Archive for the ‘GENERAL’ Category

RESEPI: Sup Mamak Style

Posted: April 16, 2020 in GENERAL, RECIPES

Sup-Mamak-1-1-1Sup-Mamak-2-2

Dulu mak saya selalu beli sup mamak di belakang Keramat Supermarket. Setiap kali beli sup, mesti beli juga popia basah yang cukup PADU rasanya. Tapi popia tu bukan mamaklah yang jual. Peniaga Melayu atau Indonesia… Saya pun tak ingat sebab ini kisah tahun 90-an dulu. Entah ada lagi ke tak mamak & popia tu dekat situ?

Hari ini teringin pula nak masak sup mamak. Nak makan dengan ‘roti benggali’ yang dah nak expire. Resepi sup ni saya cari di Internet. Hasilnya seperti dalam gambar :) Walaupun nampak macam lauk kurma, tapi percayalah, itu sup bukan kurma hehhe.

SUP MAMAK STYLE

Bahan Asas:
Seekor ayam saiz kecil (saya guna ayam kampung)
Kentang
Lobak merah
Kiub pati ayam
Garam

Bahan Kisar:
Sepeket kecil rempah sup
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar lada hitam kasar (yang biji tu, bukan serbuk)
2 biji bawang besar (saiz kecil)
4 ulas bawang putih
2 inci halia (kalau tak suka bau halia, kurangkan atau tak letak pun tak apa)
3 akar ketumbar, saiz dalam 3 inci (optional, saya tak letak sebab tak ada)

Bahan Tumis:
4 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang

Bahan Hiasan:
Daun sup (hiris halus)
Daun bawang (hiris halus)
Bawang goreng

1) Tumis bahan kisar bersama buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau.
2) Masukkan ayam dan kacau sebentar.
3) Masukkan air dan ubi kentang. Air agak-agaklah, jangan terlalu banyak. Nanti kalau pekat, boleh tambah air kemudian.
4) Bila ubi dah empuk, masukkan kiub pati ayam dan garam secukup rasa.
5) Akhir sekali masukkan lobak merah. Lobak saya masuk akhir sekali sebab saya suka dia rangup dan tak lembut sangat.
6) Bila ayam, ubi dan lobak merah semua dah okay, matikan api.
7) Masukkan ke dalam mangkuk dan taburkan bahan hiasan.

Nota:
~ Kalau ikut resepi asal, dia cadangkan letak bancuhan tepung gandum sebagai agen pemekat. Tapi saya tak letak sebab kalau tak letak pun dah cukup pekat. In fact, dia pun tak letak, dia hanya cadangkan sahaja :)
~ Saya guna ayam kampung, jadi saya rebus ayam sebentar sebelum masukkan ubi kentang.

Sumber asal:
http://secret-ibunda.blogspot.com/2019/11/resepi-sup-ayam-mamak-style.html
http://www.rasa.my/resipi-sup-mamak-power-perghhsemangkuk-memang-tak-cukup

ADAKAH KITA SUKARELAWAN?

Posted: October 19, 2018 in ACTIVITY, EDUCATION, GENERAL

ANTARA ISU YANG TIMBUL BERKENAAN KERJA SUKARELAWAN:

1) PATUTKAH KITA SEBAGAI SUKARELAWAN DIBAYAR ATAS KERJA-KERJA KITA?

2) ADAKAH AGENSI/NGO MENGAMBIL KESEMPATAN KE ATAS KITA JIKA MEREKA TIDAK MEMBERI KITA UPAH?

Isu ini pernah timbul apabila saya memberitahu bahawa saya tidak dibayar atas kerja-kerja sukarelawan yang saya lakukan. Saya tidaklah begitu aktif, tetapi adakalanya saya terlibat. Bayaran yang dimaksudkan ialah “upah” atau “cenderahati”. Dah lama hendak menulis berkenaan hal ini tapi asyik tertangguh. But here I am now.

Baiklah. Apa itu SUKARELAWAN (atau sukarelawati)? Secara ringkasnya, “sukarelawan” membawa maksud – “Seseorang yang berbakti atau memberi khidmat/sumbangan secara sukarela.” (JKM), atau “orang yang melakukan sesuatu dengan sukarela.” (DBP).

