MARIA (BERTHA) HERTOGH @ NATRAH

Posted: July 28, 2009 in GENERAL, IN LOVING MEMORY

Sekitar tahun 1989Fatini Yaacob telah menulis mengenai kisah seorang insan bernama Natrah. Ia telah disiarkan di dalam majalah Dewan Masyarakat terbitan Dewan Bahasa & Pustaka.

Memandangkan kisahnya dipecah kepada beberapa siri, maka saya tidak ketinggalan membeli setiap siri berkenaan. Ketika itu saya baru berada di dalam Tingkatan Dua. Bayangkan, pada waktu itu saya adalah pembaca setia majalah hiburan dari Barat seperti Teen Beat, Tiger Beat, 16 dan BOP tetapi sanggup membeli Dewan Masyarakat! Semuanya gara-gara Natrah.

Sayang sungguh. Pada usia belasan tahun, saya gagal menilai dan menghargai majalah-majalah yang dibeli. Maksud saya, saya amat meminati sejarah namun gagal menghargainya.

Ketika berusia 22 tahun jika tidak silap saya, saya mula mencari-cari semula majalah Dewan Masyarakat yang menyiarkan kisah berkenaan. Malang sekali, saya tidak ingat di mana majalah-majalah itu disimpan. Mungkin hilang atau dibuang ketika berpindah rumah. Wallahu’alam.

Maria (Bertha) Hertogh @ Natrah meninggal dunia pada 8 Julai 2009 di usia 72 tahun akibat Leukemia. Kisah Natrah amat menarik, tetapi pada masa yang sama amat sedih dan tragis untuk diikuti.

Jika saudara pernah membaca kisah Natrah sebelum ini, pasti saudara bersetuju dengan saya. Alhamdulillah, teknologi internet yang kita ada membolehkan kita menjejaki semula kisah perjalanan hidup insan bernama Natrah ini.

Ikuti kisah lanjut yang lebih lengkap mengenai Natrah dengan melayari :

Berita Kematian Maria Hertogh Oleh Bernama : KLIK SINI

Rencana Mansor ‘Tidak Sentuh’ Natrah : KLIK SINI

Rencana Fatini Terkilan : KLIK SINI

Rencana Kalaulah Natrah Tahu : KLIK SINI

Berita Kematian Maria Hertogh Oleh Keluarga : KLIK SINI

Wikipedia (Berserta Maklumat Rujukan) : KLIK SINI

******************************

nadraInsya-Allah, filem terbitan Monsoon Pictures berjudul “NADRA” mengenai Maria Hertogh @ Natrah akan ditayangkan tidak lama lagi.

Mudah-mudahan dengan adanya filem ini, kita dapat mengingati Natrah. Mudahan anak-anak muda juga dapat mengenali Natrah sebagai seorang gadis yang pernah bertarung mempertahankan agama Islamnya, namun akhirnya terpaksa akur dengan kehendak penghakiman ciptaan manusia… Gambar disalin dari laman web Monsoon Pictures.

 ******************************

Di bawah pula ialah mesej yang disampaikan oleh Natrah sendiri kepada kita rakyat Malaysia, Indonesia dan Singapura. Video ini dirakamkan pada bulan Mei 2009 ketika penggambaran dokumentari mengenai hidup beliau dijalankan.

******************************

Sumber : Bernama, Utusan Malaysia, Kosmo!, Wikipedia, Monsoon Pictures.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s