EMILDA KE PERPUSTAKAAN DESA

Posted: September 3, 2009 in GENERAL, WRITINGS

emilda_coverTidak lama dahulu novel Emilda dipilih oleh KEMAS bagi pembelian tahun 2009.

Rabu lepas, saya menerima berita gembira yang amat ditunggu-tunggu. Novel Emilda telah terpilih untuk diedarkan ke perpustakaan-perpustakaan desa di seluruh Malaysia. Surat tawaran juga telah diambil kelmarin. Alhamdulillah. Terima kasih KEMAS & PNM!

Memulakan kerjaya sebagai penulis amatur amat mencabar. Saya sering memberitahu diri saya bahawa saya perlu kuatkan semangat serta yakin dengan produk saya. Biar pun ada yang tidak menyukainya dan ada yang menganggap bahawa penulis amatur tidak sesuai berkongsi karya dan ilmu penulisan bersama orang lain kerana terlalu awal, saya tidak mempercayainya.

Apa jua keadaannya, penulis amatur tidak boleh berputus asa. Biar pun baru menulis satu dua buah buku, penulis amatur seharusnya bergerak ke hadapan. Jika ada yang mengatakan segala usaha kita tidak sesuai atau tidak boleh, usah dengar. Jika jatuh, bangun.

Usah segan membawa karya kita ke hadapan. Mungkin ada yang tidak suka, tetapi ada yang suka. Jika kita tak mencuba, kita tak tahu. Jika kita tak berusaha melangkah, maka akan jadilah kita penulis amatur sampai bila-bila.

Teruskan promosi, usah berhenti. Jika sedang menulis buku ketujuh, buku pertama hingga keenam usah dilupakan. Jika kita tidak lupa, insya-Allah para pembaca tidak lupa. Pasti ada pembeli baru setiap tahun. Yakinlah. Dan berdoa. Rezeki datang daripada Allah, bukan manusia.

Syalina Ahmad

Layari Blog Emilda : KLIK DI SINI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s