MEREKA TAK PEDULI

Posted: April 8, 2013 in PARENTING

1malaysiahuh

Suka menonton klip ini yang disiarkan di televisyen setiap hari? Lihatlah bagaimana mereka merosakkan minda anak-anak muda. Mereka hanya menekankan soal keamanan, kemakmuran dan pembangunan, mahu anak muda bangga apabila Malaysia dikenali dunia. Dan kepada anak-anak muda ini mereka tabur wang dan hiburan yang banyak.

**********

Mereka tidak peduli pun tentang korupsi yang mereka lakukan. Mereka juga tidak peduli tentang anak-anak bangsa yang semakin rosak di luar sana. Makmurkah Malaysia sedangkan zina berleluasa di bawah kuasa mereka? Akhbar THE STAR 12 September 2012 melaporkan 30% remaja hamil anak luar nikah dalam tahun 2011, tahun 2010 26%. Ia meningkat tahun demi tahun.

**********

Sekiranya anda mempunyai anak perempuan, seharusnya anda berasa sangat bimbang. Bimbang kerana anak dara anda ada potensi besar untuk rosak dan dirosakkan. Juga bimbang kerana anak teruna anda berpotensi merosakkan anak orang lain, mungkin juga dipenjarakan. Dan bimbang anak-anak anda akan menghadiahkan anda produk zina (cucu).

**********

Amankah Malaysia sedangkan Malaysia boleh dibolosi dengan mudah dan jenayah berleluasa? Membangunkah Malaysia sedangkan masih ramai rakyat yang miskin, dan pada masa yang sama hutang negara bertambah? Jadi – AMAN, MAKMUR dan MEMBANGUN kah Malaysia?
**********
Jangan hanya pandai bercakap tentang umat Islam bebas beribadah di Malaysia di bawah pemerintahan mereka, kerana siapa lagi yang akan tinggal untuk beribadah kepada Allah kelak jika semua anak muda rosak?
**********
Jangan salahkan orang lain jika suatu hari nanti, anak-anak hendak menghadiahkan ayat suci Al-Quran buat roh kita pun mereka tidak tahu!

********************

Abjz-Artikel5

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s