PERBEZAAN ‘ANGKA’ & ‘NOMBOR’

Posted: July 31, 2009 in EDUCATION, GENERAL, INTERESTING FACTS

Ramai daripada kita sering menggunakan ‘angka’ dan ‘nombor’ tetapi selama ini menganggap ‘angka’ dan ‘nombor’ adalah sama. Namun pada hakikatnya, ‘angka’ dan ‘nombor’ adalah berbeza sama sekali. Begitu rupanya!

Another interesting fact. Kongsikan bersama ahli keluarga, rakan-rakan, anak-anak serta murid/pelajar sekolah, tadika dan taska, apatah lagi PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) bakal dimansuhkan kelak.

Dua petikan penerangan di bawah saya salin dari internet. Tidak banyak maklumat yang boleh kita dapat mengenainya. Entahlah, mungkin perkara ini tidak ditekankan sangat oleh guru-guru di sekolah. Mungkin yang ditekankan hanyalah formula-formulanya sahaja, dan para murid/pelajar pula sekadar menghafal formula untuk lulus di dalam peperiksaan. Namun, dua artikel di bawah sudah memadai di dalam memberi gambaran bahawa maksud Matematik adalah jauh lebih besar dan mendalam.

Saya hampir sahaja menganggap kecemerlangan di dalam Matematik adalah ‘gifted skills’. Pernah juga ditegur dan dibidas oleh seorang Atheist yang begitu mahir di dalam Matematik, tetapi masih sukar mengikiskan tanggapan tersebut. 

Mengambil kira betapa pentingnya ilmu Sains dan Matematik, saya fikir perkara pertama yang perlu saya lakukan ialah mengubah persepsi negatif yang ada mengenainya. Tak kenal maka tak cinta. Sebagai seorang ibu kepada anak-anak yang masih kecil, ia amat penting sebagai usaha menerapkan rasa cinta kepada kedua-dua subjek penting ini.

Mohon baca petikan artikel di bawah. Klik juga pada link yang disertakan untuk membaca lebih banyak maklumat mengenainya.

******************************

PENERANGAN PERTAMA

Angka ialah simbol nombor manakala nombor ialah istilah bilangan seperti “satu” dalam bahasa Melayu sekarang (dahulunya sa atau esa), tetapi wahid dalam bahasa Arab dan one dalam bahasa Inggeris.

Kedua-duanya, angka dan nombor, memang zahirnya pun berbeza daripada satu bangsa dengan bangsa yang lain. Angka bagi nombor “satu” sekarang seolah-olah satu-satunya angka dalam dunia ini (tiada yang lain lagi) kerana popularnya angka Muslim ini. Malangnya orang Malaysia terutamanya mengangapnya angka atau nombor Inggeris sahaja, sedangkan Inggeris pun merujukanya sebagai “Arabic numeral” atau “angka Arab”.

Sumber : Disalin dari artikel wawancara bersama Shaharir Mohamad Zain (Prof. Dr.) : “Menormalkan Sains Islam”, http://www.kesturi.net/archives/771

 ******************************

 PENERANGAN KEDUA

Perbincangan tentang matematik banyak merujuk kepada nombor dan angka. Nombor ialah simbol yang digunakan untuk menyatakan bilangan atau kuantiti. Nombor berada dalam bentuk yang abstrak. Nombor tidak boleh dilihat dan dipegang. Nombor ditulis dengan menggunakan simbol atau lambang yang dinamakan angka. Mengikut sejarah, manusia zaman purbakala menggunakan batu-batu kecil, garisan-garisan yang dilukis diatas dinding, gua atau batang kayu atau membuat simpulan pada utas tali dan sebagainya untuk melambangkan bilangan harta mereka. Peringkat ini dikenali sebagai peringkat pra sejarah nombor. Manusia mula menggunakan simbol untuk mewakili nombor kira-kira 5000 tahun yang lalu.

Sumber : Disalin dari artikel “Matematik Sebagai Satu Bahasa” oleh Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal, Unit Matematik Maktab Perguruan Kuala Terengganu (MPKTBR), http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/math11.html



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s