Kebiasaannya, perkhidmatan sukarelawan tidak memerlukan kelayakan tertentu. Bagaimanapun pada kebiasaannya juga, tugas-tugas sukarelawan akan diagih mengikut kebolehan dan kepakaran masing-masing. Saya contohnya. Kebolehan saya ialah menulis, maka saya banyak bersama “team media” NGO yang saya sertai.

ADAKAH SUKARELAWAN MENERIMA BAYARAN/UPAH?

YA dan TIDAK. YA jika sesebuah NGO itu ada menyediakan bayaran, dan TIDAK jika tiada bayaran disediakan. Dalam kata lain, ianya TIDAK WAJIB dan sepatutnya tidak menjadi kesalahan jika NGO berkenaan tidak membayar apa-apa.

Sebelum menulis artikel ini, saya telah bertanya kepada 5 NGO termasuk Bahagian Komuniti/Sukarelawan JKM. Walaupun JKM bukan NGO, dalam artikel ini, saya akan menulis “NGO” sahaja. Berikut maklumat yang saya dapat:

1) Tiada satu pun yang membayar upah kepada sukarelawan yang turun ke lapangan kerana ia adalah tugas-tugas SUKARELA. Sebagaimana NGO yang saya sertai, para sukarelawannya sudah sedia maklum bahawa mereka akan bekerja dengan “percuma” tanpa sebarang bayaran. Dan mengikut pengalaman saya, tiada sukarelawan yang begitu “berkira” meminta bayaran kecuali bagi kes-kes tertentu yang dipersetujui bersama.

2) Ada kes-kes tertentu di mana sukarelawan itu dilantik menjadi “part-timer” di pejabat atau diupah bagi menjalankan tugas-tugas tertentu. Maka bagi yang ini, adakalanya akan menerima bayaran. Bayaran pula mungkin mengikut jam atau lump sum. Bergantung. Yang penting, dipersetujui bersama.

3) Walaupun tiada bayaran atas “tenaga kerja”, adakalanya tuntutan (claims) masih boleh dibuat. Sebagai contoh jika perlu fotostat bahan-bahan program dan sebagainya, atau sukarelawan perlu membuat banyak panggilan telefon, maka mereka boleh membuat tuntutan ke atas prepaid dan lain-lain. Ini juga bergantung kepada persetujuan bersama.

4) Ada sukarelawan yang tidak mampu mengeluarkan duit poket sendiri untuk membayar kos perjalanan ke lapangan seperti kos petrol dan tol. Jadi bagi kes begini, mereka selalunya akan carpool atau adakalanya NGO berkenaan yang akan menguruskan pengangkutan untuk mereka, contohnya menyediakan bas, van dan sebagainya. Ada juga NGO yang saya hubungi mengatakan bahawa mereka boleh memberi duit petrol dan tol jika keadaan memerlukan.

SUKARELAWAN PERLU BERTANYA

Secara ringkasnya, sebelum memulakan sebarang tugas sukarelawan, kita perlu bertanya jika ada kemusykilan. Kita ada hak. Sebagai contoh:

~ Adakah kita akan dibayar?
~ Adakah kita boleh membuat sebarang tuntutan (claims)?
~ Adakah pengangkutan disediakan?
~ Adakah makan minum disediakan?
~ Dan sebagainya.

Selepas mendapat semua maklumat ini, kita ada pilihan untuk menjadi sukarelawan mereka atau tidak. Jika tak mahu atau tak sanggup, tak perlulah bersusah-payah memikul tugas tersebut. Tiada paksaan.

Tidak timbul isu NGO “mengambil kesempatan” ke atas sukarelawan dengan tidak membayar upah. Hal bayaran/upah ini dipersetujui dan difahami oleh para sukarelawan di seluruh dunia. Boleh Google.

Malah, ramai sukarelawan sanggup mengeluarkan duit poket sendiri bagi tugas-tugas sukarelawan terutamanya yang memerlukan mereka pergi ke luar negara. Mereka buat begitu kerana memahami bahawa rata-rata NGO adalah organisasi NON-PROFIT.

