SIAPA PEROSAK BANGSA & NEGARA?

Posted: January 5, 2013 in PARENTING

film-reel

“FILEM TIDAK DITAPIS DAN LUCAH PEROSAK BANGSA DAN NEGARA”

Mungkin kerana mereka terlupa nak letak “AGAMA” dalam peringatan di atas, maka mereka pun tapis lebih kurang sahaja.

Tak tahulah apakah definisi ‘lucah’ kepada mereka yang merangka akta penapisan filem ni. Jom kita tengok maksud ‘lucah’ mengikut Kamus Dewan. Antaranya :

Lucah – Tidak sopan; tidak senonoh; keji: kata-kata ~ kata-kata yg tidak senonoh.  Perempuan ~ pelacur.

Lucah – Hina, keji, sangat rendah, tidak senonoh, tidak sopan: kata-kata ~; perempuan ~ pelacur; kelucahan kecabulan, kehinaan, kekejian.

Filem Lucah – Filem yg banyak menayangkan adegan seks.

Rujukan : http://prpm.dbp.gov.my/

Kemudian kita tengok pula klasifikasi yang ditetapkan :

U : Kategori ini untuk tontonan semua lapisan masyarakat tanpa had umur. Filem memaparkan nilai-nilai murni, kesopanan dan memberi pengajaran positif serta menghiburkan. ~~~~~>>> Fine with me.

P13 : Penonton berumur di bawah 13 tahun memerlukan pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menonton. Filem mengandungi unsur seram, menakutkan, adegan atau aksi negatif, unsur suspen dan mengejutkan tetapi tidak berlebihan; jalan cerita yang sukar difahami dan unsur yang boleh mengganggu emosi kanak-kanak. ~~~~~>>> Oh, jadi tak menjadi masalahlah jika anak berumur 12 tahun menonton adegan2 negatif asalkan mak ayah duduk di sebelah? (So kalau mak ayah dia tertidur macamana?)

18 : Kategori ini untuk penonton yang berumur 18 tahun dan ke atas. Filem mengandungi unsur seram, ngeri serta ganas tetapi tidak keterlaluan; adegan kedewasaan yang tidak keterlaluan dan aspek sosial politik serta agama yang sensitif yang memerlukan tahap kematangan tinggi untuk memahaminya. ~~~~~>>> Okay, maksudnya mana2 adegan KEDEWASAAN bolehlah ditonton asalkan tidak keterlaluan? Apa pulalah agaknya definisi ‘kedewasaan’ kepada mereka yang menapis filem ni?

Kalau dulu lagi pening, kategori “18” dipecahkan kepada 4 sebelum diubah kepada kategori di atas :

18SG : Mengandungi unsur-unsur ganas atau seram tetapi tidak keterlaluan.

18SX : Mengandungi unsur-unsur seks tetapi tidak keterlaluan.

18PA : Ada menyentuh aspek-aspek agama, sosial dan politik.

18PL : Mengandungi gabungan dua atau lebih unsur-unsur di atas iaitu ganas, seram dan seks.

Basically sama, cuma ubah perkataan ‘seks’ kepada ‘kedewasaan’ sahaja (ya, sila garu kepala ramai-ramai).

Boleh rujuk di http://www.moha.gov.my/index.php/ms/lpf-klasifikasi-filem

Saya lebih faham sekarang. Menurut mereka :

Adegan cium tangan/pipi/dahi pelakon lelaki dan perempuan – Boleh.

Adegan tanggal baju dalam bilik tidur/bilik mandi – Boleh.

Adegan rogol – Boleh.

Adegan kolam renang – Boleh.

Adegan raba meraba – Boleh.

Adegan bilik tidur suami isteri – Boleh.

Adegan bilik tidur pasangan kekasih – Boleh.

Adegan khalwat boyfriend & girlfriend di taman – Boleh.

Adegan baju ketat seketat ketatnya ketat dan tayang bodyBoleh.

Adegan carut – Boleh.

Dannnnn lain-lain lagi. Semua BOLEH asalkan tidak keterlaluan dan asalkan mak ayah duduk di sebelah.

Kartun pun sama, banyak yang dah tak selamat lagi untuk ditonton oleh anak-anak. Kalau kartun ‘mat salleh’ tu, biasalah kissing scenes ni. Tak kiralah kartun yang berbentuk ‘haiwan’ atau ‘manusia’. Kadang-kadang kami pula terpaksa explain kepada anak-anak – “Oh, itu suami isteri tu.” Terima kasihlah kepada pihak penapis sebab beritahu kami supaya duduk di sebelah anak-anak. Heh.

Apa pun perkara paling menyedihkan ialah – Mereka yang membuat tapisan ini adalah Muslims. Nak salahkan penerbit dan pengarah filem pun ya juga, tapi kalau dah ‘top bosses’ sendiri bagi green light, maka berlumba-lumbalah penerbit dan pengarah ‘mengkaryakan’ kreativiti masing-masing.

Baca Akta Penapisan Filem 2002 di :
http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%2013/Akta%20620.pdf

Bacaan lain :
http://www.filemkita.com/maklumat/1/lpf_01.html

***************

Daripada seorang Muslim dan juga ibu…
Dari hati ke reel,
Syalina Ahmad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s