RESEPI RAMADHAN : Sardine Rolls

Posted: September 10, 2009 in RECIPES

Resepi ni disalin dari salah satu episod Ketuk-Ketuk Ramadan bersama Sheila Rusly yang ditayangkan di RTM1. Ketuk-Ketuk Ramadan ditayangkan setiap hari pada jam 12:30 tengahari.

Memang mudah dan sedap resepi ni. Saya dah mencubanya. Bukan sahaja sedap tetapi menjimatkan & berkhasiat berbanding resepi sardine rolls biasa yang menggunakan telur tu. Cuma inti sardin saya ubah sedikit bahannya. Tetapi resepi Sheila Rusly lebih kurang begitu jugalah, tak jauh berbeza.

Bahan-Bahan :

Roti yang dibuang kerak tepinya (Gardenia, High-5 dll)
1 tin kecil sardin
Sebiji bawang besar
3 ulas bawang putih

* Bawang besar dan bawang putih tu jika rajin bolehlah dicincang, atau dihiris sahaja pun boleh. Jika nak pedas, boleh tambahkan sedikit cili mesin. Saya tak letak sebab anak nak makan.

Cara-Cara :

Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar & bawang putih sehingga terbit bau. Jika bercadang masukkan cili mesin, bolehlah masukkan pada masa ini. Jika tidak, terus sahaja tuangkan sardin dengan sos-sosnya sekali ke dalam kuali. Lecek-lecekkan sardin sehingga hancur & kacau sehingga agak pekat. Tutup api.

Untuk kulit roti : Leperkan roti menggunakan roller. Jika tiada roller di rumah (macam saya), gunakan gelas sahaja (juga macam saya). Cuma berhati-hati jika menggunakan gelas, takut pecah pula jika digelek terlalu kuat. Leperkan roti seleper yang boleh.

Letak/taburkan sedikit inti sardin di atas roti berkenaan. Gulungkan perlahan-perlahan seketat yang boleh. Memandangkan roti sudah dileperkan, maka sepatutnya amat mudah untuk menggulung. Gulungan juga cantik & tidak terbuka.

Kemudian, bolehlah terus menggoreng sardin rolls berkenaan seperti biasa. Siap. Tak perlu disalut dengan telur. Jimat telur dua tiga biji hehhe…

Dijamin sedap & amat rangup. Enak dijadikan juadah berbuka puasa. Tak perlu sos cili untuk mencecah.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s