COOL MUM, SUPER DAD

Posted: September 30, 2014 in EDUCATION, PARENTING

CoolMumSuperDad

SUPERMAN dan SUPERDAD – Kategorinya sama, peranan sahaja berbeza.

SUPERMUM? Oh, wellAll mothers are SUPERCOOL ;-)

Alhamdulillah. Baru-baru ini saya berkesempatan menyertai bengkel separuh hari “Merealisasikan Potensi Intergenerasi” di Pulau Pinang yang dikendalikan oleh pengasas program dan penulis buku Cool Mum Super Dad. Pengisiannya boleh tahan dan banyak membantu. Oleh kerana programnya berinformasi dan saya tak tertidur separuh jalan, maka saya akan berkongsi beberapa points penting.

Slot yang paling saya suka dalam mana-mana program ialah sesi Q&A atau sesi soal jawab. Dalam slot inilah soalan-soalan akan dijawab secara spontan, unscripted. Dalam slot ini jugalah kita akan tahu dan mengenal real issues, iaitu isu-isu yang membabitkan ‘everyday people’ seperti kita. Yep! Q&A session is the best. Jadi, info yang dikongsi ini kebanyakannya daripada sesi Q&A.

Sebagai makluman, tip-tip yang dikongsikan ini menggunakan ayat saya sendiri tanpa menjejaskan maksud asal. Saya juga ada memasukkan tip-tip tambahan. Harap maklum.

TIP 1 : Ibu bapa sepatutnya menjadi FIRST reference kepada anak-anak. Bukan guru, kawan atau Internet.

TIP 2 : Walaupun kita diberitahu supaya menjadi best friend kepada anak-anak, ibu bapa tidak boleh menjadi best friend mereka 100%. Kita tetap berperanan sebagai IBU dan BAPA yang mendisiplin, menasihat, memarahi dan mungkin merotan (dengan cara yang dibenarkan dalam Islam). Ini amanah yang Allah berikan kepada kita.

TIP 3 : Bagaimana cara nak mengetahui anak-anak suka kepada kita dan selesa dengan kita (terutamanya anak-anak remaja)? Salah satu tip – Sewaktu berjalan berdua, contohnya di shopping mall, lihat sama ada anak kita berjalan di sebelah kita atau berjalan jauh di belakang.

TIP 4 : Speaker, Ahmad Fakhri Hamzah (the dad) berkongsi satu cerita yang mana pada saya sangat inspiring. Sewaktu menghantar anaknya ke universiti, anak itu duduk di hadapan manakala isterinya duduk di belakang. Jarang dipraktikkan oleh kita semua. Selalunya isteri yang conquer seat hadapan. :D :D :D

* Tip tambahan : Saya awal-awal terpaksa surrender tip ke-4 ni kerana saya (si ibu & isteri) ‘mabuk’ kalau duduk di belakang. SOLUSI bagi isteri-isteri yang mempunyai masalah ‘mabuk kenderaan’ seperti saya ialah – Biar suami duduk di belakang bersama anak dan kita memandu.

** Tip tambahan : Saya kira, tip ke-4 adalah contoh bagi kes anak-anak yang tidak rapat dengan bapa. Jadi, tip ke-4 ini bergantung kepada keadaan. Sekiranya anak tidak rapat dengan ibu, maka dengan si ibulah anak akan duduk sama ada di hadapan atau di belakang.

TIP 5 : Bagi anak-anak yang pendiam atau takut untuk ke hadapan, boleh cuba tip-tip ini :

(a) Restoran – Galakkan anak order makanan. Praktis awal di rumah atau dalam kenderaan.

(b) Klinik – Biar anak yang bercakap dengan doktor. Pun sama – Praktis awal.

TIP 6 : Ketika bermusafir, berikan tugasan kepada setiap anak. Ini contoh berdasarkan pengalaman Ahmad Fakhri Hamzah sendiri ketika di lapangan terbang :

Anak 1 – Airport Manager. Dia akan memastikan urusan di lapangan terbang berjalan lancar, contohnya kaunter berapa, bilangan beg, siapa akan duduk di tepi tingkap dan sebagainya. Mana-mana ahli keluarga yang mahu menukar tempat duduk, perlu berbincang/berurusan sendiri dengan ahli keluarga lain yang berkenaan.