Oh ya, bagi kes yang memerlukan sukarelawan pergi ke luar negara, urusan kos perjalanan, visa dan lain-lain mungkin berbeza bagi setiap NGO. Ada yang disediakan dan mungkin ada juga yang tidak. Maka, adalah penting untuk kita bertanya sebelum memberi apa-apa komitmen.

Sekian.

Syalina Ahmad
19 Oct 2018

MUZIK, PIANO TING-TONG-TING-TONG

Posted: September 27, 2018 in GENERAL, WRITINGS

Tahun 1992 selepas SPM, bekerja di Sri Mawar Early Childhood Education Centre. Di music room ada Organ yang tak ada sesiapa guna. Dah lama teringin nak mencuba, jadi minta izin daripada guru besar untuk main Organ tu (thanks Dr Leow!). Tiap-tiap petang selepas kerja, mesti ‘melepak’ di music room. Main randomly untuk lembutkan jari jemari, buat lagu instrumental sendiri saja.

Kemudian, tiba-tiba dapat tawaran kerja part time di Allegro Music and Arts sebagai pembantu kelas music prep. Saya banyak developed skills pengajaran melalui muzik dari tempat inilah.

Anyway, di Allegro-lah semuanya bermula. Belajar piano buat kali pertama sambil bekerja part time di situ. Duit upah tak ambil, tapi potong untuk kelas. Gigih kerja supaya tak perlu top up duit poket untuk bayar yuran. Tapi sayang selepas dapat kerja di bank, terus berhenti kelas. Keyboard saya pun saya jual.

Selepas berpuluh tahun, rasanya tahun 2016, baru sambung balik (di Pulau Pinang). Fuhhh mencabar betul bila umur dah mencecah 40an. Perlu bekerja keras berbanding dulu. Sight reading kena buat hari-hari. Tuanya rasa, tapi ANYTHING IS POSSIBLE.

Sekarang sekali lagi saya terpaksa berhenti sekejap kelas piano. Sekejap-sekejap pun, rasanya dah setahun setengah jugalah. Insya-Allah sedang gigih mencuba untuk menambah pendapatan untuk support yuran piano. Tapi sight reading masih diteruskan di rumah…

Saja mengimbau kenangan. Tak sangka masih simpan jemputan ni. Konsert Allegro Music. Tengok tarikh tu – 1993. Memori tercipta betullah!

allegro-inv

quote-mcmartin

Setiap drama dan filem pasti ada quotes yang baik yang boleh dijadikan contoh dan pengajaran. Ini salah satunya. Tersentuh saya mendengar dialog ini ketika menonton telefilem “Indictment : The McMartin Trial” baru-baru ini. Terbitan tahun 1995, berdasarkan kisah benar.

FRIENDS FOR NOTHING

Posted: September 20, 2018 in GENERAL, WRITINGS

friends4nothing

FRIENDS ARE FOREVER?
SOME DO BELIEVE AND CARE
SOME ARE TOO PLEASED NOT TO NOTICE IT AT ALL
IGNORING THOSE FEELINGS INSIDE
AND ARE TOO CERTAIN TO BE THE ONE
IN SOMEONE’S TRULY HEART…
LOVE AIN’T TRUE
NO HONESTY, TRUTH AND LOVE
SOME ASK WHY
SOME JUST SIT DOWN AND CRY
AND SOME ARE JUST WONDERING
IF IT IS EVEN WORTHWHILE
BARGAINING HEARTS AND
STICK TOGETHER
BUT NOT FOREVER…
BRAGGING, LYING AND FAKING
COULD BE FAIR… WELL, AT LEAST FOR NOW
THAT SOMEONE ELSE KNEW
WHAT TO SAY OR DO
BUT IF LOVE AIN’T PURE
HEART CANNOT BE CURED…
EVERYONE ISN’T SOMEONE TO TALK TO
HEART IS BLEEDING AND BREAKING INTO PIECES
AND THERE WILL BE NO DEFENCES…
NO REGRET AND NO PAST
SOMETHING THAT A PERSON WILL REMEMBER
FOREVER AND EVER.

