RESEPI : Ayam Goreng Berkicap

Posted: December 28, 2012 in RECIPES

Senanglah sangat resepi ni… Gambar-gambar lain ada di bawah.

Tapi sebelum tu, kita tengok dulu apakah kelebihan dan kekurangan ayam masak kicap yang berkuah :

Kelebihan – Ada kuah, senang nak gaul dengan nasi. Nak hirup kuah pun boleh.

Kekurangan – Ayam yang kita dah goreng tiba-tiba hilang ‘kegaringannya’ sebaik dimasukkan ke dalam kuah.

Kali ni saya nak kongsikan resepi ayam goreng kicap yang tak berkuah, tapi masih boleh digaul dengan nasi dan pada masa yang sama ayamnya kekal garing.

Bahan-bahan :

Ayam (gaul dengan garam kunyit)
Kentang (potong wedges)
Bawang merah & bawang putih (dihiris, kuantiti – BANYAK)
Sedikit halia & cabai merah (dihiris)
Kicap manis (masin pun tak menjadi masalah)
Daun bawang (hiris panjang)
Sedikit daun sup (hiris panjang)

Cara-cara :

Goreng ayam & kentang sehingga garing. Toskan.

Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cabai merah. Semasa menumis ni lebihkan minyak sedikit, tapi jangan banyak sangat. Agak-agaklah okay mengikut kuantiti ayam. Boleh pakai minyak yang baru atau campur sikit dengan minyak menggoreng ayam tadi.

Bila bahan tumis tu dah kuning-kuning sikit (macam nak garing tapi belum garing), masukkan kicap. Kalau semasa menumis tadi gunakan api yang besar, maka semasa nak masukkan kicap ni dinasihatkan perlahankan api sikit, kalau tidak nanti habis terpecik kicap tu.

Kacau bahan tumis & kicap hingga sebati, kemudian masukkan ayam goreng. Kacau-kacaukan sekejap. Kalau nampak kicap tak cukup untuk salut ayam, tambahkan sedikit kicap lagi ke atas ayam (dan kacau untuk sebatikan). Akhir sekali, masukkan kentang serta daun bawang dan daun sup. Kacau sekejap sahaja kemudian terus matikan api.

Siap! Owh, garam dan serbuk perasa tak payah sebab kicap tu sendiri dah boleh bagi rasa manis dan masin.

Masa makan bolehlah gaulkan bawang tumisan yang dah bersalut kicap tu dengan nasi. Memang best kalau makan dengan nasi hangat.

Selamat mencuba!

********************

091

GORENG AYAM & KENTANG

092

BAWANG MERAH & BAWANG PUTIH WAJIB BANYAK.
HALIA & CABAI MERAH SIKIT JA
(NAK LETAK BANYAK PUN TAK MENJADI MASALAH)

093

INI RUPA DALAM KUALI

094

INI RUPA DALAM PINGGAN.
NAK TABUR DAUN BAWANG & DAUN SUP MENTAH PUN BOLEH.
NAK TAMBAH PARSLEY PUN BOLEH.

Comments
  1. s_wani says:

    Seriously…nampak sedapppppppp…nak cuba la nnt!

  2. syalinamd says:

    Wani dah cuba belum? Selamat mencuba! Menu bujang yg sesuai utk family jugak :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s