BAGI PIHAK PERSATUAN ISTERI SEDUNIA…

Posted: December 2, 2009 in GENERAL, PARENTING

Salam.

Mohon baca dalam nada jenaka (tetapi ambil mesej secara serius).

Semalam di Forum Cari saya terjumpa topik perbincangan mengenai rutin harian seorang perempuan yang juga seorang isteri dan seorang ibu.

Seronok & kelakar membaca rutin-rutin yang dikongsi. Simpati pun ada apabila membaca luahan-luahan hati yang tak kesampaian (tak sampai pada suami/isteri tapi sekadar di forum).

Ada isteri/ibu yang merungut, ada yang redha. Tapi yang mengatakan mereka redha itu pun ada berbaur ‘pemberontakan dalaman’ yang diluahkan secara halus melalui ‘ayat-ayat redha’ mereka. Sebagai contoh ayat seperti, “geram juga bla bla bla.. tapi…” dan sebagainya.

Hakikatnya, bukan bangsa Melayu sahaja yang merungut mengenai suami, tetapi ibu/isteri sedunia semuanya mempunyai masalah yang sama. Tonton TV sudah cukup, sitcoms especially, pasti ada kes isteri merungut mengenai suami, dari The Simpsons hinggalah ke Everybody Loves Raymond mahu pun Home Improvement, Fukuchan dan Sin Chan.

Memang sah “Men are from Mars, Women are from Venus”.

Senang cerita beginilah. Islam tidak pernah mengajar para suami untuk duduk relax, tak mahu menolong isteri dan hanya meletakkan segala tanggungjawab menguruskan rumahtangga dan anak-anak di atas bahu isteri. Tapi itulah yang berlaku, last-last, isteri yang tension terlebih.

Come on la para suami, jangan jadikan alasan keluar mencari rezeki sebagai alasan ‘letih’. Ini bukan zaman mengangkut cangkul ke ladang, atau membajak di bendang. Ini zaman kerja di bawah air-cond, kereta pun ber air-cond. Silap-silap peluh setitik pun tak keluar. Tak mungkin penat sepenat-penatnya penat… (jika memang kerja di ladang atau bendang itu cerita lain la).

Isteri pun penat juga. Tambahan yang bekerja. Balik kerja, urusan di rumah masih on juga. Bagi yang suri rumah pula sama jugalah, 24 tak tutup kedai. Yang ini suami/lelaki susah nak faham.

Fikirkanlah… anak-anak apabila tiba cuti sekolah, mereka bercuti. Suami pula apabila tiba hari Sabtu & Ahad, itu hari cuti mereka. Tetapi isteri? 7 hari seminggu tanpa henti bak kata Air Asia, atau 8 days a week bak kata The Beatles.

Ada juga terbaca komen di forum tersebut, apabila keletihan dan tidak larat untuk membasuh baju, terus hantar ke dobi. Good idea! Pun begitu mungkin perlu dikaji juga, yang menanggung kos dobi tu suami atau isteri? Jika isteri yang tanggung, maka sama jugalah keadaannya… jika suami paham, pasti dia yang keluarkan duit. Atau jika suami tak mampu, dia akan dengan rela membantu isteri membasuh baju kerana memahami isteri pun penat juga. Alah, membasuh guna mesin, takkan itu pun suami tak sanggup bantu kan?

Jadi, tolonglah para suami… bantu-bantulah isteri… berilah peluang kepada isteri berdandan untuk suami sekali sekala. Jika menghadap kerja rumah 24 jam, makin kusut rupa isteri jadinya. Umur baru 30-an, silap-silap dah rupa 40-an. Siap berkain batik & bersanggul lagi! Kasihan…. isteri tension, tak baik utk kesihatan dia.

Para isteri pula… tolonglah berbincang dengan suami… mungkin suami lebih bersedia untuk membantu selepas berbincang. Jika isteri tension, muka jadi masam (merajuklah tu). Tak elok kan untuk kesihatan? Kita hidup sama2 melayari bahtera rumahtangga. Jika suami menolak permintaan ringan isteri itu, maksudnya something wrong dengan si suami lah tu… ya lah, isteri bukan meminta kereta BMW atau berlian Habib Jewels, tapi sekadar 2% dari kegagahan suami untuk membantu sekali sekala tatkala isteri keletihan…

Atau… setidak-tidaknya, manjakanlah si isteri… bawa bercuti just the two of you, atau dinner/lunch, atau paling tidak pun, bancuhkan isteri kopi atau susu secawan ketika isteri mendapat peluang untuk berehat sebentar, bukan sebaliknya di mana isteri baru melabuhkan punggung untuk berehat, keluar dialog keramat dari mulut suami – “Buatkan abang kopi secawan.”

Jika mempunyai anak-anak lelaki, mulakanlah didikan dari awal agar ringan tulang untuk membantu ibu, dan anak-anak perempuan pula diasuh untuk turut membantu ayah. Mudah-mudahan apabila besar, mereka akan bersedia dari segi fizikal & mental untuk membantu suami/isteri…

At no cost semua tu kan? Tapi ganjarannya besar & yang paling penting – BAHAGIA RUMAHTANGGA!

