“HARI RAYA” GURU-GURU

Posted: May 16, 2009 in EDUCATION, GENERAL, PARENTING

Hari ini telefon bimbit saya tidak henti-henti menerima SMS ucapan Hari Guru. Saya pasti, perkara yang sama dilalui oleh semua pendidik tidak kira di mana pun mereka berada. Seperti mereka, saya juga sibuk mengirimkan SMS kepada semua pendidik yang saya kenal.

Sememangnya Hari Guru dinanti oleh para guru. Bukanlah hadiah diharapkan… cuma sudah menjadi budaya masyarakat, pada Hari Gurulah selalunya guru-guru dikenang. Walaupun mungkin hanya dikenang setahun sekali, sekurang-kurangnya tercapai juga hasrat untuk mendengar ucapan “Terima Kasih Cikgu” daripada anak-anak murid tersayang. Malah pada Hari Guru, penghormatan dan penghargaan yang diberikan adakalanya cukup luar biasa.

Bagi sebilangan besar pendidik, Hari Guru tidak akan dianggap sebagai perayaan “setahun sekali”. Hari Guru akan dilihat sebagai satu peluang yang cukup berharga dan tidak ternilai untuk mendekati anak-anak murid mereka. Anak-anak murid juga begitu, pada hari inilah mereka akan bergelak ketawa bersama guru-guru mereka, malah bertepuk bertampar.

Mengapa ya perkara sebegini tidak dijadikan budaya? Mengapa setiap hari tidak dikira sebagai Hari Guru? Mengapa guru-guru juga tidak dapat melayani anak-anak murid mereka dengan penuh kemesraan pada hari-hari lain? Pada hari-hari lain, anak-anak murid adalah pelajar yang belajar, guru-guru pula adalah guru yang mengajar. Namun pada Hari Guru, ia lebih dari itu. Pada Hari Guru, mereka adalah sahabat.

Bercakap mengenai guru contoh, saya gemar merujuk kepada Ron Clark. Bagi yang pernah menonton filem The Triumph (Ron Clark Story) pasti mengetahui sedikit sebanyak latar belakang beliau. Bagi yang belum pernah mendengar nama Ron Clark, beliau adalah guru contoh yang amat dikenali di serata dunia. Buku beliau “The Essential 55” menjadi panduan dan rujukan bukan sahaja oleh pendidik di Amerika Syarikat, tetapi juga di negara-negara lain. Ron Clark adalah pengasas Ron Clark Academy yang mana pelajar-pelajarnya begitu cemerlang di dalam pelbagai bidang (bukan akademik sahaja). Beliau juga pernah dianugerahkan American Teacher of the Year.

Kejayaan Ron Clark pasti disebabkan pendekatan ‘unik’ yang dipraktikkannya, satu pendekatan yang mungkin diabaikan oleh ramai pendidik di Malaysia – Kesungguhan, keikhlasan, komitmen dan nilai persahabatan, juga nilai kekeluargaan. Mungkin pada kita, kejayaan akademik/IQ adalah segala-galanya. Pun begitu bagi pendidik seperti Ron Clark, EQ memainkan peranan yang jauh lebih penting.

Mudah-mudahan kita dapat berubah!

Salah satu scene dari filem “The Triumph”. Hayati pendekatan yang digunakan. Di dalam filem ini, watak Ron Clark dilakonkan oleh Matthew Perry (popular sebagai Chandler Bing melalui sitkom Friends). ‘Punishment’ yang dimaksudkan bukanlah merotan, mengutip sampah atau berdiri di atas kerusi. ‘Punishment’ yang dimaksudkan ialah jalan penyelesaian yang boleh membantu anak-anak murid beliau. Hayati!

The real Ron ClarkKenali beliau melalui video ini : 

SO COME ON TEACHERS, LET’S HAVE FUN!
SELAMAT HARI GURU
KEPADA SEMUA PENDIDIK DI MALAYSIA
ATAU DIMANA JUA BERADA!

Comments
  1. kak ikin says:

    Salam tuna…

    Selamat hari guru buat sis tersayang.

    Betul kata tuna. Bapa akak juga seorang guru suatu ketika dahulu… memang ketara bezanya cara guru dahulu dengan guru sekarang mendidik murid. Sebagai anak, akak melihat pengalaman bapa sehingga bapa akak pencen sebagai salah seorang pegawai di Jabatan Pendidikan.

    Pernah anak muridnya yang datang dari keluarga yang begitu susah dapat melanjutkan pelajarannya ke luar negara kerana kesungguhan bapa yang ingin anak muridnya ini berjaya.

