RESEPI RAMADHAN : Sambal Udang Kering

Posted: August 25, 2009 in RECIPES

Saya belajar resepi ini dari salah sebuah program masakan di televisyen. Dah lama dah. Tak pasti chef mana, mungkin Chef Ismail atau Chef Wan. Yang pasti chefnya seorang lelaki.

Sukatan bahan di sini adalah mengikut sukatan saya. Jika nak kurangkan atau tambahkan bahan, bolehlah dibuat mengikut citarasa masing-masing. Dah lama juga tak buat sambal ni. Nak buatlah nanti…

Bahan-Bahan :

(a) 5 biji cili hidup (selalunya saya buang biji)
(b) 4 sudu besar udang kering (direndam)
(c) 3 ulas bawang merah
(d) 3 biji cili api
(e) Sedikit air perahan dari limau nipis
(f) Garam & gula secukup rasa

* Tumbuk atau kisar bahan ad. Jika dikisar, perlu dikisar menggunakan pengisar kering. Setelah selesai, masukkan air perahan dari limau nipis, garam dan gula secukup rasa.

Tip mudah untuk buang biji cili hidup : Gelekkan cili di atas permukaan rata seperti chopping board dll menggunakan telapak tangan. Kemudian belah dua dan ketuk-ketukkan cili di atas permukaan berkenaan. Berderai-derai biji cili keluar nanti…

Selamat mencuba!

Comments
  1. Cik Cinta says:

    wahhh…mudahnya sambal udang kering ni. actually saya ke sabah beberapa bulan lalu, beli byk udang kering. Ni dh simpan terlalu lama, takut bercedawan pulak.
    OK….sy try resepi ni (tak perlu byk bahan, mudah & ringkas)
    TQ

  2. syalinamd says:

    Mudah-mudahan menjadi sambalnya :) InsyaAllah udang kering jika disimpan di dalam bekas bertutup di dalam peti ais akan tahan lebih lama. Apabila masak paceri, boleh blend/tumbuk sekali sedikit udang kering bersama bawang, kerisik & rempah…. Inti cucur badak sedap juga jika dimasukkan udang kering. Mak saya selalu buat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s