TELEFILEM MERDEKA

Posted: August 18, 2009 in EDUCATION, GENERAL, MERDEKA!

Setiap kali bulan merdeka, saya pasti terkenangkan sebuah telefilem merdeka yang begitu simbolik sekali.

Untuk bercerita mengenai semangat merdeka melalui filem, mungkin kita tidak perlu bercerita mengenai perjuangan bersenjata, penjajahan Jepun, campur tangan British dan sebagainya. Terdapat banyak cara dan jalan untuk kita berkongsi cerita mengenainya.

Kuartet Merdeka ialah salah sebuah telefilem Melayu terbaik di mata saya. Yang pasti, bukan saya seorang sahaja yang beranggapan begitu. Selepas filem ini ditayangkan buat pertama kalinya di Astro Ria beberapa tahun lepas, banyak juga penonton dan wartawan yang menulis mengenainya. Rata-rata memuji telefilem ini.

Apa yang menarik mengenai Kuartet Merdeka ialah ketiadaan hero dan heroin, tiada skirt pendek, tiada wanita bermaskara, tiada adegan berpelukan lelaki dan wanita serta tiada isu yang boleh menaikkan kemarahan pihak lain.

Menariknya juga, Kuartet Merdeka menggalaskan tanggungjawab lakonan watak kepada ramai muka baru yang belum pernah kita saksikan lakonan mereka sebelum ini. Namun, kualiti lakonan yang diberikan oleh pelakon-pelakon ini umpama pelakon profesional yang sudah berlakon di hadapan kamera bertahun-tahun! Syabas.

MENGENAI KUARTET MERDEKA….

Filem ini mengisahkan empat orang sahabat karib yang disatukan ketika sekolah mereka mahu memilih empat orang wakil di dalam acara larian merdeka 4 X 100 meter. Aru berbangsa India, Azmi berbangsa Melayu, Kim Pang berbangsa Cina dan Suchat – Siam. Aru dan Azmi mahu mewakili sekolah. Kim Pang dan Suchat pula TERPAKSA kerana tiada siapa lagi yang berminat untuk menyertainya.

Oleh kerana sekolah mereka sekolah yang daif dan tiada kemudahan yang sesuai, mereka terpaksa berlatih di batas bendang sahaja. Agak mencabar juga, lebih-lebih lagi apabila Kim Pang beria-ia mahu menarik diri. Aru dan Azmi pula sering bersaing sesama sendiri sehingga Azmi sanggup mengatur undi ketika pemilihan kapten pasukan dibuat.

Semua masalah bagaimanapun dapat diselesaikan. Untung mereka ini mempunyai semangat yang begitu tinggi sekali, begitu juga sokongan kuat daripada Cikgu Jalil dan Cikgu Hashim.

Flashback yang dipersembahkan begitu menarik sekali. Mungkin bagi ramai penonton, ia mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak dan remaja semasa di kampung dahulu. Jika saya seorang anak bandar boleh merasakan ‘aura kampung’ ketika menontonnya, bayangkan penonton yang sememangnya berasal dari kampung!

Mudah-mudahan Kuartet Merdeka diulang tayang lagi… Bagi filem-filem ‘perang’ berkaitan kemerdekaan pula saya memilih Sarjan Hassan dan Bukit Kepong. THE BEST.

kuartetposter1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

kuartetbendang1

 

 

 

 

 

 

 

 

kuartetkantin1

 

 

 

 

 

 

 

 

kuartetsuchat1

 

 

 

 

 

 

 

 

(Gambar-gambar ehsan Syed Azidi)

Comments
  1. ramdan says:

    tuan ada ke copy file nie..atau tuan tahu kat mana sy bleh download citer nie,,
    best la citer nie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s