Anak 2 – Gadgets Officer (Saya memberi nama ni kerana tak ingat Speaker menyebutnya atau tidak). Dia akan menguruskan hal-hal berkaitan gadgets, contohnya urusan menentukan arah Kiblat (kompas solat) dan lain-lain.

Anak 3 – Trip Planner. Nama jawatan ini pun rekaan juga ;-) Dialah yang akan menentukan di mana dan pukul berapa mereka akan berkumpul, makan di mana dan sebagainya.

TIP 7 : Bawa anak-anak keluar beriadah (bersukan, shopping dll) secara one-to-one. Maksudnya, hari ini keluar bersama Anak A sahaja. Esoknya, keluar bersama Anak B. Lusa pula Anak C. Ibu dan bapa kedua-duanya perlu main peranan. Cara yang betul ialah, bapa ada special moments dengan setiap anak dan ibu juga begitu. Semuanya dilakukan secara berasingan.

TIP 8 : MEROTAN. Seriously, rotan perlu jika keadaan mendesak, apatah lagi Islam membenarkannya (Sweden bukan negara Islam, ya!). Bagaimanapun, sebaik-baiknya bersemuka dahulu dengan anak. Bertanya kepada dia, mengapa dia bertindak begitu dan begini. Nasihat dahulu. Paling penting, kenali perwatakan anak sebelum memilih teknik mendisiplin anak. Ada anak berpotensi memberontak dan berperangai lebih dahsyat jika dirotan. So, KNOW YOUR KIDS WELL!

TIP 9 : Menurut Speaker, Jamilah Samian (the mum), teknik mendisiplin anak sepatutnya membabitkan PERUBAHAN. Jadi, ibu bapa dan anak-anak perlu tahu APA yang perlu diubah dan BAGAIMANA hendak mengubahnya. Ibu bapa perlu tahu tahap emosi anak-anak mengikut umur, contohnya, anak yang masih kecil mungkin lebih mudah mendengar kata selepas dirotan, berlainan dengan anak remaja yang mungkin bertindak drastik seperti lari dari rumah.

TIP 10 : KIDS ARE WATCHING. Cara kita memuliakan ibu bapa kita sendiri perlu diambil berat. Bawa anak-anak kita ke rumah orang tua kita. Biar anak-anak melihat cara kita memuliakan ibu bapa, contohnya ketika mereka sakit. Jika orang tua kita sudah meninggal dunia (maksudnya anak-anak kita sudah tiada datuk dan nenek), bawa anak-anak kita ke rumah orang-orang tua dan berbakti di sana sekali sekala.

Sebelum bengkel tersebut berakhir, Speakers telah membuat ‘eksperimen simbolik’ menggunakan buah epal. Mungkin ramai yang sudah tahu. Tapi, saya tak mahulah bercerita di blog ini. I don’t want to kill the thrill. Jika berminat nak tahu, sertailah bengkel ini di masa hadapan ;-)

Secara keseluruhannya, Cool Mum Super Dad sangat okey. Cuma satu sahaja, namun ini pandangan peribadi. Pasti lebih menarik jika Ahmad Fakhri Hamzah dan Jamilah Samian yang juga merupakan pasangan suami isteri ‘berduet’ di sepanjang program berlangsung. Mungkin kaedah bersembang santai, usik mengusik, sampuk menyampuk. Mungkin lebih lively. Wallahua’lam.

Semoga bermanfaat, ya!

Syalina Ahmad

NOTA : Saya sentiasa memerlukan bengkel-bengkel seperti ini untuk memuhasabah diri dalam mendidik anak-anak. Ia seperti kaedah ‘recharging’. Sebelum ini saya menyertai bengkel Asuh Fitrah oleh Rosnah Ahmad, kemudian bengkel Mahligai Kasih yang dikendalikan oleh Pak Utih. Mahligai Kasih fokus kepada hubungan suami dan isteri. Sangat bermanfaat :)

Kredit : Ahmad Fakhri Hamzah dan Jamilah Samian, Cool Mum Super Dad.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s