MENGASUH FITRAH…

Posted: May 11, 2009 in EDUCATION, GENERAL, PARENTING, WORKSHOPS & COURSES

Alhamdulillah pada 9 Mei 2009 lepas, Bengkel Asuh Fitrah berjaya diadakan di Kuantan. Hasrat di hati nak melihat dewan dipenuhi oleh para ibu bapa dan pendidik, pun begitu mungkin kerana kesibukan atau kebetulan tarikhnya kurang sesuai maka tidak ramai yang hadir.

Pun begitu, pujian harus diberikan kepada Puan Rosnah Ahmad kerana mengendalikan bengkel tersebut bersungguh-sungguh walaupun pesertanya tidak ramai. Ini adalah kali kedua saya menyertai bengkel berkenaan, kali pertama semasa di Kuala Lumpur beberapa bulan lepas manakala bengkel di Kuantan baru-baru ini adalah yang kedua.

Sungguhpun saya adalah penganjur, saya kira saya perlu menghadiri bengkel tersebut. Malah jika berkesempatan, saya rasa saya perlu menghadiri setiap sesi Bengkel Asuh Fitrah yang dianjurkan selagi mana termampu. Ini adalah kerana walaupun info asasnya adalah sama, soalan-soalan yang diutarakan oleh para peserta adalah berbeza. Melalui sesi soal jawab saya mendapat banyak maklumat bonus kerana masalah dan kebimbangan ibu bapa/pendidik terhadap anak-anak mereka adalah pelbagai. Jadi, banyak yang boleh dipelajari di sepanjang sesi berlangsung.

Alhamdulillah, suami saya juga bersetuju menyertai bengkel kali ini. Tahniah juga kepada Encik Safwan dari UMP kerana hadir bersama isterinya Puan Halimah (juga dari UMP). Sekurang-kurangnya tercapai juga hasrat kami untuk melihat bengkel ini dihadiri oleh kaum bapa.

Pastinya bengkel ini jika dihadiri oleh pasangan suami isteri akan lebih meninggalkan kesan kerana sama-sama boleh belajar dan memperbaiki diri demi kebahagiaan anak-anak dan keluarga. Malah, CD pun saya cuma berikan sekeping sahaja sungguhpun mereka hadir berdua. Mudah-mudahan sekeping CD itu boleh bertindak sebagai ‘manual perkongsian’ mereka.

* Kami juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir! *

Banyak perkara yang disampaikan melalui bengkel tersebut “terkena batang hidung saya sendiri”. Sungguhpun tidaklah sampai ke tahap “kritikal”, banyak boleh diperbaiki lagi sebenarnya. Pun begitu syukur Alhamdulillah, pada masa yang sama banyak juga perkara yang sudah pun kami praktikkan di rumah dan tadika. Namun, kami (diri saya, suami dan guru-guru tadika saya) sedar bahawa banyak aspek boleh dinaik taraf lagi.

Salah satu perkara penting yang saya harus perbaiki segera ialah menjadi role model yang baik kepada anak-anak. Sebagai contoh, baru-baru ini suami memberitahu saya bahawa Adam Yusuf menendang kucing di surau. Beristighfar juga saya. Mana tidaknya, sebelum ini dia begitu menyayangi kucing.

Dan hari ini saya melihat dengan mata kepala saya sendiri. Adam Yusuf memijak belakang anak kucing! Puas saya memikirkan mengapa Adam Yusuf bertindak begitu. Akhirnya saya mendapat jawapan kepada soalan saya sendiri…

Ia mungkin disebabkan karenah saya yang begitu fobia dengan kucing. Setiap kali kucing datang, saya akan menolak kucing dengan kaki atau meminta bantuan suami untuk menghalau kucing-kucing yang malang itu.

Ya, mungkin kerana itu! Bagaimana ya saya mampu menerangkan kepada Adam Yusuf bahawa saya tidak membenci kucing? Saya cuma fobia sejak dari kecil lagi. Saya pernah mengurungkan diri di dalam kereta apabila seekor kucing manja cuba ‘menyerang’ saya sehinggakan suami terpaksa mengambil time-off untuk menjadi hero menyelamatkan saya!

Adam Yusuf terlalu kecil untuk memahami situasi ini… dia belum memahami maksud ‘fobia’ (walaupun dia sendiri fobia melihat lipas). Nampaknya sudah tiba masanya saya sendiri yang berubah demi kebaikan. Terpaksalah saya berpura-pura memberanikan diri ketika berhadapan dengan kucing. Gulp!

*************************

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Asuh Fitrah atau menjemput
Puan Rosnah Ahmad sebagai penceramah, bolehlah menghubungi beliau

di nombor telefon 013-9308873.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s