama oleh Ibu Zarah yang mempunyai pengetahuan luas di dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Pendekatan Islam Dalam Mendidik Anak-Anak

1.  Mendidik mestilah dengan aqidah :

(a) Kenalkan Allah sejak anak kecil lagi.

(b) Tanamkan rasa sayang pada Allah.

(c) Tanamkan rasa syukur atas nikmat Allah.

(d) Tanamkan sifat taqwa kepada Allah.

(e) Sering ceritakan kisah-kisah Nabi dan sahabat untuk dijadikan contoh tauladan oleh anak.

**********************

2.  Mendidik mestilah dengan hati yang ikhlas :

(a) Penuh naluri keibuan dan jiwa pendidik.

(b) Marah, tegas, manjakan anak mestilah atas sebab nak didik mereka.

(c) Tunjukkan sikap peka, prihatin pada anak/murid.

(d) Pamerkan sayang dan kasih pada mereka.

(e) Jangan sorok/simpan kasih dan sayang itu.

**********************

3.  Mendidik mesti ada matlamat :

(a) Kemana nak diarahkan anak kita/murid.

(b) Budaya apa nak diterapkan dalam keluarga/sekolah.

(c) Sistem apa nak dipakai dalam keluarga/sekolah.

**********************

4.   Mendidik mesti senada, seirama :

(a) Ibu dan guru mesti sama arahan dan amalannya.

(b) Kalau guru suruh tutup aurat, ibu pun kata begitu.

(c) Kalau ibu kata maghrib tak boleh tengok t.v, guru pun di rumahnya maghrib tak buka t.v. Murid tak tahu, tapi Allah tahu.

**********************

5.   Mendidik mesti dengan akhlak dan contoh :

(a) Nak suruh anak solat, ibu/guru mesti solat dulu.

(b) Nak suruh anak bercakap sopan, ibu/guru mesti bercakap sopan dulu, bukan asyik menengking, menjerit tak tentu pasal.

(c) Nak suruh anak baca buku, ibu/guru mesti tunjukkan yang kita pun suka baca buku. Baca bersama mereka.

(d) Suruh/’Cakap serupa bikin’.

**********************

6.   Mendidik mesti dengan sabar :

(a) Sabar dengan kerenah mereka.

(b) Sabar dengan kemampuan mereka, tidak terlalu meletakkan harapan yang tinggi tapi sebenarnya anak belum mampu.

(c) Sabar dalam memberi tunjuk ajar, bukan beranggapan mereka tahu semua.

**********************

7.   Mendidik mesti dengan disiplin :

(a) Disiplinkan anak waktu belajar, bermain dan berehat.

(b) Budayakan meminta izin sebelum keluar ke mana-mana supaya mereka tidak bebas sesuka hati nak ke mana,
balik pukul berapa, dengan siapa.

(c) Sentiasa ingatkan mereka agar memilih kawan yang baik, kenal kawan mereka.

(d) Periksa kerja sekolah anak, berhubung dengan guru mengenai perkembangan anak di sekolah.

(e) Hadir program yang diatur oleh sekolah.

**********************

8.   Mendidik mesti dengan cara yang betul :

(a) Dapatkan maklumat untuk didik anak sewaktu mereka kecil.

(b) Mendidik anak lelaki amat berbeza dengan mendidik anak perempuan.

(c) Kenal pasti perdekatan/didikan kepada anak sulung, anak kedua dan anak bongsu.

(d) Kaedah mendidik anak remaja sangat berbeza dengan cara mendidik anak yang kecil.

(e) Rajin hadirkan diri ke kursus atau majlis-majlis ilmu mengenai pendidikan.

(f) Rajin membaca buku-buku cara mendidik anak yang dijual di pasaran supaya kita menjadi ibu/guru yang bermaklumat.

(g) Sumber rezeki mestilah dari sumber yang halal.

(h) Ibu bapa pastikan tidak berhutang dengan pihak sekolah agar ilmu yang diajar berkat.

