RESEPI : Terung Goreng Kaw-Kaw

Posted: March 31, 2009 in RECIPES

Resepi simple ini saya belajar selepas berkahwin.

Bahan-Bahan :

Terung panjang
Bawang merah (hiris)
Cili kering (yang belum diproses menjadi cili kisar)
Serbuk kunyit
Garam

Cara :

Terung dibelah dua dan dipotong pendek. Jangan pendek sangat, agak-agaklah kay… Gaulkan terung dengan serbuk kunyit & garam. Goreng terung tersebut seperti menggoreng ikan. Toskan apabila garing. Kemudian gorengkan bawang merah yang dihiris bersama cili kering. Apabila garing, toskan dan taburkan di atas terung tadi.

Wah, simple tetapi mantap! Tak percaya? Cubalah masak!

Comments
  1. ConanX says:

    aku pun nak submit resepi yang pastinya sumer orang pun boleh masak… okeh!

    Tajuk karangan saya, ikan stim yang sodap!

    bahan-bahannya…

    1. ikan (putih, merah atau kerapu)
    2. kicap cair stengah gelas
    3. sos tiram 3 sudu besar
    4. bawang merah 3-4 ulas
    5. halia 1 ulas
    6. minyak untuk menggoreng
    7. tempat untuk mengukus

    aku yakin sumer barang nih ada kat dapur korang. kecuali ikan tu laa ada kat laut. heheheh…orait…

    caranya…
    1. memula, ikan yang sekor tu. selepas dibersihkan, hiris belakangnya hingga 3 inci ke dalam. pas tu letak ikan tu kat tray kukus. selitkan halia yang telah dihiris ke dalam belakang ikan, bahagian perut ikan yang kosong tu, dan selebihnya ke atas ikan tadi.

    2. ambik kicap cair lebih kurang stengah gelas dan sos tiram lebih kurang 4 sudu besar. campurkan dan gaul sehingga sebati. kemudian sirami laa ikan yang kat dalam tray tu dengan penuh kasih sayang.

    3. goreng bawang merah yang sudah dihiris dengan minyak sehingga bau nya wangi, pastu… siram kat ikan dalam try tu, DENGAN BAWANG DAN MINYAK-MINYAKNYA SKALI!

    4. sediakan tempat mengukus, dan kukuslah ikan tu sampai masak… lebih kurang 15-20 minit.

    5. dah masak, ambik nasik dan makan laa… pastikan nasik tu sediakan banyak2 sebab aku gerenti waku makan, memang korang cakap nama aku dengan mulut yang penuh lebih dari 5 kali… ehehhe…

    p.s.
    tiada garam, tiada gula semua sedap!
    try laa pasti tak menyesal. ;)

  2. […] nama glamournya “ConanX”. Nampak menarik ni, jom cuba! Resepi disalin dari https://syalinamd.wordpress.com/2009/03/31/resepi-terung-goreng-kaw-kaw/ (ada bahagian yang […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s