Seperti mana suami harapkan daripada isteri, apa yang isteri harapkan hanyalah support daripada suami, juga rasa dihargai…

Wallahua’lam.

 

Bagi pihak persatuan isteri sedonia,

Syalina Ahmad

Comments
  1. Yus says:

    Selaku ahli seumur hidop persatuan soami sedonia tiada halangan :)

  2. syalinamd says:

    Kih kih kih… thank you! *wink*

  3. Jasmin says:

    kak lina…
    1 perkongsian yg sgt bagus & menarik
    thanksssss….

    tuh… bro yus dah sokong tu.. kira orait sgt daa tuh….

  4. syalinamd says:

    Ehem Jas, sebagai panduan kita bersama.. mudah-mudahan…

  5. hazizah kasban says:

    assalammualaikum. selera juga baca komen2 para isteri ni. gini lah…kita kaum isteri..terima lah tugasan sebagai isteri ini kerana Allah. Bila kita lakukan tanggungjawab kita sebagai isteri/ibu dengan ikhlas dan kerana Allah pasti akan rasa tenang dan bahagia melakukan kerja2 itu. ya, memang penat tugas dirumah tak ada hentinya. tapi kan kita surirumah..pandai2 lah kita adjust masa sendiri. dari sehabis subuh mungkin kita terkejar-kejar dgn menyiapkan suami nak gi kerja dan anak2 nak ke sekolah….maka siapkan apa yg nak dibuat sebelum tidur so pagi tak berebut-rebut. setelah suami/aanak keluar kita lakukan tugas harian seperti biassa…jgn sambung tidur pulak……kalau hari2 berkemas..maka tak banyak mana kerja..just touch up sikit2 je. Ajar anak2 jgn suka kecah2 umah. berkemas/membasuh/memasak kira2 kalau dilakukan dgn gembira sambil istifar atau dgr radio ok apa…jam 10.30-11.00am dah beres semua. lps tu pandai2 lah nak fb ke nak membaca ke nak lending ke…..kan masa kita yg urus. jgn lah selalu mengeluh danirihati pd suami tak tolong lah apa lah….kena paham tugas suami penat otak suami kita tak tau. dia cari duit utk kita dan anak2 lum tanggung ibu/bapa lagi…jadi sifat isteri yg bertimbang rasa menyenangkan hati suami. Nasihat saya pada para isteri jgn banyak merungut….lakukan dgn ikhlas dan kerana Allah. Tugas mendidik anak2 adalah amanah Allah maka sapa sempat lah. kalau kita lakukan dgn ikhlas..akan ada rasa happy membuat semua kerja2 rumah. buat isteri2 yg berkerja…mmg sama2 penat tapi kena ingat kerja2 juga urusan rumahtangga kena diambil kira ya….tanamkan sifat tolak ansur bagi yg sama2 berkerja. bagi saya yang berkerja(kerna sy juga berkerja dulu) pagi nak gi kerja mg kelam kabut. dari malam sudah prepare segalanya..kemas umah/membasuh/juga menu2 utk sarapan siap tersedia dlm peti sejuk. (hari sabtu/ahad prepare utk persiapan hari bekerja punya menu) kan mudah…..selagi kita merungut..penat lah..bosan lah…..suami tak tolong lah…lebih baik istifar banyak2 ingat kita buat semua adalah kita suka buat….CUBA. apa juga kerja yg kita buat kalau ikhlas dan kerna Allah pasti ada kebahagian disitu. dan….para suami sabtu/ahad juga hari cuti bagi isteri….so b.fast lah di luar or minum petang diluar sambil merelkskan minda isteri……bw isteri keluar seminggu sekali pun cukup. dan bagi saya pula kalau sabtu dah keluar saya pastikan ahad saya memasak yg istimew utk santapan bersama dirumah………….cuba2 lah ya kita sama2 memandang diri dan jgn asyik merungut……insyaAllah.

  6. syalinamd says:

    Tidak salah jika isteri merungut dari segi meluahkan isi hati. Jika penat, beritahulah kepada suami bahawa anda penat. Jangan paksa diri. Jangan buat semua kerja seorang diri. Rasulullah juga membantu isteri.

    Ya benar itu tanggungjawab isteri, tetapi bukan semuanya terletak di atas bahu si isteri. Inilah salah faham yang berlaku sehingga menyebabkan para suami mengabai tanggungjawab di rumah.

    Perhatikanlah di sekeliling. Rumahtangga yang bahagia adalah di kalangan mereka yang saling bantu membantu. Apabila isteri merungut, suami tidak marah, malah memuhasabah diri sendiri agar dapat membantu isteri setakat mana yang boleh. Begitu juga suami, apabila dia merungut, isteri pula muhasabah diri dan tidak membebankan suami.

    Ikhlas atau tidak itu bab lain. Mampu atau tidak si isteri menghadap semua kerja rumah & urusan anak2, itu yang dipersoalkan sekarang.

    Untuk itu para isteri, jika penat & tidak mampu, beritahulah kepada suami. Suami yang baik tidak akan mensia-siakan luahan hati si isteri… Kerana mampukah seorang isteri terus tersenyum jika mental & fizikalnya penat?

    Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s