Archive for the ‘MUSIC SCENE’ Category

borang-penciptaTV3

Lihat tahun & tarikhnya – 1996. Cubaan menyertai program “Pencipta” di TV3. TAK LEPAS.

Sebenarnya usaha untuk membawa karya saya ke tengah bermula sejak tahun 1991 lagi. Saya berusaha. Hantar demo, berjumpa artis, komposer dan lain-lain. Laluannya sukar.

Hanya selepas 11 tahun, barulah dapat melihat hasil kerja saya dirakam secara profesional. Tahun 2002. Lirik lagu “You & I See”, dinyanyikan oleh UNIC yang pada waktu itu baru lepas SPM, belum ‘siapa-siapa’ dalam industri. Dan baru-baru ini, lirik ke-6 saya released.

Sebagai penulis yang telah terlibat dalam penulisan/pasaran LAGU dan BUKU, saya berani mengatakan bahawa kedua-duanya sangat berbeza:

1) LAGU – Dulu senang, sekarang susah.

2) BUKU – Dulu susah, sekarang senang.

Sebab apa ya? Mungkin suatu hari nanti saya akan kongsikan. Kalau tak sabar, jemputlah saya haha. Apa pun, jemput dengar karya saya di platform digital:

1) Lirik “You & I See” (UNIC) – Digital & Youtube.

2) Lirik “Bahagia Berkasih” (Ahmadi Hassan) – Youtube sahaja.

3) Lirik “La Tahzan: Don’t Despair” (Zim Ezuan & Nocturnal Voice) – Digital & Youtube.

4) Lirik “Flow to Jannah” (Simfoni) – Digital sahaja.

5) Lirik rangkap Inggeris “Adiwiraku” (Munsyid Malaysia) – Youtube sahaja.

6) Lirik “Erti Bahagia” (Nada) – Youtube sahaja.

LAIN-LAIN:

7) Melodi & lirik lagu tema “Simple English” (RTM MutiaraFM) – Youtube sahaja.

8 ) Melodi lagu tema Wanita IKRAM (melalui pertandingan) – Youtube sahaja.

Impian saya untuk melihat karya saya pergi jauh. Kalau ada rezeki, tak mustahilkan? Saya pernah menunggu 11 tahun untuk melihat karya saya menembusi pasaran tempatan, jadi saya tiada masalah untuk menunggu lagi sebelum karya saya menembusi pasaran antarabangsa. Tak kisahlah, 10-15 tahun lagi pun saya sanggup tunggu.

Doakan yep!

Saya sangat suka ‘survey’, google dan bertanya. Antara yang saya survey semenjak dua tahun lepas ialah bayaran penulis lirik, almaklumlah saya nak ceburi bidang ni.

Okay… Caj biasa yang dikenakan paling sedikit ialah antara RM150 – RM500. Di Malaysia memang ada yang caj RM500 dan of coz ada yang caj lebih cuma mungkin tak perasan, tambahan kalau pakej lirik+melodi. Tapi ada juga yang caj RM50 – RM100, termasuk di US (dalam USD of coz).

Ramai juga yang terus tunggu royalti tanpa bayaran awal, terutama di US. Tapi agak berisiko sebab kalau lirik kita diperam atau tidak dirakam langsung, maka kita tak akan dapat apa2. Bagi karya baru, okay lagi. Penulis boleh beritahu artis bahawa sekiranya tidak dirakam dalam masa sekian-sekian, maka penulis akan berikan karya itu kepada artis lain.

Tapi bagi kes menterjemah lirik macam saya, agak susah sikitlah sebab saya menterjemah karya orang yang dikira sebagai ‘derivative work’. Gitu. Sebab itu ada penulis/komposer yang caj ribu-ribuan terus, in case karyanya diperam atau tak laku keras dalam pasaran.

Apa pun yang pasti, yang menentukan mahal-murahnya sesuatu caj itu pada saya ialah ‘nama’. Kadang2 kualiti sama je pun antara ‘pro’ dengan ‘amatur’, tapi jika ada nama dan famous, maka orang akan bayar lebih tanpa banyak soal.

Saya? Job yang saya suka ambil setakat ini ialah menterjemah lirik BM ke BI. Caj yang saya kenakan boleh dikategorikan rendah dalam pasaran walaupun hakikatnya, menterjemah sebenarnya jauh lebih mencabar daripada menulis karya baru. Banyak perkara nak kena jaga… Tapi saya enjoy tak hengat hehhe :D

Yep, caj yang saya kenakan biasa2 sahaja sebab di mata orang, saya masih ‘amatur’. Dan saya sendiri memilih untuk caj begitu memandangkan saya masih mencari ruang dalam ‘laut merah’ yang luas, apatah lagi lirik2nya berbentuk dakwah dan positif. Tapi masa depan, Wallahua’lam – Mungkin bergantung kepada lirik complicated atau tidak, atau mungkin atas faktor2 semasa yang lain ;)

Apa pun yang paling nyampah ialah apabila lirik dah siap tapi tiba2 kata tak jadi ambil. Senang je kan? Hadoii dah beberapa kali terkena. Without payment pulak tu ok! Tapi tak apa, saya tak tuntut hak saya sebab setakat dua tiga kali berlaku, saya anggap sebagai ‘proses belajar’. Cuma cukuplah setakat itu… Tak akan cik tipah tertipu lagi. Hopefully.

So kalau ada yang terfikir nak menulis lirik untuk orang lain tu, tetapkan siap2 berapa caj anda. Atau kalau nak tunggu royalti sahaja, perlu bincangkan dari awal (but trust me, very risky).

Sekian.

Pelan2 kayuh.

 

Syalina Ahmad