MAHARAJA LAWAK MEGA : LAWAK DAHULU, LAWAK SEKARANG

Posted: December 5, 2011 in GENERAL
Tags: ,

Sekarang, rata-rata peminat komedi sedang bercakap mengenai Maharaja Lawak Mega (MLM). Jika Maharaja Lawak (ML) sebelum ini menggabungkan bekas-bekas peserta dan pemenang Raja Lawak musim pertama sehingga kelima, MLM pula menggabungkan pelawak-pelawak ternama, termasuk yang sudah dikategori sebagai ‘otai’. Menariknya, ia melibatkan pelawak-pelawak dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Bagi info lanjut, boleh layari http://www.astro.com.my/maharajalawakmega. Atau jika hendak menonton persembahan peserta-peserta MLM, layari http://www.youtube.com/guatvtube. Saya sebagai peminat setia komedi menonton MLM pada setiap minggu.

Banyak juga kontroversi dalam MLM. Salah satunya ialah pemilihan juri yang terdiri daripada tiga orang juri tetap yang tidak pernah terlibat secara langsung dalam dunia komedi dan seorang lagi juri jemputan sama ada warganegara Singapura atau Indonesia. Zainal Abidin Hassan (bekas pemain bola sepak negara), Dato’ Siti Nurhaliza dan Chef Wan (kini sudah bergelar datuk ya) adalah juri-juri tetapnya.

Saya tiada masalah dengan barisan juri. Kerana ketika dalam Raja Lawak dan Maharaja Lawak dahulu, komen-komen barisan jurinya pun banyak yang tidak membina juga.

Yang saya tidak bersetuju ialah apabila ramai penonton MLM mula membandingkan pelawak-pelawak lama (otai) dengan pelawak-pelawak baru. Sehingga ke tahap memperlekehkan mereka pun ada. Kata mereka yang memberi komen, mereka tidak sangka pelawak-pelawak otai begitu membosankan dan bermacam-macam lagi.

Oh, okay.

Sebenarnya jika dinilai betul-betul, bukan pelawak otai yang kehilangan taring mereka. Sebaliknya, yang perlu dipersoalkan ialah ‘selera penonton’. Format persembahan pelawak-pelawak otai dalam MLM tidak jauh berbeza daripada format lawak mereka dahulu. Cuma bezanya, dahulu orang akan ketawa terbahak-bahak. Sekarang susah hendak digelakkan lagi.

Boleh dikatakan lawak sekarang lebih ‘advance’. Oh, no-no-NO. Bukan advance dari segi pengisian, tetapi advance dari segi bahasa lucah dan double meaning-nya. Siapa yang menonton Raja Lawak, Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega pasti melihat, lawak-lawak lucah dan double meaning boleh menyebabkan penonton ketawa terbahak-bahak! Maksudnya, bagi lawak-lawak yang ‘suci murni’ sudah dikategorikan sebagai ‘ketinggalan zaman’ sekarang.

Agaknya, inilah standard lawak/komedi kita pada hari ini. Yang menontonnya pula bukan orang dewasa sahaja, malah kanak-kanak. Cara mudah membuat penonton tergelak terbahak-bahak tanpa perlu membuat homework, mungkin? Kasihan… Itulah ‘lawak dalam lawak’.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s