IBU… ISTERI… dan DOT-DOT-DOT (PENULIS)

Posted: October 23, 2009 in GENERAL, PARENTING

Agak meletihkan beberapa hari ini, sehinggakan blog tidak dapat dikemaskini. Alhamdulillah, baru sahaja selesai menulis novel kedua. Pun begitu memerlukan sedikit masa untuk membuat semakan semula sebelum menghantar manuskrip kepada pihak editor.

Mencabar, amat amat mencabar. Sebagai seorang ibu dan isteri, adakalanya masa yang sesuai untuk menulis sukar dicari. Ketika idea mencurah-curah, ketika itulah si anak minta bancuhkan “chocolate milk”. Ketika itu jugalah si anak nak buang air kecil, buang air besar.

Yang si bongsu pula menangis-nangis hendak keluar dari play pen. Bila sudah diangkat keluar, terpaksa mengejar-ngejar pula. Maklumlah baru mendapat lesen berjalan, habis diredah setiap penjuru rumah.

Hendak menulis pada waktu malam adakalanya sudah keletihan. Siang sibuk melayan karenah anak-anak. Sewaktu mereka tidur pada waktu siang, pada waktu itulah si ibu ini terkejar-kejar menyiapkan kerja rumah apa yang patut. Ketika berpeluang menghadap komputer pula, idea terus terbantut.

Memanglah suami sentiasa memberi sokongan, bersedia membantu menjaga anak-anak pada waktu malam. Tetapi pada saya, waktu malam adalah waktu berehat bersama keluarga. Jika duduk di hadapan komputer pun, bukan Microsoft Word yang dibuka, sebaliknya aplikasi komputer/internet yang lain. Aduhai, cabarannya cukup besar!

Namun Alhamdulillah, berjaya juga saya siapkan penulisan novel yang tertangguh. Selalunya selepas menyiapkan manuskrip, ayat pertama yang keluar dari mulut saya (selain Alhamdulillah) ialah “Hah, boleh pun…!”

Saya akan terus berusaha menyiapkan sekurang-kurangnya satu manuskrip setiap tahun. Ameen.

Comments
  1. ummu khaulah says:

    wahhhhhhhhhh..tahniah kak lina!
    kagum sangat…
    bilalah nak mencontohi akak ni.

    Alhamdulillah..tak sabar tunggu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s