(i) Guru haruslah amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

**********************

9.   Mendidik mesti dengan doa :

(a) Sentiasa doakan agar anak/ murid terang hati mereka untuk menerima pelajaran.

(b) Doakan kejayaan anak/murid.

(c) Doakan kesejahteraan semua. Ibu bapa doakan guru, guru doakan ibubapa.

(d) Yakin dengan apa yang didoakan akan dimakbulkan Allah.

**********************

Dikongsi bersama oleh:

Hjh. Zaharah binti Awang
Timbalan Pengerusi
Persatuan Tadika Islam Malaysia

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai info ini atau menjemput
Puan Hjh Zaharah sebagai penceramah, bolehlah menghubungi beliau
di nombor telefon
 012 – 2788879.

Sekian, Wassalam.

 

Hari ini telefon bimbit saya tidak henti-henti menerima SMS ucapan Hari Guru. Saya pasti, perkara yang sama dilalui oleh semua pendidik tidak kira di mana pun mereka berada. Seperti mereka, saya juga sibuk mengirimkan SMS kepada semua pendidik yang saya kenal.

Sememangnya Hari Guru dinanti oleh para guru. Bukanlah hadiah diharapkan… cuma sudah menjadi budaya masyarakat, pada Hari Gurulah selalunya guru-guru dikenang. Walaupun mungkin hanya dikenang setahun sekali, sekurang-kurangnya tercapai juga hasrat untuk mendengar ucapan “Terima Kasih Cikgu” daripada anak-anak murid tersayang. Malah pada Hari Guru, penghormatan dan penghargaan yang diberikan adakalanya cukup luar biasa.

Bagi sebilangan besar pendidik, Hari Guru tidak akan dianggap sebagai perayaan “setahun sekali”. Hari Guru akan dilihat sebagai satu peluang yang cukup berharga dan tidak ternilai untuk mendekati anak-anak murid mereka. Anak-anak murid juga begitu, pada hari inilah mereka akan bergelak ketawa bersama guru-guru mereka, malah bertepuk bertampar.

Mengapa ya perkara sebegini tidak dijadikan budaya? Mengapa setiap hari tidak dikira sebagai Hari Guru? Mengapa guru-guru juga tidak dapat melayani anak-anak murid mereka dengan penuh kemesraan pada hari-hari lain? Pada hari-hari lain, anak-anak murid adalah pelajar yang belajar, guru-guru pula adalah guru yang mengajar. Namun pada Hari Guru, ia lebih dari itu. Pada Hari Guru, mereka adalah sahabat.

Bercakap mengenai guru contoh, saya gemar merujuk kepada Ron Clark. Bagi yang pernah menonton filem The Triumph (Ron Clark Story) pasti mengetahui sedikit sebanyak latar belakang beliau. Bagi yang belum pernah mendengar nama Ron Clark, beliau adalah guru contoh yang amat dikenali di serata dunia. Buku beliau “The Essential 55” menjadi panduan dan rujukan bukan sahaja oleh pendidik di Amerika Syarikat, tetapi juga di negara-negara lain. Ron Clark adalah pengasas Ron Clark Academy yang mana pelajar-pelajarnya begitu cemerlang di dalam pelbagai bidang (bukan akademik sahaja). Beliau juga pernah dianugerahkan American Teacher of the Year.

Kejayaan Ron Clark pasti disebabkan pendekatan ‘unik’ yang dipraktikkannya, satu pendekatan yang mungkin diabaikan oleh ramai pendidik di Malaysia – Kesungguhan, keikhlasan, komitmen dan nilai persahabatan, juga nilai kekeluargaan. Mungkin pada kita, kejayaan akademik/IQ adalah segala-galanya. Pun begitu bagi pendidik seperti Ron Clark, EQ memainkan peranan yang jauh lebih penting.

Mudah-mudahan kita dapat berubah!

