RESEPI : Sup Tomato, Garlic Bread & Bayam Goreng

Posted: February 5, 2010 in RECIPES

TOMATO SOUP

Resepi ni dapat dari : KLIK SINI

Resepi asalnya daripada celebrity chef Gordon Ramsay. Saya terpaksa ubahsuai sikit sebab bahan tak cukup. Jika nak tahu resepi asal, bolehlah klik link yang diberikan di atas ya?

Bahan-Bahan :

10 biji tomato (dibelah dua)
2 biji bawang besar (dihiris nipis)
6 ulas bawang putih (dibelah dua)
4 – 6 sudu besar olive oil
1 sudu besar gula halus
400ml air stok ayam
Beberapa helai daun bayam
Beberapa helai daun sup
Sedikit lada hitam (ditumbuk kasar)
Sedikit garam

– Susunkan tomato yang telah dibelah dua di atas dulang pembakar (lihat gambar).

– Taburkan bawang besar yang dipotong nipis ke atas tomato, begitu juga bawang putih.

– Taburkan daun sup dan daun bayam yang telah dihiris halus.

– Letakkan/sprinkle olive oil.

– Taburkan gula halus, garam & lada hitam (sebaiknya yang fresh & ditumbuk sedikit, tapi saya guna yang serbuk sahaja).

– Bakar di dalam oven selama 25-30 minit, suhu dalam 220c. Atau berhenti membakar apabila tomato dah lembut.

– Selepas siap proses membakar, masukkan tomato & segala bahan yang dibakar tadi ke dalam periuk (termasuk lebihan jus yang tinggal di dalam dulang pembakar).

– Tuangkan air stok ayam ke dalam periuk yang sama (sebaiknya stok yang dimasak sendiri, bukan stok segera). Sukatan dalam 400ml.

– Rebus naik menggunakan api sederhana selama 5 minit & matikan api.

– Asingkan bahan kasar (tomato dll) dan air stok (tapi jangan buang).

– Kisar bahan kasar. Masukkan air stok yang diasingkan tadi sedikit demi sedikit. Teruskan mengisar sehingga hancur, smooth & creamy.

– Tuangkan kembali ke dalam periuk. Panaskan semula menggunakan api perlahan. Tambahkan garam atau lada hitam jika perlu.

SIAP!

* Dengan memasukkan daun bayam & daun sup yang dikisar bersama tomato, dapatlah anak-anak yang tidak sukakan sayuran menjamahnya tanpa disedari.

* Semasa menghidang sup tomato, bolehlah taburkan sedikit daun sup atau fresh parsley/ketumbar.

Untuk mencuba resepi tomato sup Martha Stewart (resepi lain), KLIK SINI

******************************

 GARLIC BREAD

Bahan-Bahan :

French bread/Roti Gardenia
8 ulas bawang putih
6 sudu besar mentega/majerin
Parsley (daun ketumbar), fresh atau kering (dihiris halus);
ATAU jika tiada parsley, gunakan sahaja daun sup yang dihiris halus
Sedikit olive oil dalam 2 sudu (optional, jika mengikut resepi Rachel Ray)

– Tumbuk bawang putih yang fresh (resepi Rachel Ray) atau yang sudah dibakar di dalam oven toaster selama 3-5 minit (resepi dari internet). Sentiasa check semasa membakar, bimbang hangus.

– Campurkan bawang putih tersebut bersama mentega/majerin dan cairkan di atas api sederhana (1-2 minit). Jika memilih untuk gunakan olive oil, campurkan sekali (saya masukkan olive oil). Kemudian, matikan api. Tekstur dia memang cair so jangan panik.

– Sapukan pada roti. Taburkan sedikit parsley atau daun sup.

– Bakar dalam oven toaster dalam 3-4 minit atau sehingga garing. Saya guna oven toaster, jadi tak pasti berapa suhunya jika mahu membakar menggunakan oven biasa. Mungkin boleh cuba 150c selama 5 minit dahulu, atau tambah suhu jika perlu (sentiasa monitor ketika membakar).

******************************

BAYAM GORENG

Bahan-bahan :

Seikat bayam
1 biji bawang besar (dihiris kasar)
Sedikit minyak (sebaiknya olive oil jika on diet)
Sedikit garam

– Panaskan minyak.

– Goreng bawang seketika.

– Masukkan bayam dan garam. Goreng sehingga masak (jangan layu sangat, biar rangup).

Selamat mencuba!

 Syalina Ahmad

 

Comments
  1. Salam syalinamd,

    Mohon izin untuk salin resipi anda ke blog saya di http://dilautbiru.blogspot.com/p/resepi.html

    TQ

  2. azue says:

    nak minta izin nak salin resepi ni. tq

  3. sedap ke? sy try buat tp rs xsedap…actually rasa sup tomato cam ne? maybe sy gatal tgn letak oregano yg rs jd lain mcm….

    • syalinamd says:

      Rasanya mcm yg dalam tin juga, cuma lebih sihat kalau masak sendiri di rumah sebab boleh kontrol bahan (kurang garam etc). Kalau tak sedap, kena tanya Martha Stewart hihihi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s