TAJWID.. GRAMMAR…

Posted: May 17, 2014 in EDUCATION, PARENTING

Jika mengikut sistem mengaji Quran yang diamalkan, kita tidak bermula dengan tajwid. Sebaliknya, kita diajar menyebut dan kemudiannya membaca. Sebagai contoh, “Jika baris begini, panjang dua harakat,” atau “Ini tanda berhenti, perlu berhenti,” dan sebagainya. Atau mungkin kita diajar “Alif di atas – Aaa…. Ba di atas – Baa” dan seterusnya (semua bergantung kepada kaedah yang digunakan).

TIADA langsung asas (nama) tajwid yang diajar, namun dengan izin Allah kita dapat membaca Muqaddam/Al-Quran dengan lancar seawal umur empat, lima tahun lagi. Mengapa tidak menggunakan kaedah yang sama dalam pembelajaran bahasa Inggeris? Mengapa perlu ditekankan ‘nouns’ ialah begini, ‘verbs’ begini, kemudian ‘past, present tense’ dan lain-lain pula begini? Mengapa tidak terus diajar, sebagai contoh, “Jika di depannya ada ‘is’, ‘are’, ‘was’, ‘were’, di hujung ‘perkataan ini’ perlu ditambah ‘ing’…” dan sebagainya?

Pada saya memberi tip-tip begini jauh lebih berkesan daripada kita menakutkan diri mengingati dan menghafal nama/jenis ‘grammar’. Tajwid dan ‘grammar’ adalah ILMU BONUS, yang penting dapat membaca/menggunakannya dengan betul dan tepat. 11 tahun belajar bahasa Inggeris tidak pandai-pandai juga dengan persepsi salah bahawa ‘grammar’ susah lagi menyusahkan. Mungkin sudah tiba masanya sistem diubah.

 

Syalina Ahmad

***********

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s