Resepi ini sumbangan sahabat dari Tawau iaitu Saufi atau nama glamournya “ConanX”. Nampak menarik ni, jom cuba! Resepi disalin dari https://syalinamd.wordpress.com/2009/03/31/resepi-terung-goreng-kaw-kaw/ (ada bahagian yang diedit).
Bahan-bahan :
Ikan (isi putih, ikan merah atau kerapu)
Kicap cair setengah gelas
Sos tiram 3-4 sudu besar
Bawang merah 3-4 ulas (dihiris)
Sedikit halia (dihiris)
Minyak untuk menggoreng
Tempat untuk mengukus
Cara-cara :
1. Hiris belakang ikan yang sudah dibersihkan sehingga 3 inci ke dalam.
2. Letakkan ikan di atas dulang kukus.
3. Selitkan halia ke dalam belakang ikan, bahagian perut ikan yang kosong dan selebihnya ke atas ikan tadi.
4. Campur dan gaulkan kicap cair bersama sos tiram sehingga sebati dan siram ke atas ikan.
5. Goreng bawang merah yang sudah dihiris dengan minyak sehingga baunya wangi.
6. Siram/tuang bawang yang digoreng tadi ke atas ikan bersama minyaknya sekali.
7. Kukus ikan sehingga masak lebih kurang 15-20 minit (bergantung kepada jenis ikan).
Tiada garam, tiada gula tetapi sedap dan berkhasiat!
(Cuma pastikan minyak tiada kolestrol hehhe)