Syalina Ahmad

borang-penciptaTV3

Lihat tahun & tarikhnya – 1996. Cubaan menyertai program “Pencipta” di TV3. TAK LEPAS.

Sebenarnya usaha untuk membawa karya saya ke tengah bermula sejak tahun 1991 lagi. Saya berusaha. Hantar demo, berjumpa artis, komposer dan lain-lain. Laluannya sukar.

Hanya selepas 11 tahun, barulah dapat melihat hasil kerja saya dirakam secara profesional. Tahun 2002. Lirik lagu “You & I See”, dinyanyikan oleh UNIC yang pada waktu itu baru lepas SPM, belum ‘siapa-siapa’ dalam industri. Dan baru-baru ini, lirik ke-6 saya released.

Sebagai penulis yang telah terlibat dalam penulisan/pasaran LAGU dan BUKU, saya berani mengatakan bahawa kedua-duanya sangat berbeza:

1) LAGU – Dulu senang, sekarang susah.

2) BUKU – Dulu susah, sekarang senang.

Sebab apa ya? Mungkin suatu hari nanti saya akan kongsikan. Kalau tak sabar, jemputlah saya haha. Apa pun, jemput dengar karya saya di platform digital:

1) Lirik “You & I See” (UNIC) – Digital & Youtube.

2) Lirik “Bahagia Berkasih” (Ahmadi Hassan) – Youtube sahaja.

3) Lirik “La Tahzan: Don’t Despair” (Zim Ezuan & Nocturnal Voice) – Digital & Youtube.

4) Lirik “Flow to Jannah” (Simfoni) – Digital sahaja.

5) Lirik rangkap Inggeris “Adiwiraku” (Munsyid Malaysia) – Youtube sahaja.

6) Lirik “Erti Bahagia” (Nada) – Youtube sahaja.

LAIN-LAIN:

7) Melodi & lirik lagu tema “Simple English” (RTM MutiaraFM) – Youtube sahaja.

8 ) Melodi lagu tema Wanita IKRAM (melalui pertandingan) – Youtube sahaja.

Impian saya untuk melihat karya saya pergi jauh. Kalau ada rezeki, tak mustahilkan? Saya pernah menunggu 11 tahun untuk melihat karya saya menembusi pasaran tempatan, jadi saya tiada masalah untuk menunggu lagi sebelum karya saya menembusi pasaran antarabangsa. Tak kisahlah, 10-15 tahun lagi pun saya sanggup tunggu.

Doakan yep!

ONLINE? BANYAKNYA MASA KAU!

Posted: February 15, 2017 in GENERAL

Beberapa kali kena ‘sound’ dengan orang, “Banyaknya masa kau eh? Memanjang online.”

Of course! Saya tak kerja dengan orang. Saya susun masa sendiri. Nak makan ke, nak baring ke, nak menaip buat kerja sambil tonton ulangan Asam Pedas Untuk Dia ke… Takda hal. Even lapar pun boleh makan anytime.

Dan part ni paling best – Walau online 24 jam sekali pun, confirm saya tak curi tulang! Ehhe. Realiti.

Apo nak dikato.. Expectations masyarakat kepada suri rumah macam saya sangat tinggi. Kalau boleh masyarakat nak tengok suri rumah pegang penyapu 24 jam, vakum rumah 5 kali seminggu, masak menu macam hotel 9 bintang, sidai baju wajib 6 galah derhaka kalau hantar dobi, kemudian petang mesti kena join AJK mesyuarat tingkap. Kalau boleh, tidur pun sambil menjahit. Ini expectations masyarakat.

Tapi realitinya… Suri rumah pun manusia juga, perlu ada life. You all semua dapat jumpa kawan2 dalam waktu pejabat, keluar happy2 jumpa orang. Suri rumah pun buat benda yang sama jugalah, cuma kaedahnya lain. Inilah tempat suri rumah bertemu kawan2. Walaupun sekadar online, we’re happy. Gitu.