Salah satu scene dari filem “The Triumph”. Hayati pendekatan yang digunakan. Di dalam filem ini, watak Ron Clark dilakonkan oleh Matthew Perry (popular sebagai Chandler Bing melalui sitkom Friends). ‘Punishment’ yang dimaksudkan bukanlah merotan, mengutip sampah atau berdiri di atas kerusi. ‘Punishment’ yang dimaksudkan ialah jalan penyelesaian yang boleh membantu anak-anak murid beliau. Hayati!

The real Ron ClarkKenali beliau melalui video ini : 

SO COME ON TEACHERS, LET’S HAVE FUN!
SELAMAT HARI GURU
KEPADA SEMUA PENDIDIK DI MALAYSIA
ATAU DIMANA JUA BERADA!

RESEPI : Ikan Kukus

Posted: May 15, 2009 in RECIPES

Resepi ini sumbangan sahabat dari Tawau iaitu Saufi atau nama glamournya “ConanX”. Nampak menarik ni, jom cuba! Resepi disalin dari https://syalinamd.wordpress.com/2009/03/31/resepi-terung-goreng-kaw-kaw/ (ada bahagian yang diedit).

Bahan-bahan :

Ikan (isi putih, ikan merah atau kerapu)
Kicap cair setengah gelas
Sos tiram 3-4 sudu besar
Bawang merah 3-4 ulas (dihiris)
Sedikit halia (dihiris)
Minyak untuk menggoreng
Tempat untuk mengukus

Cara-cara :

1. Hiris belakang ikan yang sudah dibersihkan sehingga 3 inci ke dalam.

2. Letakkan ikan di atas dulang kukus.

3. Selitkan halia ke dalam belakang ikan, bahagian perut ikan yang kosong dan selebihnya ke atas ikan tadi.

4. Campur dan gaulkan kicap cair bersama sos tiram sehingga sebati dan siram ke atas ikan.

5. Goreng bawang merah yang sudah dihiris dengan minyak sehingga baunya wangi.

6. Siram/tuang bawang yang digoreng tadi ke atas ikan bersama minyaknya sekali.

7. Kukus ikan sehingga masak lebih kurang 15-20 minit (bergantung kepada jenis ikan).

Tiada garam, tiada gula tetapi sedap dan berkhasiat!
(Cuma pastikan minyak tiada kolestrol hehhe)

 

Alhamdulillah pada 9 Mei 2009 lepas, Bengkel Asuh Fitrah berjaya diadakan di Kuantan. Hasrat di hati nak melihat dewan dipenuhi oleh para ibu bapa dan pendidik, pun begitu mungkin kerana kesibukan atau kebetulan tarikhnya kurang sesuai maka tidak ramai yang hadir.

Pun begitu, pujian harus diberikan kepada Puan Rosnah Ahmad kerana mengendalikan bengkel tersebut bersungguh-sungguh walaupun pesertanya tidak ramai. Ini adalah kali kedua saya menyertai bengkel berkenaan, kali pertama semasa di Kuala Lumpur beberapa bulan lepas manakala bengkel di Kuantan baru-baru ini adalah yang kedua.

Sungguhpun saya adalah penganjur, saya kira saya perlu menghadiri bengkel tersebut. Malah jika berkesempatan, saya rasa saya perlu menghadiri setiap sesi Bengkel Asuh Fitrah yang dianjurkan selagi mana termampu. Ini adalah kerana walaupun info asasnya adalah sama, soalan-soalan yang diutarakan oleh para peserta adalah berbeza. Melalui sesi soal jawab saya mendapat banyak maklumat bonus kerana masalah dan kebimbangan ibu bapa/pendidik terhadap anak-anak mereka adalah pelbagai. Jadi, banyak yang boleh dipelajari di sepanjang sesi berlangsung.

Alhamdulillah, suami saya juga bersetuju menyertai bengkel kali ini. Tahniah juga kepada Encik Safwan dari UMP kerana hadir bersama isterinya Puan Halimah (juga dari UMP). Sekurang-kurangnya tercapai juga hasrat kami untuk melihat bengkel ini dihadiri oleh kaum bapa.

