EMPAT HARI DI WAD PEDIATRIK HOSPITAL SEBERANG JAYA

Posted: March 29, 2011 in GENERAL, PARENTING

Baru-baru ini anak bongsu masuk wad di Hospital Seberang Jaya kerana jangkitan kuman dalam paru-paru. Ada beberapa perkara yang perlu saya catatkan di sini :

PERTAMA

Ada kejadian ‘tarik’ berlaku kepada seorang bayi. Semasa kejadian tu berlaku, kebanyakan ibu yang sedang menjaga anak-anak di wad berkenaan (termasuk saya) sedang beristirehat, dan ada yang sedang tidur (termasuk saya).

Tiba-tiba terdengar suara perempuan meraung-raung. Terus saya terjaga. Seperti ibu-ibu lain (dan beberapa orang yang mewakili kaum bapa), saya turut meluru untuk melihat. Bukan hendak menyibuk, tetapi mahu menolong kalau-kalau perempuan yang meraung berkenaan memerlukan bantuan.

Apabila sampai, saya melihat seorang doktor perempuan berbangsa Cina sedang membasahkan badan bayi berkenaan dengan kain basah. Kata doktor berkenaan, “Panggil nurse, panggil nurse!” Mungkin dia sendiri rimas melihat kami mengerumuni katil berkenaan tanpa berbuat apa-apa (don’t blame us, we are Malaysians). Tetapi sebenarnya, tidak perlu memanggil jururawat pun kerana suara si ibu yang meraung berkenaan cukup kuat. Saya kira keseluruhan warga wad berkenaan boleh mendengar.

Bayi berkenaan segera di bawa ke bilik rawatan. Oh, belum selesai rupanya. Tiba-tiba meluru masuk pula seorang lelaki dengan wajah cemas. Jika kulitnya putih, pasti boleh nampak warna merah di muka.

Dia begitu marah. Katanya jika sesuatu berlaku kepada anaknya, dia akan mengambil tindakan. Tidak pasti apa isi penuh ugutannya. Yang pasti, ia menjadi kes polis (pihak hospital yang membuat laporan selepas kejadian, bukan si bapa). Pun begitu Alhamdulillah, tidak lama selepas itu, bayi tersebut sedar seperti sediakala. Dan si ibu pun tenang semula dan berhenti meraung.

Hmm… kejadian tersebut memberi peluang kepada saya melihat cabaran kerjaya seorang doktor dan jururawat. Tanggungjawabnya cukup besar, mungkin ada masanya diugut, mungkin dimaki dan dicaci dan perlu ‘bermain-main’ dengan nyawa orang lain. Itu belum dikira masa kerja yang tidak menentu. I respect them. Bertambah respect jika mereka boleh terus menguntum senyuman walaupun penat dan di kelilingi masalah pesakit.

Bagi para doktor dan nurses di wad berkenaan pada hari kejadian, mereka berjaya mengatasinya dengan tenang. Walaupun si bapa mengganggu, mereka masih boleh ‘buat bodoh’ dan teruskan usaha menyelamat dengan tenang. Syabas.

KEDUA

Semasa kejadian ‘tarik’ berkenaan dan ketika si ibu meraung-raung, orang-orang di sekeliling hanya melihat dan menjeling. Seolah-olah tiada ada yang berlaku. Si ibu pula sedang mengandung. Seorang lagi anaknya yang lain berada di situ (mungkin berumur 5-6 tahun begitu). Tidak terfikirkah warga wad yang sedang menonton hendak membantu?

Lantas saya mengambil kerusi dan meminta ibu berkenaan duduk. Dia pun duduk sambil terus meraung. Kemudian saya berlari ke katil dan mengambil dua pek biskut. Saya berikan dua pek biskut tersebut kepada si anak yang seorang lagi. Kerana saya melihat dia pun terpinga-pinga dan tidak faham mengenai apa yang berlaku.

