PENCARIAN IMAM MUDA SUDAH BERMULA

Posted: May 2, 2011 in GENERAL

Dalam kemeriahan Maharaja Lawak, jangan lupa menyokong dan menyaksikan program realiti IMAM MUDA yang sudah pun mula bersiaran di Astro Oasis pada 29 April lalu.

Memandangkan Maharaja Lawak disiarkan di channel Warna dalam pakej Mustika, dan ramai juga nampaknya yang tidak melanggan pakej ini, maka marilah mengambil peluang menonton IMAM MUDA sambil menunggu video-video Maharaja Lawak di upload di You Tube :)

Usah diabaikan hiburan untuk jiwa. Walaupun kita bergelak ketawa, pencarian ilmu akhirat juga wajib ditunaikan. Insya-Allah banyak pengajaran dan pelajaran yang dapat kita manfaatkan ketika menonton IMAM MUDA

********************

Imam Muda adalah sebuah konsep siri pencarian  televisyen yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), bertujuan mencari IMAM muda yang terbaik di Malaysia

Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian mengenai remaja lelaki Islam yang dipilih menerusi uji bakat yang dihimpunkan secara berkumpulan di sebuah asrama selama 3 bulan mempelajari dan memahami tentang hal-hal keugamaan dan kepimpinan Islam dari pemimpin ugama dan pendidik yang bertauliah dan berpengalaman.

Individu terpilih ini bakal menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan ugama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.

Kesemua Individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.

Setiap minggu, pelajar terbaik akan diumumkan dan 3 orang pelajar yang mendapat kedudukan terendah akan diberi tugas kemasyarakatan. Sehinggalah di minggu kesembilan, hanya 2 orang pelajar terbaik akan beraksi di pentas akhir.

Program Imam Muda bertujuan mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintegriti dan berkredibiliti bagi memikul tanggungjawab bukan sahaja sebagai Imam malah sebagai pemimpin.

Selain itu, program Imam Muda  bertujuan memartabatkan status Imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang dipikul seseorang Imam di zaman yang penuh cabaran ini.

Menjadi pemangkin kepada kelahiran IMAM MUDA yang versatil dan relevan kepada komuniti.

Sumber : Laman web Astro. Untuk info lanjut dan maklumat peserta, layari http://www.astro.com.my/imammuda

Di bawah ialah calon-calon menantu mithali :)

Comments
  1. imam muda says:

    ramai la nak buat menantu ni..muka pulak hensem-hensem..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s