EMILDA – Catatan Seorang Perindu

Posted: August 26, 2008 in GENERAL, WRITINGS

Alhamdulillah baru-baru ini selesai menandatangani perjanjian penerbitan novel remaja dengan salah sebuah syarikat penerbitan bumiputra terbesar di Malaysia. Novel remaja yang diberi tajuk “Emilda : Catatan Seorang Perindu” ini siap ditulis dalam tahun 2002. Beberapa kali ditolak oleh beberapa penerbit lain. Ada juga penerbit yang berminat tapi setelah hampir tiga tahun masih belum dengar khabar berita. Maklumlah penulis amatur, sebab itu agaknya… But that’s okay, kita budak baru belajar jadi tak kisah sangat.At last terdetik di hati untuk mencuba sekali lagi, tapi perlu ditambah bilangan muka surat. Jadi atas dasar semangat untuk membuktikan kepada dunia (huh?) bahawa saya mampu menyiapkan sebuah novel yang lengkap, saya tambahkan bilangan muka surat seperti yang diminta. Alhamdulillah berhasil kerana insya-Allah novel itu akan diterbitkan tidak lama lagi, cuma the exact date tu tak tahu bila. Mudahan dalam tahun 2008 ini. Kalau berjaya diterbitkan tahun ini maka ini adalah salah satu bonus terbesar dalam hidup saya… my FIRST novel, and definitely not my last!

 

 

Ikuti komen-komen mengenai covernya di SINI.

 

 

Leave a comment