BERKORBAN UNTUK ILMU vs. BERKORBAN UNTUK GURU

Posted: February 9, 2015 in EDUCATION, PARENTING

Balik sekolah. Mandi. Late lunch. Semak homework. Solat Asar. Buat homework. Dinner. Solat Maghrib. Sambung homework. Minum chocolate milk. Solat Isya’. Sambung homework. Susun buku (jadual). Cici. Gosok gigi. Hug & kiss babah mama. TIDUR —> Antara rutin tipikal murid sekolah Malaysia apabila homework bersusun. Kalau ada rezeki homework tak banyak, bolehlah selit TV sekejap – Spongebob & Upin Ipin. Tapi ada jugalah selang seli dengan sesi berehat 5 minit….

Urmm. Agak-agaknya, berapa % ilmu berjaya menyelinap masuk ke dalam otak anak-anak ini apabila otak & badan sudah letih menulis & menyalin ya? Terus terang cakap, kalau homework banyak sangat, saya yang akan menyalin soalan ke dalam buku latihan & anak-anak cuma menjawab sahaja (kalau ikut logik akal ini tidak menyalahi undang-undang ya kerana ia mengikut format exam – Baca soalan, terus jawab).

Itu kisah anak-anak saya yang bersekolah satu sesi. Bagaimanalah ya keadaan anak-anak yang perlu ke KAFA, malam ditambah dengan kelas mengaji & tuisyen? Paling sebak, anak-anak sudah berusaha menyalin & menjawab, tapi buku latihan tidak bertanda/tidak disemak berminggu-minggu oleh guru sedangkan anak terketar-ketar menghabiskan homework kerana takut dimarahi/didenda guru.

Patutkah kita mengarah/bertegas dengan guru-guru ini supaya menyemak homework murid dalam masa satu hari sebagaimana mereka meminta anak-anak menyiapkan homework dalam satu malam? TIDAK. Ibu bapa tidak sekejam itu. Kami faham guru-guru letih & terpaksa menghabiskan silibus yang ‘direka’ oleh Kerajaan. So, give & take, will ya?

Ini penulisan secara umum. ‘Anak’ dalam penulisan ini merujuk juga pada ‘murid sekolah’.

Buat semua guru yang prihatin & boleh bertolak ansur dengan murid-murid anda, di mana sahaja anda berada – Andalah PERMATA, andalah PENDIDIK. Terima kasih… Respect anda!

Wassalam.

P/S : Penulisan dalam bahasa rojak disengajakan kerana meluah perasaan dalam bahasa rojak lebih puas hati. Harap maklum. *SeNyUm*

Syalina Ahmad

**********

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s