BERLALUNYA RAMADHAN…

Posted: October 1, 2009 in GENERAL, RELIGION

Alhamdulillah. Setelah bercuti panjang, kini kembali ke Penang semula. Tahun ini keadaannya lebih mudah dan tenang. Ini tahun pertama kami berhari raya di Utara tanpa perlu memandu jauh. 

Dahulu terpaksa memandu dari Kuantan, kos perjalanan sahaja boleh mencecah ratusan ringgit. Alhamdulillah tahun ini banyak dapat dikurangkan. Tetapi yang tak bestnya, tak merasalah menjadi anak perantau lagi. Dahulu sambil memandu untuk pulang berhari raya terasa kemeriahan di sepanjang lebuhraya. Kenangan dulu-dulu.

Inilah kelebihan berhijrah ke Pulau Pinang. Keluarga suami di Alor Setar. Keluarga saya juga walaupun tinggal di Kuala Lumpur tetap berhari raya di Penang kerana kedua orang tua saya berasal dari sini. Rasanya kos perjalanan dan tol di sepanjang perayaan tahun ini adalah kurang dari RM150.

Lega… kebetulan pula bukan semua kakitangan awam layak menerima duit raya sebanyak RM500 yang diumumkan oleh PM kita baru-baru ini. Para pegawai & ke atas tidak layak menerima duit raya tersebut.

Agak terbantut jugalah perayaan kami tahun ini. Bayangkan, jika mereka yang menerima wang RM500 itu ada yang masih merungut kerana jumlahnya yang sedikit, apatah lagi kami yang terpaksa mengharapkan wang gaji & simpanan semata-mata. Pun begitu sekali lagi Alhamdulillah, banyak kos dapat dikurangkan tahun ini kerana kami tidak perlu lagi travel jauh.

Sambil mengenangkan sambutan raya sendiri, terdetik juga kami mengenangkan sambutan raya keluarga-keluarga lain yang tidak menerima duit raya tersebut. Bagaimana agaknya perayaan mereka yang berkeluarga besar, mempunyai lima hingga sepuluh orang anak?

Pasti ramai yang mengharapkan duit raya daripada PM untuk diagihkan kepada anak-anak malah ibu bapa di kampung. Owh tidakkah PM merasai betapa kita memerlukan hadiah daripada PM itu untuk membahagiakan banyak pihak terutamanya anak-anak & kedua orang tua?

Pun begitu, kami tetap memandang positif akan perkara ini. Anggap sahaja duit raya daripada PM itu bukan rezeki buat kami. Peluang ini kami ambil untuk bersederhana sahaja pada tahun ini. Memandangkan anak-anak pun sedang kami latih untuk bersederhana, maka tidak terasa sangatlah dari segi pembelian pakaian dan lain-lain. Tak perlu yang berjenama, asalkan murah & selesa. Sekurang-kurangnya wang yang dijimatkan dari pembelian pakaian dapat juga digunakan untuk perbelanjaan lain…

Mudahan keluarga-keluarga lain juga dapat mengambilnya secara positif ya!

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s