TAK PERLU WANG UNTUK HIDUP!

Posted: July 23, 2009 in GENERAL, INTERESTING FACTS

Buat pertama kali seumur hidup, saya membaca mengenai manusia yang tidak langsung bergantung pada WANG (yes, duit… DUIT!) untuk hidup.

Jika manusia tak mempunyai wang untuk berbelanja atau kehilangan wang sekelip mata, itu saya pernah dengar. Tetapi kes kali ini berbeza sama sekali.

Daniel Suelo membuktikan bahawa beliau boleh hidup tanpa satu sen wang pun, malah tidak memerlukan kad kredit, kupon makanan atau ehsan orang lain untuk hidup.

Daniel Suelo berusia 48 tahun dari Utah Amerika Syarikat sudah mula meninggalkan ‘dunia penuh wang’ sejak tahun 2000 lagi. Malah, beliau melakukan lebih dari itu dengan menjadikan gua sebagai ‘rumah’ beliau.

Menariknya, Suelo ini berpendidikan tinggi. Beliau ialah pemegang Degree in Anthropology dan pernah suatu ketika berjaya di dalam kerjaya beliau. Mungkin ada yang beranggapan bahawa Suelo bertindak begini selepas melalui kehidupan yang sukar. Namun, jalan ini adalah di atas kehendak dan pilihannya sendiri tanpa sebarang paksaan atau terpaksa.

Menariknya juga, Suelo aktif berkongsi pandangan dan pengalaman melalui blog beliau yang dikemaskini secara percuma di Moab Public Library. KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut dan Di SINI.

Pun begitu yang kurang menariknya pula, Suelo bergantung hidup pada buangan sampah sarap, lebihan makanan terbuang malah pernah menjamah bangkai haiwan yang mati dilanggar kenderaan, tupai, racoon, arnab, semut, cicak dan ular (yikes!).

Hmm… bila difikirkan, cara hidup begini walaupun mungkin memberi ketenangan kerana tidak perlu bimbang tentang masalah hutang dan sebagainya, tidak sesuailah dengan apa yang diajar dalam Islam.

Tinggal di dalam gua tu boleh diterima lagi, tetapi jika sampai menyelam sampah sarap dan menjamah ‘haiwan-haiwan terlarang’ itu mungkin tak sesuai langsung. Hilang terus konsep toyyiba! Pun begitu tak mengapalah kan? Di dalam kes Daniel Suelo ini masih boleh dimaafkan memandangkan Suelo bukan beragama Islam…

Seperkara lagi, tanpa wang bagaimana ekonomi Islam nak maju? Tanpa wang juga bagaimana research & development mampu dijalankan? Kecualilah semua manusia di dunia ini bergantung kepada konsep sedekah sepenuhnya – naik kereta Petronas kata, “Tak mengapa, we’ll give you free fuel” atau nak ke luar negara untuk berdakwah MAS kata, “Tak mengapa, our airplanes are your airplanes too!”

Tetapi mustahilkan?

Wallahu’alam.

suelo

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar disalin dari Men.Style.Com

Sumber berita : Men.Style.Com, Inquisitr, Blog Suelo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s