Pastinya bengkel ini jika dihadiri oleh pasangan suami isteri akan lebih meninggalkan kesan kerana sama-sama boleh belajar dan memperbaiki diri demi kebahagiaan anak-anak dan keluarga. Malah, CD pun saya cuma berikan sekeping sahaja sungguhpun mereka hadir berdua. Mudah-mudahan sekeping CD itu boleh bertindak sebagai ‘manual perkongsian’ mereka.

* Kami juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir! *

Banyak perkara yang disampaikan melalui bengkel tersebut “terkena batang hidung saya sendiri”. Sungguhpun tidaklah sampai ke tahap “kritikal”, banyak boleh diperbaiki lagi sebenarnya. Pun begitu syukur Alhamdulillah, pada masa yang sama banyak juga perkara yang sudah pun kami praktikkan di rumah dan tadika. Namun, kami (diri saya, suami dan guru-guru tadika saya) sedar bahawa banyak aspek boleh dinaik taraf lagi.

Salah satu perkara penting yang saya harus perbaiki segera ialah menjadi role model yang baik kepada anak-anak. Sebagai contoh, baru-baru ini suami memberitahu saya bahawa Adam Yusuf menendang kucing di surau. Beristighfar juga saya. Mana tidaknya, sebelum ini dia begitu menyayangi kucing.

Dan hari ini saya melihat dengan mata kepala saya sendiri. Adam Yusuf memijak belakang anak kucing! Puas saya memikirkan mengapa Adam Yusuf bertindak begitu. Akhirnya saya mendapat jawapan kepada soalan saya sendiri…

Ia mungkin disebabkan karenah saya yang begitu fobia dengan kucing. Setiap kali kucing datang, saya akan menolak kucing dengan kaki atau meminta bantuan suami untuk menghalau kucing-kucing yang malang itu.

Ya, mungkin kerana itu! Bagaimana ya saya mampu menerangkan kepada Adam Yusuf bahawa saya tidak membenci kucing? Saya cuma fobia sejak dari kecil lagi. Saya pernah mengurungkan diri di dalam kereta apabila seekor kucing manja cuba ‘menyerang’ saya sehinggakan suami terpaksa mengambil time-off untuk menjadi hero menyelamatkan saya!

Adam Yusuf terlalu kecil untuk memahami situasi ini… dia belum memahami maksud ‘fobia’ (walaupun dia sendiri fobia melihat lipas). Nampaknya sudah tiba masanya saya sendiri yang berubah demi kebaikan. Terpaksalah saya berpura-pura memberanikan diri ketika berhadapan dengan kucing. Gulp!

*************************

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Asuh Fitrah atau menjemput
Puan Rosnah Ahmad sebagai penceramah, bolehlah menghubungi beliau

di nombor telefon 013-9308873.

 

Moga mesejnya sampai…

*****************************

* REPLIED VIA YAHOOGROUPS *

Salam,

Lina quoted kata-kata kak rosnah di bawah ini which is very very (sadly) true. Bila bercakap soal ini, I get quite emotional juga especially when it comes to Montessori method. I believe so much in Montessori although I don’t have the equipments, even Practical Life exercises sekali pun tak banyak dapat dipraktikkan di tadika dan rumah kerana kos.

Pun begitu tetap dipupuk nilai-nilai dan aktiviti praktikal yang tidak memerlukan modal yang besar, contohnya kami pastikan anak-anak kami (anak sendiri & tadika) membuka, memakai dan menyusun kasut mereka sendiri, menyimpan beg mereka sendiri, memberi mereka ruang untuk bergaul sesama mereka (4-6 tahun) di mana mereka akan lebih bertanggungjawab/menghormati ‘adik-adik’ mereka di sekolah & begitulah sebaliknya, bangun mengambil makanan sendiri (next time buffet senang jika dilatih begini :D) dan lain-lain lagi yang termampu.

