DILEMA “A”?

Posted: March 31, 2013 in EDUCATION, PARENTING
Saya berjumpa dengan pendidik yang memberitahu saya – “Jangan dirisaukan sangat tentang ‘A’ tu”, tetapi mereka lupa, sekolah sendiri ‘rate’ murid menggunakan gred akademik.
Saya berjumpa dengan ibu bapa yang apabila anak mereka (Tahun 1 akan menaiki Tahun 2) ditempatkan di kelas hadapan, mereka mahu anak mereka itu ditempatkan di kelas ‘belakang’. Tetapi mereka lupa, pilihan siapakah itu? Pilihan anak merekakah, atau pilihan mereka (ibu bapa)? Kerana jika ditanya kepada anak-anak, “Mahu kemenangan atau sebaliknya?” Pasti anak-anak akan melaungkan – “MAHU KEMENANGAN!”
Bagaimanapun keadaannya, jangan salahkan kami (ibu bapa) jika kami risau. Sistem pendidikan negaralah yg menjadikan kami begini. Selagi sistem pendidikan hanya memandang ‘A’, maka selagi itulah kami begini.
Apa pun saya gembira kerana sekolah anak saya memberi anugerah kepada murid mengikut bilangan A. Jauh lebih baik daripada memberi hadiah kepada tempat 1-3 sahaja (kedudukan di dalam kelas) sedangkan ramai lagi yang turut sama layak. Ini bermakna, jika berada di kelas ‘belakang’ sekali pun, sesiapa juga layak menerima anugerah jika cemerlang akademik & lain-lain. Inilah jalan sebaiknya.
Mungkin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s