    Semoga masih ada guru-guru yang menyimpan semangat seperti bapa akak. Yang anehnya anak-anaknya tiada seorang pun mengikut jejak langkahnya menjadi guru.

    Pelik tapi benar… hehe

  2. mad_celica (4A-GE) says:

    hmm…ada jgk guru yg buat mcm ron clark tu buat sis tapi timbul pulak masalah dr segi ptumbuhan akhlak sbg muslimin & muslimah. mmg kaedah tu positif dr sudut pengajaran & pembelajaran tp dr sudut yg lain mcm kurengg la dgn budaya & agama kita…bole difikirkn kaedah yg sama tp cara yg lbh sesuai dgn kita kan…maybe la. ke aku nih yg fanatik sgt kut….heheh.

  3. syalinamd says:

    Salam cikgu! Mungkin boleh diasingkan pelajar-pelajar lelaki & perempuan ketika melakukan sebarang aktiviti. Apa yang penting ialah pendekatan yang digunakan, caranya mungkin berbeza.

    Sebagai contoh, baru-baru ni aku anjur bengkel BI di sebuah sekolah agama, semua pelajar di suruh menyanyi tetapi kami asingkan menjadi dua kumpulan. Lelaki di depan, perempuan di belakang (macam solat jemaah la hehhe).

    Bro, bagus tau kalau guna melodi lagu-lagu popular & tukarkan liriknya. Sebagai contoh, lirik-liriknya bolehlah dikaitkan dengan fakta sejarah, pembelajaran English malah formula matematik sekali pun!

    Di bawah ni aku berikan contoh. Liriknya aku tulis mengikut melodi lagu Jason Mraz “I’m Yours”.

    Jika diikutkan, lirik sebenar lagu ni tak bagus untuk anak remaja apatah lagi pelajar. Jadi jika ditukar liriknya, pelajar boleh sing to the tune dengan lirik yang mendidik mereka. Dan bagi mencapai matlamat, lebih elok jika guru pun ‘join sekaki’ ;)

    MARI KITA, MARI KITA NYANYI BERSAMA
    BILA KITA NYANYI, KITA RASA SANGAT GEMBIRA
    MENYANYI BERSAMA-SAMA
    BELAJAR BERSAMA

    KITA SUKA, AWAK SUKA, CIKGU PUN SUKA
    BILA MARKAH KITA NAIK LIMA KALI GANDA
    JANGANLAH BERDUKA
    MAK AYAH PUN GEMBIRA

    NOUNS ARE THINGS OR PLACES,ANIMALS AND PEOPLE
    THESE ARE NOUNS:
    AIRPLANE, LIBRARY, OSTRICH, JERRY OR HARRY
    THOSE ARE NOUNS..

    Apa pun aku akui, pendekatan yang kau gunakan bersama anak-anak murid memang tip-top. Aku kenal kau dah lamalah bro. Aku tahu kau dengan anak-anak murid macam sahabat. Well done & keep it up!

    Kalaulah kita ada ramai guru macam kau, insya-Allah budaya samseng di kalangan pelajar dapat dikurangkan… SELAMAT HARI GURU sahabat!

  4. syalinamd says:

    Salam kak ikin, ish siapa kata tiada darah pendidik mengalir di dalam tubuh kak ikin! Bukankah kak ikin seorang ibu kepada anak-anak, kakak kepada kami adik-adik, sahabat kepada yang lain? Chey cheyy… cenyum cikit!

    Ni tuna nak kongsi SMS daripada sepupu tuna ni. Tak pasti dia yang tulis atau orang lain yang tulis :

    “BILA MURID DUDUK, CIKGU BERDIRI
    BILA MURID DISELIGI, CIKGU PULAK KENA GARI
    MURID DATANG NAIK BMW 7 SIRI
    CIKGU DATANG NAIK MOTOR BURUK,
    ROAD TAX PUN DAH MATI…
    MURID PERGI BELAJAR SAMPAI PHD
    CIKGU BARU BERKIRA-KIRA NAK SAMBUNG DEGREE
    NAMUN BEGITU, DI DUNIA CIKGU BERBAKTI
    MOGA DI AKHIRAT SYURGA TEMPAT CIKGU KEKAL ABADI
    SELAMAT HARI GURU”

    Hehhe lawak! Tetapi memang betul apa yang tertulis tu. Pengorbanan guru memang besar. Contoh terbaik ialah bapa kak ikin. Beruntung anak-anak murid bapa kak ikin. Insya-Allah besar ganjaran oleh Allah nanti kerana mendidik anak-anak murid dengan kesungguhan dan keikhlasan.

  5. kak ikin says:

    hehehe cikgu rojak bolehlah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s