Kami juga tiada slide/seesaw/swing sets (bukan tak mahu tapi tak mampu) – BUT FINE, kami adakan telematch/outdoor games sahaja…. yang penting they move around and most importantly, they enjoy themselves!

Hey, you know what? Telematch is a great thing. Kerana telematch, seorang budak lelaki melayu yang semacam anti dengan seorang budak india perempuan di tadika kami akhirnya menjadi kawan. Yes, they learn the value of friendship, reponsibility and how to work as a team – at no cost!

Apa yang menjadikan lina sedih ialah apabila tadika-tadika Montesori hampir kesemuanya (‘hampir’ – bukan semua) dilabel sebagai sekolah elit. Di Lembah Klang contohnya, sekolah-sekolah Montessori lebih banyak di kawasan-kawasan elit seperti Damansara, Bangsar dll. Jadi faham-fahamlah, apabila dibangunkan di kawasan elit, maka yuran pun naik lima kali ganda.

Sad scenario… ini menjauhkan Montessori dari masyarakat di mana ia amat merugikan sedangkan Maria Montessori sendiri pun bermula dengan penuh kesederhanaan dan banyak dikelilingi oleh anak-anak miskin. And these people are making huge bucks?!

Tidaklah lina membantah sekiranya yuran tinggi dikenakan di atas sebab-sebab yang munasabah. Sebagai contoh, kebanyakan guru Montessori adalah guru-guru yang terlatih, at least certificate or diploma. Untuk itu, gaji yang dibayar juga perlu setimpal dengan kelulusan, mungkin paling rendah RM800 sebulan dan boleh menjangkau RM1,200 ke atas. Sekiranya inilah alasan mereka mengenakan yuran sebegitu tinggi maka itu masuk akal.

Pun begitu, usahlah bimbang… sekiranya tidak mempunyai kelulusan di dalam Montessori sekali pun bukan bermakna ia tidak boleh dipraktikkan langsung. Like me, I’m Montessori trained but my teachers are not tetapi as long as masing-masing memahami apa itu ‘Montessori’ maka tidak mustahil untuk kita mempraktikkan Montessori di sekolah walaupun tiada kelengkapannya (remember, Montessori started with basic beliefs, not equipments). Lagipun jika kita hanya boleh mempraktikkan Montessori sekiranya peralatan mencukupi, bagaimana pula ibu bapa nak mempraktikkan Montessori di rumah?

Jadi secara ringkasnya, I agree – YES – most schools exploit children. Bila mereka buka sekolah, mereka hanya nampak WANG. Kerana itulah apabila gagal atau bisnes kurang menguntungkan atau maju, mereka akan terus menutupnya. Well, in education, it’s not all about money. Nak untung boleh tetapi dengan cara yang betul, diredhai dan diberkati…

Secondly, tidak salah mengenakan yuran yang tinggi asalkan munasabah alasannya – mungkin kerana membayar gaji guru atau kerana memberi makanan bersesuaian/berkhasiat kepada pelajar-pelajar dan sebagainya. Bayangkan kebanyakan tadika membayar gaji di antara RM350 – RM600 sahaja sebulan….

Guru-guru saya menerima gaji sebanyak RM400 sebulan. Saya menyimpan cita-cita untuk membayar lebih tetapi tidak mampu. Bayangkan, sanggupkah kita menerima gaji sebanyak itu apatah lagi di dalam keadaan ekonomi sekarang? Kerana itu saya salute guru-guru saya dan guru-guru tadika/taska lain… walaupun mungkin mereka tidak akan berada lama di sana, pengorbanan mereka sekarang begitu besar…

All I can say is THANK YOU Kak Rosnah. I have met wonderful people along the way (bring tears to my eyes). It all started with Dr. Irene Leow of Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Seri Mawar in 1992, then Ibu Zaharah Awang (Ibu Zarah) and of course YOU dan lain-lain lagi. Thank you so much for holding the dream… I’m just glad I’m in the right circle of friends!

