RAMADHAN KEMBALI

Posted: August 20, 2009 in GENERAL, RELIGION

Salam, saya dan keluarga mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pengunjung blog ini. Alhamdulillah, mudahan artikel-artikel yang diupload boleh membantu sebagai rujukan dan sebagainya.

Terkenang di zaman-zaman tiadanya lebuhraya. Untuk pulang ke Utara perlu melalui jalan lama, mungkin mengambil masa 6 jam paling minimum. But it was fun. Melalui jalan-jalan kampung, melihat kemeriahan warga kampung menyambut Ramadhan terutamanya di sebelah malam.

Teringat juga pada waktu itu tiket keretapi pasti sold-out, apatah lagi tiket bas. Kadang-kadang terpaksa berdiri di Kelas 3 keretapi. Saya tidak pernah melalui pengalaman menaiki keretapi sebelum raya, tetapi sepupu-sepupu saya pernah hampir setiap tahun. 

Mereka tidak pernah merungut. Saya yakin, tiada siapa yang merungut pada waktu itu kerana itulah pengalaman paling menarik dan nostalgia yang mugkin tidak dapat kita lalui lagi… I miss my KTM days… I miss my childhood!

Glad I’m a Muslim,
Syalina Ahmad

ramadhan1430

Comments
  1. Kak Rose says:

    Salam tuna. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak buat tuna sekeluarga. Memang betul apa tuna cakap tu. Saat-saat menyambut Ramadhan dan Raya ketika muda belia adalah kenangan yang paling manis dan penuh keriangan sebab masa tu rumah kami pun rumah kampung jugak. Beza sambut ramadhan dan raya di kampung. Waktu bersahur ramai yang akan keliling kampung untuk mengejutkan semua orang kampung. Kemudian bila pagi raya pula, ramai kanak-kanak yang akan mula berkunjung sebaik sahaja solat raya selesai. Budaya kunjung mengunjung amat dirasai ketika di kampung. Those were fun days! Missing those good old days!

    Walaupun kami tidak pernah merasa pengalaman berebut-rebut membeli tiket untuk pulang ke kampung, maklumlah sedara-mara semua dekat, tapi kami dapat rasa kemeriahannya apabila TV Malaysia menayangkan berita-berita atau selingan-selingan tiap kali hari-hari perayaan ini tiba. Suasana kemeriahan dapat kita rasai bersama.

    Salam Ramadhan tuna, Maaf Zahir dan Batin!

  2. syalinamd says:

    Thank you kak rose! Baca perenggan pertama kak rose tu terus rasa nak raya esok juga hehhe. Very interesting. Siapa tahu, someday kak rose, abg mahmud & jannah boleh beraya di Malaysia? Apa pun once again, selamat menyambut Ramadhan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s