Bukanlah nak kata saya ini bagus, tetapi di manakah sensitiviti kita? Oh, Malaysians!

KETIGA

Saya terhibur kerana di wad berkenaan, ada bangsa Melayu, Cina dan India. Ketika berbual-bual, kami menggunakan satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu. Bersembang dalam bahasa Melayu, bergurau pun dalam bahasa Melayu.

Comments
  1. imah says:

    saya pun ada cerita juga.29/11/2011 saya masuk ke Hospital Bukit Mertajam kerana melahirkan anak yang ke 5.Tetapi belum masanya lagi.Pada 1/12/2011 tiba lah masanya saya di masukan ke bilik besalin.tetapi saya ada masaalah saya di hantar ke Hospital Seberang Jaya.Segala pakaian baby di bawa oleh jururawat.Pada awalnya suami saya meminta pakaian baby pada jururawat untuk membawanya sendiri.Tetapi di halang oleh salah seorang jururawat,katanya mereka akan membawanya sendiri.Setelah beterung nyawa untuk sampai di Hospital Seberang Jaya saya selamat melahirkan baby di sana.Saya beterima kasih kepada semua jururawat yang membantu saya terutama sekali Bidan yang bernama……..cepat dan cekap melakukan tugas.Tetepi ada satu pekara yang membuat kan saya dan suami tidak berpuas hati.Pada hari itu jururawat hendak membersihkan anak saya lalu dia pun meminta pakaian,tuala dan kain lampin untuk di pakaikan kepada anak saya.saya kata ada pada jururawat yang membawa saya ke sini tadi,malangnya jururawat yang bertugas mancari tetapi tidak ada.Lalu jururawat tadi berjumpa dengan suami saya untuk bertanya tentang pakaian anak saya.Suami saya kata ada pada jururawat yang menbawa saya tadi,tetapi jururawat itu kata”tak ada pada saya.Puas mereka cari tetapi tak jumpa juga.Nasib baik saya membawa 2 pasang baju jika tidak anak saya tidak berpakaian dalam kesejukan.Sampai sekarang saya tiada jawapan kemanakah pakaian anak saya hilang.Suami juga sudah beberapa kali pergi ke Hospital Seberang Jaya dan Hospital Bukit Mertajam bertanya tentang barang yang hilang tetapi tiada jawapan.Yang paling tidak puas hati kedua-dua bil hospital saya bayar semuanya RM65.Kos beli barang anak baju RM13,tuala kartoon RM3+.++ dan kain lampin 2helai.Siapakah yang harus di persalah kan dalam hal ini dan siapakah yang harus mambayar ganti rugi.Saya mahukan jawapan……………sangat-sangat tidak berpuas hati.

    • syalinamd says:

      Salam puan. Sikap ‘lepas tangan’ begini memang kadang2 berlaku. Geram juga. Ada setengah klinik/wad meletakkan borang maklumbalas (feedback form). Yang pernah ter-bersalin dalam wad pun ada (yang menyambutnya pesakit juga). Mungkin boleh disuarakan menggunakan medium tersebut. Kadang2 tak diendahkan juga. Mungkin sebab tu pesakit lebih senang melaporkan di akhbar bagi satu Malaysia tahu.

      • imah says:

        waalaikumsalam,itu la saya pun geram dengan sikap mereka jika di ikut kan hati mau hebohkan saja.Yang paling sakit hati semasa suami saya pergi masing2 tuduh menuduh, HBM kata tanya HSJ,Bila pergi HSJ suruh tanya HBM macam mana tak sakit hati.Bukan la nak bekira sangat tapi nak tahu juga kamana pergi semua barang2 itu.Sampai sekarang saya masih tidak berpuas hati dan ingin saja mancari tempat @saluran yany boleh saya buat aduan.Hari ini saya yang kena nanti nasib siapa pulak,jika kita terus berdiam diri.Dan mereka terus tidak akan bertanggungjawab dan mengambil berat barang2 pesakit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s