Apa pun, saya suri rumah yang berkerja sendiri, i.e. ada projek tenggelam timbul tak tentu masa. Kerja saya banyak menggunakan komputer & handphone. Jadi kalau nampak saya masih online 2-3 pagi tu, memang sayalah… Sebab saya menulis draf artikel, lirik dan surat menyurat semua di Whatsapp dan emel. Malas nak switch on komputer.

CONCLUSION:

You work and you got money? Well then, we (housewives) got TIME!

Hidup ni adil, kan? ;)

*****

 

Saya sangat suka ‘survey’, google dan bertanya. Antara yang saya survey semenjak dua tahun lepas ialah bayaran penulis lirik, almaklumlah saya nak ceburi bidang ni.

Okay… Caj biasa yang dikenakan paling sedikit ialah antara RM150 – RM500. Di Malaysia memang ada yang caj RM500 dan of coz ada yang caj lebih cuma mungkin tak perasan, tambahan kalau pakej lirik+melodi. Tapi ada juga yang caj RM50 – RM100, termasuk di US (dalam USD of coz).

Ramai juga yang terus tunggu royalti tanpa bayaran awal, terutama di US. Tapi agak berisiko sebab kalau lirik kita diperam atau tidak dirakam langsung, maka kita tak akan dapat apa2. Bagi karya baru, okay lagi. Penulis boleh beritahu artis bahawa sekiranya tidak dirakam dalam masa sekian-sekian, maka penulis akan berikan karya itu kepada artis lain.

Tapi bagi kes menterjemah lirik macam saya, agak susah sikitlah sebab saya menterjemah karya orang yang dikira sebagai ‘derivative work’. Gitu. Sebab itu ada penulis/komposer yang caj ribu-ribuan terus, in case karyanya diperam atau tak laku keras dalam pasaran.

Apa pun yang pasti, yang menentukan mahal-murahnya sesuatu caj itu pada saya ialah ‘nama’. Kadang2 kualiti sama je pun antara ‘pro’ dengan ‘amatur’, tapi jika ada nama dan famous, maka orang akan bayar lebih tanpa banyak soal.

Saya? Job yang saya suka ambil setakat ini ialah menterjemah lirik BM ke BI. Caj yang saya kenakan boleh dikategorikan rendah dalam pasaran walaupun hakikatnya, menterjemah sebenarnya jauh lebih mencabar daripada menulis karya baru. Banyak perkara nak kena jaga… Tapi saya enjoy tak hengat hehhe :D

Yep, caj yang saya kenakan biasa2 sahaja sebab di mata orang, saya masih ‘amatur’. Dan saya sendiri memilih untuk caj begitu memandangkan saya masih mencari ruang dalam ‘laut merah’ yang luas, apatah lagi lirik2nya berbentuk dakwah dan positif. Tapi masa depan, Wallahua’lam – Mungkin bergantung kepada lirik complicated atau tidak, atau mungkin atas faktor2 semasa yang lain ;)

Apa pun yang paling nyampah ialah apabila lirik dah siap tapi tiba2 kata tak jadi ambil. Senang je kan? Hadoii dah beberapa kali terkena. Without payment pulak tu ok! Tapi tak apa, saya tak tuntut hak saya sebab setakat dua tiga kali berlaku, saya anggap sebagai ‘proses belajar’. Cuma cukuplah setakat itu… Tak akan cik tipah tertipu lagi. Hopefully.

So kalau ada yang terfikir nak menulis lirik untuk orang lain tu, tetapkan siap2 berapa caj anda. Atau kalau nak tunggu royalti sahaja, perlu bincangkan dari awal (but trust me, very risky).

Sekian.

Pelan2 kayuh.

 

Syalina Ahmad

 

Soalan ‘standard’ orang kepada kami dan mungkin kepada parents lain juga yang kerap hantar anak-anak ke sekolah & kadang-kadang ‘lepak’ sebentar di sekolah sebelum kami pulang – “Dah Darjah 3 & 5 pun mak ayah nak kena tunggu eh?”

