CINTA SEMPURNA

Posted: September 13, 2009 in GENERAL

* Scheduled Article *

Saya suka menonton Cinta Sempurna (ditayangkan di Astro Oasis sepanjang Ramadhan), tapi semakin hari semakin kecewa dengan pengisiannya.

Sekarang ia lebih menjurus kepada cinta sesama manusia & mungkin memberi mesej bahawa hanya cinta seperti ini sahaja yang dapat menundukkan mereka yg jahil, sebagaimana Shila & Najib yang tiba-tiba menerima Islam selepas mereka jatuh cinta kepada seorang ustaz & seorang doktor.

Dan yang paling paling paling mengecewakan saya ialah apabila watak ustaz dibiarkan duduk berdua-duaan bersama wanita (Shila) di taman & sebagainya, begitu juga watak Dr Najihah (itu namanya jika tak salah) boleh keluar dating berdua-duaan bersama lelaki lain (Najib) di luar pengetahuan keluarga mahu pun tunangnya sendiri, sedangkan kedua-dua watak ini adalah watak penting di dalam menyampaikan da’wah melalui drama ini.

Mudah-mudahan tiada anak muda yang keluar berdating berkata, “Ustaz Cinta Sempurna pun buat…,” Pun begitu saya cuba bersangka baik, mungkin Ustaz Nazir & Dr Najihah akan mengakui kesilapan mereka di penghujung drama… (Nota : Episod terakhir Cinta Sempurna ditayangkan Jumaat malam lepas, apa yang diharapkan tidak berlaku, namun watak Shila akhirnya memakai tudung…)

Saya mohon maaf jika menyinggung mana-mana pihak. Sekadar pandangan peribadi sebagai seorang penggemar drama & filem…

Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s