OASIS : THEY’RE DOING IT ALL WRONG!

Posted: August 26, 2009 in GENERAL

Beruntung ada saluran Oasis di Astro. Ada alunan ayat-ayat suci Al-Qur’an, ada zikir, ada nasyid, ada drama, ada dokumentari, ada resepi dan banyak lagi. Bak kata Astro, MACAM MACAM ADA….

Di dalam banyak-banyak saluran Astro, kita cuma ada Oasis. Maksud saya, Oasis boleh dilihat sebagai sumber dakwah dan sumber ilmu berkaitan Islam. Namun, ia sedikit tercalar apabila program-program lagha yang melalaikan dipromosikan di saluran Oasis.

Tak pasti mengapa Astro mewujudkan Oasis. Ya, mungkin mahu menarik lebih ramai orang untuk melanggan. Mungkin orang-orang yang tidak pernah menunjukkan minat sebelum ini tetapi akhirnya melanggan Astro kerana kata mereka, “Ah, sebab ada saluran Islam”.

Mungkin juga agar semua orang mendapat manfaat darinya. Maklumlah, di dalam keadaan akhlak remaja yang semakin parah, mungkin saluran Oasis boleh mendidik remaja dan ibu bapa sekali gus. Namun jika inilah kesnya, I think they’re doing it all wrong, dude.

Oasis seharusnya berhenti mempromosikan program-program hiburan dari saluran lain yang berpotensi membawa kelalaian. Sebaliknya, program-program dari saluran Oasislah yang seharusnya dipromosikan secara meluas di saluran-saluran lain seperti Astro Ria, Prima, Ceria dan @15.

Bukan semua penonton dari empat saluran ini menonton Oasis. Mungkin majoriti pelanggan Astro langsung tidak menonton Oasis. Mereka tidak tahu kandungan Oasis. Mungkin tidak mahu tahu.

Mungkin selepas menonton promosi di keempat-empat saluran ini pun mereka masih tidak mahu menonton Oasis. Tetapi tak kisahlah. Yang penting promosi berkenaan mampu membawa mesej, mungkin sekali gus memberi peringatan.

But then again, semua ini bergantung kepada niat team Oasis sendiri kan? Soalan pokoknya, apa tujuan dan matlamat Oasis?

Wallahua’lam.

Syalina Ahmad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s