Archive for June, 2012

KEMASKINI BLOG & POLITIK

Posted: June 5, 2012 in GENERAL

Kemaskini blog & politik… apa kaitannya ya?

Kaitannya ialah, saya update blog setelah hampir enam bulan blog bersawang semata-mata kerana nak bercakap tentang politik :)

Ringkas sahaja. Tetapi saya nak mengimbau dulu kenangan sewaktu DSAI dipecat tanpa rela (eh ada ke pemecatan dengan rela?) Wahh waktu itu, orang-orang di sekeliling saya bersemangat betul. Ada yang siap berkampung menyokong DSAI, dan ada yang menyokong tindakan PM waktu tu.

Oleh kerana waktu itu saya tak ikut perkembangan politik negara, maka saya ikut-ikut sahaja. Arwah bapa saya sokong yang mana, saya sokong yang itu lah. Anak bapak….

Sekarang diusia mencecah 37 tahun, saya gemar membaca blog-blog politik. Dan pada saya di usia begini, Internet adalah syurga politik dunia bagi orang-orang seperti saya. Kalau dulu saya ikut sahaja, sekarang saya mencari, membaca dan seterusnya berfikir sebelum menilai.

Begini sahajalah… Saya dari dulu memang suka bertanya – ‘What if?‘ Jadi sekarang pun saya bertanya dan kalut mencari jawapan sebelum pilihanraya.

What if :

PR menang pilihanraya? Katakanlah pemimpin PAS leading… Tuan guru sememangnya okay. Tapi apa akan berlaku apabila tuan guru dah tiada? Dan bagaimana jika DSAI leading… Apa akan berlaku selepas beliau tiada?

Mungkin saya belum kenal orang-orang kuat di belakang mereka berdua, siapa ‘pewaris takhta’ mereka yang benar-benar berkredibiliti. Mungkin sekarang sudah tiba masa saya mencari, membaca, berfikir & menilai orang-orang lain di dalam PR pula. Pemimpin utama mereka sudah diketahui kekuatan mereka, sekarang bagi orang-orang yang di bawah pula. Maklumlah, tak kenal maka tak cinta……

p/s : Yang mana satu saya nak pangkah saya belum tahu lagi. Tapi saya dah tahu yang mana satu saya confirm tak mahu pangkah….. Tak sabaq haih nak tunggu pilihanraya!!

p/s 2 : Yang macam saya memang ramai…….