USTAZ ASRI IBRAHIM DALAM KENANGAN…

Posted: August 13, 2009 in GENERAL, IN LOVING MEMORY

Pertama kali menonton persembahan live oleh kumpulan Rabbani semasa kenduri kahwin abang saya di Jarak Tengah (Tasek Gelugor, Pulau Pinang) dalam tahun 1999 jika tidak silap saya, hati saya terus terpaut pada bakat dan kredibiliti yang ada pada mereka.

Ketika mempersembahkan lagu pembukaan berjudul “Assalamualaikum”, terus sahaja saya mencari album mereka. Itulah album nasyid kedua yang dibeli selepas album Puji Pujian (Raihan) dahulu.

Bezanya, saya membeli album Puji Pujian kerana album itu terlampau terkenal sehingga saya merasakan bahawa amat rugi dan ketinggalan jika saya tidak membelinya. Bagi album kumpulan Rabbani pula, saya membelinya kerana minat. Persamaan yang ada pada kedua-dua album ini pula ialah lagu-lagu dakwah berkualiti yang ada di dalamnya.

Persembahan Rabbani begitu lively sekali. Tidak memerlukan sebarang peralatan muzik moden pun. Tidak hairanlah pada malam itu persembahan Rabbani di Kampung Jarak Tengah ditonton oleh ratusan penduduk kampung sehingga memenuhi ruang jalanraya.

Ini membuktikan bahawa keberkesanan sesebuah persembahan tidak semestinya terletak pada peralatan muzik yang dimainkan, tetapi gaya dan cara persembahan, bakat dan semangat.

Saya sedih Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim pergi meninggalkan kita pada masa ini. Bagaimana agaknya nanti kumpulan Rabbani akan meneruskan perjuangan mereka tanpa Allahyarham?

Mudah-mudahan perjuangan Rabbani tidak terhenti di sini. Jika Raihan masih boleh meneruskan usaha dakwah mereka melalui hiburan tanpa Nazrey, mengapa tidak Rabbani?

Yang pasti, there will never be another Asri Ibrahim.

Al-Fatihah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s