FREE NOVEL : Memoir Rindu

Posted: June 6, 2016 in GENERAL, NOVEL "EMILDA", WRITINGS

Salam… Pada tahun 2008, saya telah menulis novel remaja pertama saya, “Emilda : Catatan Seorang Perindu” yang diterbitkan oleh PTS Publications. Novel ini hanya sempat diulang cetak sekali dan kini tiada lagi dalam pasaran.

Oleh kerana novelnya agak pendek dan ada rakan-rakan yang berpendapat bahawa ia perlu di’kembangkan’ supaya lebih menarik, maka saya mengambil keputusan untuk revised novel berkenaan.

Sebaik siap, saya menerima beberapa cadangan lain daripada individu-individu berbeza termasuk beberapa orang editor. Ya, setiap seorang dengan idea dan pandangan masing-masing. Ada yang minta mengubah, ada yang minta menambah. Maka, saya mengambil keputusan untuk tidak mengikut sesiapa. Pening juga hendak melayan semua pandangan :)

Maka, bersempena Ramadhan yang mulia ini, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi FULL VERSION novel ini secara PERCUMA. Yep! Ini bukan versi pendek atau versi promosi. Ini ialah versi lengkap dari Bab 1 sehingga tamat. Novel ini tidak dijual di kedai atau di mana-mana, harap maklum.

Biarlah tidak beroyalti, harapan saya semoga mesej novel ini sampai kepada seberapa ramai orang yang sudi membacanya. Yang pernah membaca novel “Emilda : Catatan Seorang Perindu” juga boleh membaca kerana jalan ceritanya sudah berubah.

Jika pembaca suka, bolehlah sebarkan. It’s F.O.C. kan? Boleh disebarkan dengan izin, insya-Allah. Saya sangat-sangat menghargainya :)

Owh! Bahasanya juga mudah. Maaflah novel ini bahasanya bukan seperti karya agung…. Bahasa novel ini ‘biasa-biasa’ sahaja, tidak indah, tidak berbunga-bunga. Tetapi insya-Allah, masih menggunakan Bahasa Melayu yang betul.

Please read and enjoy your journey :)

SINOPSIS “MEMOIR RINDU” :

Rindu kepada manusia boleh pudar. Rindu kepada Tuhan akan kekal. Walaupun kedua-duanya diungkap dengan perbuatan. Juga perkataan.

Emilda tidak pernah diberi peluang mengenal Tuhan. Hubungan cinta Emilda dengan artis rapper berbangsa Melayu sangat mencabar. Semua soalan yang diajukan mengenai Islam dan Tuhan tidak pernah dijawab oleh Hafiz atau nama glamornya – ‘Half-Tone’.

Emilda masih beruntung kerana di saat dia mencari Tuhan, dia dibantu oleh pembantu rumahnya, Acik Nor dan sahabat baiknya, Shida. Namun itu tidak mencukupi. Emilda masih buntu mencari jawapan mengenai Tuhan yang umat Islam gelar sebagai Allah. Justin, bapa saudara Emilda yang berkelakuan seperti orang hilang akal juga hampir memusnahkan impiannya.

Kehadiran Syahir dalam hidup Emilda merubah segala-galanya. Perasaan ‘rindu kepada Tuhan’ telah berubah menjadi ‘cinta kepada Allah’. Perjalanan kisah cinta Emilda juga begitu. Persahabatan Emilda dengan Syahir mula berputik menjadi cinta, namun ia tidak diluahkan sehinggalah keadaan memaksa.

Agama dan Tuhan yang mana – Itu sudah dipilih. Cuma pasangan hidup sahaja yang belum. Adakah Emilda akan terus bersama Half-Tone yang telah dikenalinya selama 4 tahun? Atau Syahir yang baru dikenali secara KEBETULAN?

Syalina Ahmad

**********

KLIK LINK UNTUK DOWNLOAD (FORMAT PDF):

FREE NOVEL “MEMOIR RINDU”

ATAU;

http://www.mediafire.com/download/rv3ar67av0l7ex8/novel-memoir-rindu-syalina-ahmad.pdf

ATAU;

Jika tak boleh/ada masalah untuk download, e-mel saya di syalinahmad@gmail.com dan saya akan forward novel Memoir Rindu melalui e-mel.

Thank you all!

 

**********

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s