Very da Malaysian ayat ni… Tipikal Malaysian sungguh. Kena fahamlah, kadang-kadang parents gini tunggu bukan sebab anak-anak suruh, tapi sebab parents yang nak tunggu… Seronok tau… Dapat kenal sekolah, dapat berukhuwah dengan guru-guru & ibu bapa lain, dapat kenal dengan murid-murid lain… Sembang-sembang dengan warga kantin…

Come on lah… ‘Menunggu anak’ bukan budaya manja. School is part of their life, macam second home dah. Guru sepatutnya dah dianggap seperti ‘mak ayah’, kawan-kawan pula seperti adik beradik… So sometimes, you just wanna be with your ‘family’…

Sebagaimana kita lepak dengan anak-anak gi piknik, shopping malls… Gitu jugalah sepatutnya dengan sekolah – BE PART OF THOSE MEMORIES.

Ruginya jika anggap sekolah hanya tempat untuk menuntut ilmu akademik!

#BuildingMemories

Soalan ‘cepuk’mas – “Kak, kalau saya nak jadi artis, boleh hidup tak?” Dia belum artis, baru nak pasang angan2. Tapi jelas, ‘bidang’nya adalah nasyid.

“Part time ke full time?”

“Full time lah kak,” katanya.

Hmm.. Entahlah dik. Tapi terus terang cakap, dalam keadaan sekarang ni, hanya yang ‘bertuah’ sahaja boleh survive dalam industri, tambahlah nasyid.

CD memang payah nak jual sekarang, digital okay sikitlah. Okay ni bukan okay sebab apa, tapi sebab kalau rugi pun, kos kerugian tu memang confirm tak melibatkan kos cetak CD & inlay.

Pening dik kalau CD banyak tak laku. Kalau buat lelong pun belum tentu orang nak beli sebab orang cari di Internet sahaja sekarang. Kalau nasib baik, mereka akan cari di platform yang betul, contoh iTunes, Spotify, Youtube dan lain2.

Kalau nasib tak baik, mereka akan terus share & forward begitu sahaja (tanpa izin) di Whatsapp atau upload suka hati ke blog. Artis & record label dapat ZERO.

So… Kalau adik nak jadi artis full time, the only way to survive ialah melalui show. Adik fikir, macamana artis2 nasyid ni survive dik? Dalam keadaan susah nak tembusi pasaran mainstream, kemudian nak kena bersaing dengan artis mainstream lagi (ramai artis mainstream dah ditabal sbg ‘penasyid’ sekarang). Ditambah pula dengan masalah lanun cetak rompak CD & digital, rasa2 boleh survive ke dengan hanya menjual lagu dan CD?

Seriously dik, mereka survive melalui show & konsert. Show yang dibayar oleh organiser ya, bukan show yang bayarannya based atas jualan tiket (selalunya berlaku apabila organize sendiri).

Dan juga, mereka survive sebab adanya side income/biz. Ada yang bukan setakat menyanyi sahaja tetapi tulis lagu, terbit lagu, arrange muzik, sewakan studio rakaman, sewakan PA system, uruskan artis, jual baju, jual kurta, jual tudung, tulis buku… Ish macam2 lagilah.

Tapi okaylah kan, sebab berniaga itu bagus. Cuma kalau adik nak harapkan penjualan CD & digital sahaja, memang tak boleh survive dik. Lepas tu nak kena fikir pula, macamana nak dapatkan job show tu? Penasyid baru nak kena bersaing dengan otai2 nasyid untuk dapatkan show besar dan pada masa yang sama, kena bersaing dengan penasyid2 baru & seangkatan yang lain juga.

Artis2 nasyid baru muncul tak berhenti sekarang ni dik. Ada sahaja penasyid baru yang keluar dari setiap ceruk setiap hari, release lagu & album. Paling tidak pun, setiap bulan. Jadi, bayangkanlah persaingannya tu.

Ya, industri not being fair to us. Yang ini perlu hadam awal2 sebelum melangkah masuk ke dalam industri. Kalau nak buat full time, kena usaha cari job show banyak2 lah, atau perlu ada side income/biz.

Atau kalau tak berani, mulakan langkah sebagai part timer dululah. Maksudnya, ada day job. Kerja ke, MC ke, isteri bersalin ke, gaji tetap jalan.

All the best to you young people with big hearts & dreams. Semoga Allah bukakan jalan seluas2nya untuk kalian….

*****

Syalinamd