[Oooops!] TERBELI BARANG BOIKOT & TAK TAHU NAK BUAT APA?

Posted: August 8, 2014 in PALESTIN & SYRIA

BAYANGKAN BEGINI : Tiba-tiba bersemangat hendak memboikot barangan yang ada kaitan dengan Zionis Israel, tetapi – Oooooops! Bila buka kabinet dapur, rupanya banyak sungguh stok yang sudah TERbeli sebelum ‘sampai seru’ dahulu. Mustahil kalau sampai nak kena buang semua tu. Membazir amalan syaitan kannnn….

Baiklah. Jika dah terbeli, habiskan sahaja. Bukan orang tahu dan nampak pun. Ya, Allah nampak, itu jangan kita pertikai. Tapi jika sampai nak tuang 5 tin coklat Milo ke dalam lubang jamban (geram pada Zionis punya pasal), itu membazir namanya. Habiskan sahaja. Selepas habis nanti jangan beli dah ya ;-)

Okay. Itu kita bercakap mengenai barang yang boleh disorok. Sebagai contoh, jika bawa air Milo ke pejabat, tidak perlulah gatal-gatal umumkan itu Milo. Diam-diam sudah. Tidak perlu pandai-pandai announce, “Ini bukan Milo ya… ini bukan Milo ya…,” di sepanjang berada di dalam lif dari tingkat 1 menuju ke tingkat 26. Menimbulkan syak wasangka tu ;-) ;-)

Itu bagi barang yang boleh dirahsiakan. Bagaimana dengan barang yang payah kita nak sorok? Kita dah TERbeli. Barang ‘wajib’ yang perlu dibawa ke mana-mana. Mahal pula tu. Sebagai contoh, bedak muka atau compact powder.

Sebagaimana kes Milo tadi – Tidak perlu risau dan tidak perlu buang kerana ada solution dia. Sebelum itu perlu diingatkan, membawa mana-mana produk/jenama tersebut ke luar rumah adalah satu bentuk promosi bergerak.

Sebagai contoh, compact powder berjenama L’Oreal yang termasuk dalam senarai boikot. Walaupun kita kata, selepas stok dalam tangan ini habis, kita TIDAK AKAN lagi membeli L’Oreal, kita tetap perlu beringat bahawa di sepanjang masa kita mengeluarkan casing-nya daripada beg tangan, kita sebenarnya sedang mempromosikan jenama tersebut.

Jadi, apakah solusinya? Ini salah satu jalan penyelesaian :

JENAMA ASAL BEDAK – L’OREAL (Memang termasuk dalam senarai barang perlu diboikot) :

032

PENJENAMAAN SEMULA :

040

Memang hangit. Kalau tak ‘meleTOP’ pun, confirm berkokoklah jenama baru ni!

Alhamdulillah dah nak habis…

036

Tetapi sebelum betul-betul habis, eloklah mula mencari produk yang sesuai mulai sekarang. Saya dah jumpa produk penggantinya. Sudah mula gunakan pun, berselang seli dengan L’Oreal (dianggap fasa percubaan, jika tidak sesuai bolehlah terus cuba jenama lain pula sebelum bedak yang nak diboikot itu habis) :

050

Memang susah hendak bertukar kepada produk baru apabila sudah serasi dengan produk lama. Entah berapa ramai orang saya interview di Watsons semasa hendak membeli produk Simplysiti tempohari. Hampir setengah jam jugalah… isk!

Di bawah ialah salah satu contoh lain. Ini rupa baru Johnson’s baby lotion yang saya guna sebagai pelembab tangan :

045

Insya-Allah, tiada lagi promosi bergerak sementara barang yang nak diboikot itu habis.

Atau bagi kes-kes darurat di mana kita terpaksa setia kepada sesuatu produk disebabkan tiada produk lain yang sesuai, mungkin ini solusinya. Belilah jika darurat sangat-sangat, contoh mungkin jika menggunakan pelembap lain tangan mengelupas teruk. Maka beli dan gunalah, tetapi sebaiknya jangan dihebahkan atau jika perlu dibawa keluar, ubah ‘rupanya’ seperti di atas.

Selamat mencuba ya.

***********************************

NOTA : Artikel di atas ditulis & dimuat naik pada 24 Disember 2012. Oleh kerana Simplysiti mahal, maka saya telah bertukar kepada BB cream Garnier. Pencuci muka pun saya gunakan Garnier, sesuai dengan kulit.

Bagaimanapun baru-baru ini heboh satu dunia, Garnier sangat kamceng dengan askar-askar wanita Zionis. Nampaknya, terpaksalah ‘mengkayakan’ Dato’ Siti Nurhaliza semula. Mujurlah saya suka Dato’ Siti yang lemah lembut tu hehhe… Luv you TokTi…

P/S : Akan habiskan BB cream & pencuci muka Garnier dahulu sebelum bertukar produk. Sebagai makluman, Garnier memang kamceng dengan Israel sejak dahulu, tetapi saya terlepas pandang. Sekarang saya dah tahu & dah terbukti, jadi – BYE BYE Garnier!

(Klik gambar untuk cerita penuh)

Garnier-Israel

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s