TIADA LAGI UCAPAN MAAF…

Posted: September 24, 2010 in GENERAL

 Buat diri ini yang terlalu kerap mengabaikan blog sendiri hehhe… ;)

Bagaimana nak jelaskan ya..? Artikel terakhir bertarikh 5 Februari, lebih kurang dua minggu sebelum ayahanda tersayang meninggal dunia. Selepas arwah meninggal dunia, agak berat hendak menulis di blog. Idea untuk mengemaskini blog agak terbantut, di Facebook pun tenggelam timbul.

Pada awalnya sejak kematian arwah, banyak juga mesej yang saya tinggalkan di Facebook berkaitan ‘rindu pada arwah’. Sekarang sudah kurang. Kurang sangat-sangat. Adakah itu bermaksud sudah hilang rasa rindu? Jawapannya ‘tidak sama sekali’.

Pada kebanyakan masa saya berpegang kepada konsep ‘luahkan puas-puas, jangan simpan-simpan’. Jika tidak diluahkan secara all-out, selalunya emosi dan rasa sedih itu akan berterusan.

Alhamdulillah semakin okay sekarang. Perasaan rindu tetap ada, tetapi diluahkan melalui saluran lain pula iaitu sedekah dan doa, selain merapatkan ukhuwah dengan adik beradik lain dan ibu tiri. Sebelum ini pun hubungan kami tidaklah renggang, cuma kini diperbaiki dan diperkukuhkan lagi…

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada umi (ibu tiri) yang banyak berkorban dalam banyak hal dan setia menemani arwah suami beliau sehingga hujung hayat arwah dengan penuh sabar. Hanya Allah yang dapat membalas jasa & budi mu.

I’m back!!!

Leave a comment