GURU SITU, SANA, SINI

Posted: April 12, 2015 in EDUCATION, PARENTING
Tags:

Saya rasa, cara saya menyambut Hari Guru sekarang adalah jauh lebih meriah berbanding dahulu (ketika masih bersekolah). Dan saya rasa, dua sebab utama mengapa saya teruja pergi ke sekolah pada Hari Guru dahulu ialah kerana:

1) Cikgu off duty. Tak perlu belajar dan semua cikgu sporting ‘giler’.

2) Sebab ada persembahan.

Namun selepas mempunyai dua orang anak, saya mula melihat sambutan Hari Guru dalam perspektif yang cukup berbeza. Semenjak anak sulung mula bersekolah dalam Tahun 1 dan yang kecil pergi ke tadika, saya mula melihat guru sebagai IBU dan BAPA kedua kepada anak-anak saya.

Merekalah yang akan menjaga anak-anak saya sepanjang berada di sekolah. Jika anak-anak saya tercedera, merekalah orang pertama yang akan membersihkan luka. Mereka jugalah yang akan menegur dan menasihati anak-anak saya, juga yang akan meminjamkan wang jika anak-anak saya terlupa membawa wang saku.

Kita membudayakan sistem pemberian hadiah pada Hari Guru. BAGUS. Sistem ini sangat bagus. But something is missing. Majoriti kita akan memberi hadiah hanya kepada:

1) Guru kelas.

2) Favourite teachers yakni guru-guru yang kita suka sahaja. Yang garang, awal-awal lagi kita buang namanya daripada senarai.

Saya tak salahkan murid dan pelajar yang buat begini kerana saya pernah melaluinya. Sebolehnya, pada Hari Guru inilah kita hendak menyampaikan mesej kepada guru-guru berkenaan – “I DON’T LIKE YOU”.

Jiwa muda.
Mudah terasa.
Belum pandai muhasabah.
Belum bijak menghargai.

Nah, di sinilah ibu bapa memain peranan. Oleh kerana saya pernah melalui situasi-situasi di atas, saya berusaha mendidik anak-anak supaya tidak melakukan perkara yang sama. Ya lah… kita berusaha, mudah-mudahan terus terbuka hati mereka untuk ikut sampai bila-bila.

Proses pendidikan awalnya sangat simple – Pastikan SEMUA guru yang mengajar anak-anak mendapat tanda penghargaan. Ini yang kami praktik pada setiap sambutan Hari Guru:

1) Beri tanda penghargaan kepada guru kelas tahun berkenaan.

2) Beri tanda penghargaan kepada bekas guru kelas tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya.

3) Beri tanda penghargaan kepada semua guru yang mengajar subjek-subjek lain (bagi tahun berkenaan).

4) Beri tanda penghargaan kepada Guru Besar/Pengetua.

5) Beri tanda penghargaan kepada kakitangan pejabat sekolah.

6) Beri tanda penghargaan kepada kakitangan ‘sokongan luar’. Saya tidak tahu apa jawatan mereka yang sebetulnya, tetapi mereka inilah yang menyapu sampah, membersih tandas, menjadi pengawal keselamatan dan sebagainya.

Walaupun kakitangan pejabat dan kakitangan ‘sokongan luar’ tidak mengajar di kelas, namun secara tidak langsung, mereka turut terlibat dalam sistem pendidikan sekolah yang mendidik anak-anak kita.

Tanda penghargaan yang kami beri bergantung kepada bajet. Selalunya kami beri sekuntum bunga. Muallim (guru lelaki) juga diberi bunga ;-) Tapi tahun ini mungkin nak beri hadiah lain…

Kepada kakitangan pejabat dan sokongan pula, kami beri sesuatu yang boleh mereka kongsi. Contohnya, beberapa tin biskut. Paling tidak pun, kad ucapan. Pada tahun ini, kami bercadang nak beri mini donut :-)

DAN… Ini sesuatu yang lebih penting. Jika boleh buat, mohon pertimbangan untuk buat – AMBIL CUTI!

Yep. Ambil cuti pada hari tersebut dan pergi ke sekolah anak. Jalan bersama anak berjumpa semua guru dan kakitangan yang berkenaan. Ucapkan terima kasih. That would be WONDERFUL. Jika kedua-dua ibu bapa tidak boleh hadir serentak, salah seorang pun boleh. Jika kedua-duanya tidak boleh (contoh suami isteri adalah guru yang tidak boleh bercuti), kirimkan SMS/Whatsapp/Telegram sekurang-kurangnya.

Insya-Allah kami akan praktikkan perkara ini selagi kesihatan mengizinkan. Saya yakin ramai ibu bapa melakukan yang sama. Bagi yang belum pernah buat, jom mulakan. Ingat senarai ini:

Guru kelas.
Bekas guru kelas.
Semua guru subjek.
Guru Besar/Pengetua.
Kakitangan pejabat.
Kakitangan sokongan.

Hadiah? Terpulang. Bekas plastik berisi gula-gula pun boleh. Kad ucapan pun boleh. Sampaikan tanda penghargaan dalam bentuk kata-kata pun boleh. Pergi berjumpa mereka seperti yang dicadangkan di atas. Apa sahaja yang kita beri, guru akan menghargainya. Insya-Allah!

Jika kita seorang guru, anak-anak kita tetap dididik oleh guru-guru lain ketika di sekolah. Apa jua kerjayanya, anak-anak dididik oleh GURU!

tabungHariGuru

Alhamdulillah, pada tahun ini kami sudah mulakan tabung Hari Guru. Setiap hari pulang dari sekolah, wang baki akan dimasukkan ke dalam tabung ini. Tabung ini akan diutamakan berbanding tabung lain. Wangnya akan digunakan untuk membeli hadiah. Jika tak cukup, kami akan tambah (memang sah kena tambah).

Jika sudi, boleh rakan-rakan ibu bapa berkongsi gambar hadiah/tanda penghargaan di Facebook Page saya selepas sambutan Hari Guru nanti?

*Senyum*

Thanks for reading!

Syalina Ahmad

********************

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s