Thanks again & take care.

 

Syalina Ahmad 

Lain-lain artikel di https://syalinamd.wordpress.com/category/education

 

********************************************

— On Tue, 4/21/09, Rosnah Ahmad wrote:

Salam,

Semua sedia maklum, tarbiah bermula dengan keluarga dan tarbiah juga bermula daripada dalam rahim.

” Tarbiyah alam kanak-kanak akan memberi kesan yang mendalam dalam jiwa setiap insan”-  Abdullah Nashih Ulwan.

Senario semasa menyaksikan kanak-kanak Malaysia di eksploitasikan dengan berbagai-bagai cara. Salah satunya atas nama pendidikan awal. Ramai yang menggunakan pendidikan awal sebagai perniagaan yang menguntungkan tanpa memenuhi kehendak sebenar kanak-kanak.

Maka tertubuhlah pusat asuhan dan didikan yang memfokuskan kehendak ibu bapa dan bukan kehendak kanak-kanak. (parents centred not child centred)

Sekiranya kita tidak mahir  kehendak sebenar kanak-kanak, kita juga akan tertipu dan anak-anak kita menjadi mangsa. Yang lebih menyedihkan kita terpaksa berdepan dengan anak-anak yang membesar dengan pelbagai kesan negatif. Ini yang mengakibatkan  kita tidak menang tangan melakukan bermacam cara untuk menanganinya.

Yang lebih berkesan adalah kita mendidik ibu bapa dan orang dewasa dalam masyarakat mengenai kanak-kanak.

Kita mesti membina pandangan umum yang betul mengenai kanak-kanak.  

Sekian. Wallahu’alam.

~ Assalamu’alaikum ~

Mohon sebar-sebarkan….

Ayuh sama-sama menyertai seminar PERKONGSIAN ini demi kebahagiaan, kesejahteraan dan masa depan kita dan anak-anak. Mudahan kita sama-sama dapat berkongsi ilmu keibubapaan dan nilai-nilai lain yang mungkin akan mengubah keseluruhan hidup kita sekeluarga… insya-Allah!

********************

SEMINAR PERKONGSIAN “ASUH FITRAH”

Tarikh :

9 Mei 2009

 

Masa :

9:00 pagi – 5:00 petang

 

Tempat :

Kuantan, Pahang Darul Makmur

 

Bayaran :

RM35.00 seorang / RM60.00 (pasangan suami isteri)

 * Termasuk minum pagi, petang, makan tengahari & CD

 

Pengendali/Jurulatih :

PUAN ROSNAH AHMAD

 

~ TEMPAT TERHAD ~

Hubungi 012-2065872 untuk maklumat lanjut!

 

********************

 

Objektif Perkongsian “Asuh Fitrah”

 Memberi maklumat:

 (1)  Bagaimana menyantuni anak-anak secara fitrah.

(2)  Meningkatkan mutu jagaan, asuhan & didikan kanak-kanak 6 tahun ke bawah.

 (3)  Mengetahui tahap-tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

 (4)  Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan terutama dalam menangani masalah tingkah laku anak-anak.

 (5)  Mengetahui peranan mereka bagi merangsang, menggalakkan dan menyokong kanak-kanak  mencapai perkembangan diri yang menyeluruh dan seimbang dari aspek-aspek rohani, fizikal, sosio-emosi, kognitif, bahasa dan kreativiti.

 

Untuk maklumat lanjut, mohon layari :

http://smileyriver.wordpress.com/2009/05/05/perkongsian-asuh-fitrah/

 

Sekian, terima kasih & Wassalam!

 

 

Tomok… Tomok… Memang tak boleh lupa perjalanan New Boyz dahulu, sering dikutuk para peminat muzik terutamanya lelaki. Boleh dikatakan hampir keseluruhan peminat New Boyz dahulu adalah perempuan. Pun begitu, sejak menyertai One In A Million musim ketiga (OIAM3), persepsi mereka tiba-tiba berubah… termasuklah diri saya sendiri.

