STILL WAITING FOR THAT GUY…

Posted: May 4, 2009 in GENERAL, VIDEOS

Tomok… Tomok… Memang tak boleh lupa perjalanan New Boyz dahulu, sering dikutuk para peminat muzik terutamanya lelaki. Boleh dikatakan hampir keseluruhan peminat New Boyz dahulu adalah perempuan. Pun begitu, sejak menyertai One In A Million musim ketiga (OIAM3), persepsi mereka tiba-tiba berubah… termasuklah diri saya sendiri.

Di sepanjang berlangsungnya OIAM3, saya sering menonton video persembahan Tomok di You Tube. Man, he’s not only a singer but he’s a performer. Mengingatkan saya kepada Robbie Williams yang juga mempunyai bakat besar sebagai performer yang hebat.

Dalam setiap persembahan, Robbie Williams akan bagi 100% & most importantly, he enjoys himself – spontaneous & tidak stereotype. Tomok masih jauh untuk sampai ke tahap itu, tetapi memang tidak boleh dinafikan dia mempunyai bakat yang cukup besar sebagai seorang performer.

Mengapa saya memuji Tomok? I am not a fan, but I love music & I enjoy live concerts (Alhamdulillah sekarang tak pergi live concerts lagi). Pada saya jika bercakap soal muzik & hiburan, Tomok memang layak dipuji. He deserves it. Harap pujian yang dia terima daripada orang ramai ini tidak menjadikan dia lupa diri, bangsa dan yang paling penting sekali AGAMA.

Well… program realiti datang dan pergi… yang menang sejuta, yang menang kereta, yang menang apartment, yang menang pakej percutian, yang menang kontrak rakaman dan bermacam-macam lagi. Kebanyakannya Melayu beragama Islam.

Alangkah baik jika ada di antara mereka dapat fokus kepada konsep nasihat dan ketuhanan… most of them are talented dan ramai pengikut. Tambahan jika mereka yang memilih konsep album begini adalah mereka yang multi talented – Someone brilliant like Faizal Tahir or even Tomok yang sememangnya mempunyai bakat besar dan pengikut yang ramai. Tetapi sayang, selalu kesnya bukan penghibur yang membawa pendengar mengikut mereka, tetapi pendengar yang membawa penghibur tunduk kepada kehendak mereka.

Alang baik jika penghibur muda dapat bertindak sebagai pendakwah. Paling malang apabila trend seni sekarang adalah sebaliknya. Yang hampir menjadi bilal juga agak tersasar selepas menjadi juara program realiti (Alhamdulillah nampaknya sekarang dah kembali normal sedikit)… yang pernah menyertai Akademi Nasyid juga selepas mengeluarkan single pertama dan menyertai final Muzik Muzik ada penari wanita bergelek di belakang (mengapalah tak disuruh penari lelaki shj yang bergelek? Lelaki pun pandai bergelek apa!)… yang pernah menyertai kumpulan nasyid pula berlumba-lumba mencuba nasib sebagai penyanyi solo dengan genre & imej yang jauh tersasar dan sebagainya…

Di manakah penyanyi-penyanyi muda yang sanggup menjadi penghibur sambil berdakwah, yang sanggup mempertahankan imej yang baik dan sopan berlabelkan “Islam”? Mengapalah mereka ini tidak mahu melihat bahawa membawa mesej Islam itu tidak semestinya melalui genre nasyid sahaja? You wanna rock, go ahead and rock dude… nak hip hop? Go ahead and hip hop… Jazz? Go ahead and jazz! Jika mesej lagu adalah baik, imej Islam terpelihara, jaga pergaulan dan sebagainya maka it’ll work fine & Islam pun tak menghalang.

Penyanyi yang buruk imej, muzik & mesejnya serta melalaikan akan mengundang benci ramai orang… tetapi penyanyi yang baik imej, muzik & mesejnya disukai oleh semua orang dan golongan…

Well, still waiting for that guy…

PERSEMBAHAN TOMOK DI MALAM FINAL OIAM3

Nota : So sorry pakaian hos OIAM3 tak molek dipandang, jika boleh disarungkan jaket atau jubah sebelum meletakkan video ni di sini dah lama saya buat dah hehhe & mohon maaf jika ada klip yang menyinggung atau kurang sesuai ditonton. Other than that, enjoy the video & Tomok’s 1 million performance!

Comments
  1. Shawna says:

    Gary Barlow

  2. syalinamd says:

    Ait dik, sejak bila berminat dgn Gary Barlow ni?

  3. abai says:

    Rasanya tak payah kaji sangat benda2 camni lagi ok kot.. Sori, tomok mmg penyanyi yang baik tu sebab dia menang.. tuna ni tak abis2 tomok2 bagi sebab napa awak asyik suka tomok?

  4. syalinamd says:

    Ni abai ke ni? Bukan gi Umrah ka? Atau memang dah balik? Ahlan wa sahlan yaaaa akhi! Tolong simpan skit kurma & buah tin mekah (muka tak malu). Bukan la suka ‘gila2’ punya suka, takda la sampai vote tomok di OIAM. Cuma macam tuna tulis, tuna suka live performance yang lively. Kena berhibur jugak sekali sekala..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s