HADIAH BUAT YANG TERSAYANG…

Posted: September 27, 2010 in GENERAL, PARENTING

Berikut adalah beberapa cadangan hadiah dan kaedah memberi hadiah/ucapan bagi mana-mana sambutan yang sesuai. Ada di antaranya tidak melibatkan kos yang besar.

(a) BUNGA : Jika mahu memberi bunga, apa kata jangan beri sendiri? Buat tempahan di kedai-kedai bunga atau secara online di mana mereka akan menghantarnya bagi pihak anda. Saya pernah menggunakan kaedah ini untuk menghantar bunga kepada ibu dan kawan-kawan, terutamanya kawan-kawan yang tidak sihat di hospital. Berbeza sebenarnya bunga yang dibawa sendiri dengan yang dihantar oleh kedai bunga. Bunga yang dihantar oleh orang lain boleh memberi kejutan (surprise) kepada si penerima dan menceriakan wajah mereka.

(b) VIDEO : Hasilkan video ringkas menggunakan Movie Maker, Sony Vegas dan sebagainya. Kemudian masukkan ke dalam CD dan hadiahkan kepada orang tersayang. Bagi muzik/lagu latar belakang boleh menggunakan lagu yang membawa kenangan bersama, lagu kegemarannya atau lagu-lagu lain yang sesuai. Saya pernah menggunakan kaedah ini bagi sambutan hari lahir suami. Lagu “All My Life” oleh K-Ci & JoJo digunakan manakala gambar-gambar yang diselitkan adalah gambar-gambar teddy bears dan barangan lain yang tertera ayat “I Love You” di atasnya, juga beberapa keping gambar keluarga. Gambar-gambar teddies dan lain-lain boleh dicari di internet. Ada beribu-ribu gambar!

(c) TELEGRAM : Okay. NO Telegram sebab Telegram dah tak wujud. Owh! Sebelum itu, ini bukan Telegram Messenger tu, okay? Ini Telegram zaman dulu-dulu yang dihantar melalui Pos Malaysia. Ini saya belum pernah praktikkan, tetapi arwah bapa saya pernah menggunakan kaedah ini. Saya menerima Telegram ucapan daripada beliau sebanyak dua kali jika tidak salah. Kenangan! Baiklah. Apa yang ada pada Telegram? THRILL. Posmen bunyikan hon dan kita berlari ke luar. Cuma sayang, perkhidmatan Telegram Pos Malaysia sudah dihentikan pada tahun 2012. Alternatif? Gunakan Pos Daftar atau Pos Laju. Nak lebih THRILL, jangan kirim ucapan sahaja, kirim hadiah sekali.

(d) HASIL SENI : Bagi anak-anak kecil yang mahu memberi hadiah kepada ibu atau bapa, boleh memberikan hadiah yang dihasilkan sendiri. Jika anak mahu menghasilkan hadiah tersebut buat ibu, bapa boleh membantu si anak dan begitulah sebaliknya. Ia tidak memerlukan bakat dan hasil seni yang hebat, memadai kolaj gambar kek atau ikan, atau kad ucapan bergambar yang diwarna sendiri oleh anak. Ia jauh lebih bermakna berbanding hadiah hasil tangan orang lain yang dibeli dari kedai.

(e) KAD UCAPAN : Jika mahu memberi kad ucapan, poskan kad berkenaan ke pejabat orang tersayang. Poskan beberapa hari lebih awal agar kad sampai ke tangannya pada tarikh berkenaan atau sebelum tarikh berkenaan. Pos ke rumah pun boleh.

(f) KUPON KASIH SAYANG : Idea baik ini saya dapat ketika menonton sitkom “According to Jim” tidak lama dahulu. Dalam sitcom tersebut, Jim menghadiahkan kupon kepada isteri beliau. Saya tidak ingat bagi sambutan apa, mungkin ulangtahun perkahwinan atau hari lahir. Ia tidak memerlukan sebarang kos. Walaupun tidak melibatkan kos, ia adalah hadiah yang cukup menarik dan bermakna. Begini kaedahnya :

= Sediakan buku kupon kecil dan hiaskan kulitnya. Ingat lagi tak, selalunya di karnival-karnival sekolah kita membeli buku kupon yang mengandungi kupon-kupon kecil di dalamnya yang tertera RM0.50, RM2.00 dan RM3.00? Kemudian kita tebus kupon tersebut di gerai makan, gerai cenderahati dan sebagainya. YA! Buku kupon untuk yang tersayang ini menggunakan konsep yang sama. Cuma kupon-kupon kecil tersebut tidak tertera nilai kupon, sebaliknya ‘kerja rumah’ atau perkara-perkara lain yang melucukan. Sebagai contoh :

Kupon 1 – Basuh pinggan makan malam.
Kupon 2 – Mop lantai dapur.
Kupon 3 – Bancuhkan kopi kampung paling ‘kaw’.
Kupon 4 – Belikan burger Ramly. Burger Ramly sahaja tau, yang lain tak mahu! Oblong pun okay.

Setiap kali si penerima kupon mahu menebusnya, beliau cuma perlu mengoyakkannya. Konsepnya adalah sama seperti karnival di sekolah. Setiap keping kupon hanya boleh digunakan sekali sahaja dan ada tempoh sahnya (contohnya sebulan sahaja). Cubalah – FOR FUN!

Itu sahaja buat masa ini…

Apa jua hadiah yang diberi, usah lupa sertakan doa buat yang tersayang. Malah, jika tidak mampu membeli hadiah sekali pun, doa adalah hadiah terbaik yang boleh diberi. Wang bukan penentu nilai kasih sayang. Apa yang penting ialah ‘tanda ingatan’. Panggilan telefon pun boleh, SMS pun boleh… Apa-apa pun boleh.

Dan owh! Apabila membuat ucapan di laman-laman sosial, messenger atau SMS, jangan malas untuk menaip penuh.

‘HB’ – Apa tu?

SELAMAT MENCUBA!

Syalina Ahmad

* Artikel ini diedit semula pada 21 Oktober 2014 memandangkan Telegram Pos Malaysia telah diberhentikan perkhidmatannya…

 

Comments
  1. manisguy says:

    Insyaallah. wah menarik cadangan..

  2. ciksyisyi says:

    good suggestion……i like flower as the suprise…=).
    tq..i follow u..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s