Di sepanjang berlangsungnya OIAM3, saya sering menonton video persembahan Tomok di You Tube. Man, he’s not only a singer but he’s a performer. Mengingatkan saya kepada Robbie Williams yang juga mempunyai bakat besar sebagai performer yang hebat.

Dalam setiap persembahan, Robbie Williams akan bagi 100% & most importantly, he enjoys himself – spontaneous & tidak stereotype. Tomok masih jauh untuk sampai ke tahap itu, tetapi memang tidak boleh dinafikan dia mempunyai bakat yang cukup besar sebagai seorang performer.

Mengapa saya memuji Tomok? I am not a fan, but I love music & I enjoy live concerts (Alhamdulillah sekarang tak pergi live concerts lagi). Pada saya jika bercakap soal muzik & hiburan, Tomok memang layak dipuji. He deserves it. Harap pujian yang dia terima daripada orang ramai ini tidak menjadikan dia lupa diri, bangsa dan yang paling penting sekali AGAMA.

Well… program realiti datang dan pergi… yang menang sejuta, yang menang kereta, yang menang apartment, yang menang pakej percutian, yang menang kontrak rakaman dan bermacam-macam lagi. Kebanyakannya Melayu beragama Islam.

Alangkah baik jika ada di antara mereka dapat fokus kepada konsep nasihat dan ketuhanan… most of them are talented dan ramai pengikut. Tambahan jika mereka yang memilih konsep album begini adalah mereka yang multi talented – Someone brilliant like Faizal Tahir or even Tomok yang sememangnya mempunyai bakat besar dan pengikut yang ramai. Tetapi sayang, selalu kesnya bukan penghibur yang membawa pendengar mengikut mereka, tetapi pendengar yang membawa penghibur tunduk kepada kehendak mereka.

Alang baik jika penghibur muda dapat bertindak sebagai pendakwah. Paling malang apabila trend seni sekarang adalah sebaliknya. Yang hampir menjadi bilal juga agak tersasar selepas menjadi juara program realiti (Alhamdulillah nampaknya sekarang dah kembali normal sedikit)… yang pernah menyertai Akademi Nasyid juga selepas mengeluarkan single pertama dan menyertai final Muzik Muzik ada penari wanita bergelek di belakang (mengapalah tak disuruh penari lelaki shj yang bergelek? Lelaki pun pandai bergelek apa!)… yang pernah menyertai kumpulan nasyid pula berlumba-lumba mencuba nasib sebagai penyanyi solo dengan genre & imej yang jauh tersasar dan sebagainya…

Di manakah penyanyi-penyanyi muda yang sanggup menjadi penghibur sambil berdakwah, yang sanggup mempertahankan imej yang baik dan sopan berlabelkan “Islam”? Mengapalah mereka ini tidak mahu melihat bahawa membawa mesej Islam itu tidak semestinya melalui genre nasyid sahaja? You wanna rock, go ahead and rock dude… nak hip hop? Go ahead and hip hop… Jazz? Go ahead and jazz! Jika mesej lagu adalah baik, imej Islam terpelihara, jaga pergaulan dan sebagainya maka it’ll work fine & Islam pun tak menghalang.

Penyanyi yang buruk imej, muzik & mesejnya serta melalaikan akan mengundang benci ramai orang… tetapi penyanyi yang baik imej, muzik & mesejnya disukai oleh semua orang dan golongan…

Well, still waiting for that guy…

PERSEMBAHAN TOMOK DI MALAM FINAL OIAM3

Nota : So sorry pakaian hos OIAM3 tak molek dipandang, jika boleh disarungkan jaket atau jubah sebelum meletakkan video ni di sini dah lama saya buat dah hehhe & mohon maaf jika ada klip yang menyinggung atau kurang sesuai ditonton. Other than that, enjoy the video & Tomok’s 1 million performance!