PERGINYA SEORANG MARWA…

Posted: July 26, 2009 in GENERAL, IN LOVING MEMORY

Tidak banyak berita kita dengar mengenai kejadian yang menimpa Marwa el-Sherbini, seorang wanita Mesir berusia 32 tahun yang ditikam 18 kali di dalam mahkamah Jerman. Paling menyayat hati, Marwa ketika itu sedang hamil dan berada di mahkamah bagi mempertahankan aurat beliau dan keagungan Islam. Suami Marwa turut ditembak ketika cuba menyelamatkan beliau.

Saya ada juga menerima beberapa e-mel yang diforward kepada saya mengenai Marwa. Saya tidak berkesempatan untuk menulis mengenai Marwa di blog ini. Bukan tidak mahu, tetapi sumbernya tidak banyak.

Berita mengenainya tidak disiarkan secara meluas sebagaimana kematian Michael Jackson. Atau, mungkin berita kematian Michael Jackson terlalu besar sehingga mengaburi segala berita mengenai Marwa.

Pun begitu, hari ini saya tahu saya perlu membuka posting mengenai Marwa. Ini adalah kerana artikelnya disampaikan oleh seorang sahabat yang pada masa ini berada di Jerman. Memandangkan sukar mendapat kisah sebenar dari akhbar-akhbar Jerman, saya kira coretan yang dikongsikan bersama ini boleh memberi kita gambaran sebenar mengenai apa yang berlaku di sana.

Wallahu’alam.

*************************

Catatan ringkas ini ditulis buat teman-teman di tanah air yang banyak menanyakan berita ini…

Kisah ini berlaku di Dresden, sebuah kota yang terletak di bahagian Timur Germany. Kota Dresden ini didirikan oleh bangsa Slavia pada tahun 1206 yang bersempadan dengan Chech dan Poland. Jarak dari Berlin, tempat kami tinggal dengan Dresden cuma 200 km sahaja. Walaupun begitu peratus penduduk warga asing dicatatkan masing-masing sebagai Berlin 14% dan Dresden 4%. Dresden dinobatkan sebagai salah satu bandar terhijau di Eropah, dengan 63% diliputi oleh hutan dan kawasan hijau. Sayangnya, kota yang segar ini telah bermandikan darah dari seorang wanita yang tidak berdaya…

Kisahnya bermula pada Ogos 2008 di sebuah taman permainan di daerah Johannstadt, Dresden. Ketika itu, Marwa membawa anaknya Mustafa keluar bermain seperti kebiasaannya. Setelah lama bermain, akhirnya si anak meminta ibunya untuk bermain buaian yang waktu itu sedang dinaiki oleh seorang budak dan sebuah lagi oleh Alexander W, seorang penganggur warga German berketurunan Rusia. Lantas Marwa menyapa meminta izin untuk anaknya bermain buaian. Tetapi permohonan santun itu dibalas dengan penuh cacian dan kemarahan. Bukan sahaja Marwa dimaki sebagai pelacur, teroris, bahkan lelaki berbadan gempal itu berusaha menanggalkan tudung yang dipakai rapi oleh Marwa. Cacian dan makian lelaki ini tidak berakhir di situ tetapi berlanjut untuk hari-hari kemudiannya….

Coretan pengenalan “Perginya Seorang Marwa” di atas disalin dari blog Baitulsmr.

Baca mengenainya dengan lebih lanjut

DI SINI


*************************

Al-Fatihah buat Marwa…

Artikel-artikel lain :
Time Mag
Institute of Race Relations

PETITION FOR MARWA EL-SHERBINI
KLIK DI SINI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s