PANGGILAN ‘CIK’, ‘PUAN’ & ‘CIKPUAN’

Posted: December 20, 2009 in EDUCATION, GENERAL

Artikel dibawah disalin dari laman web
Universiti Terbuka PTS

********************

1. Dalam Bahasa Melayu Tinggi (BMT) panggilan mulia ‘Cikpuan’ digunakan kepada perempuan yang mempunyai ciri (a) cantik, (b) muda dan (c) disayangi, maka itu isteri-isteri kepada sultan (dan isteri kepada anak-anak sultan) yang berketurunan orang biasa diberikan nama panggilan mulia ‘Cikpuan’ sebelum mereka ditabalkan menjadi sultanah ataupun permaisuri, seperti Cikpuan Siti Aisyah (Selangor) dan Cikpuan Kalthum (Pahang).

2. Dalam BMT, panggilan mulia ‘Cikpuan’ juga digunakan di kalangan isteri-isteri golongan kelas atasan dalam masyarakat Melayu, seperti isteri pembesar dan pegawai-pegawai tinggi.

3. Intipati panggilan mulia ‘Cikpuan’ dalam BMT adalah panggilan penghormatan kepada perempuan-perempuan Melayu yang mulia lagi dimuliakan.

Berdasarkan 3 faktor itulah maka BMT kontemporari meluaskan lagi penggunaan panggilan mulia ‘Cikpuan’ kepada semua perempuan yang dimuliakan, baik Melayu mahupun bukan Melayu, tanpa mengambil kira berapa usia ataupun status perkahwinan perempuan itu, yakni apakah dia gadis muda, gadis lanjut usia, isteri pertama, kedua, ketiga, keempat ataupun janda.

Nota: Pendapat yang mengatakan dalam Bahasa Melayu tidak ada panggilan mulia ‘Cikpuan’ adalah pendapat bukan pakar bahasa.

********************

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s