CAT STEVENS IN MALAYSIA CAMPAIGN

Posted: July 14, 2009 in FREEDOM2TALK
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

Alhamdulillah, selepas seminggu menjadi calon Chief Talker “Freedom2Talk”, anjakan kedudukan adalah di luar jangkaan. Bermula pada kedudukan 76, kini “Cat Stevens In Malaysia Campaign” berada di tangga ke 37 (sehingga artikel ini ditulis).

 

Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua di atas sokongan yang diberikan. Sungguhpun tarikh 20 Julai semakin hampir dan perjalanan saya untuk sampai ke tangga juara masih jauh, saya tidak boleh dan tidak akan berpatah semangat.

 

Melalui hebahan awal tempoh hari, saya sempat berkongsi maklumat mengenai hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 yang disediakan oleh pihak Tune Talk Sdn Bhd bagi seorang pemenang bertuah yang berjaya mengumpulkan pengundi paling ramai. Tidak salah untuk mencuba, apatah lagi tiada modal diperlukan kecuali talian internet, usaha, doa dan tawakkal. Ameen :) :) :)

 

Untuk maklumat lanjut mengenai hadiah wang tunai RM10,000 :

 

 

 
Sebagai makluman semua, Cat Stevens @ Yusuf Islam akan dijemput mengadakan konsert amal di Malaysia menggunakan wang RM50,000 yang disediakan oleh pihak penganjur pertandingan.

 

Mungkin ada yang bertanya, mengapa RM50,000 tersebut tidak disumbangkan sahaja terus kepada badan-badan yang berkenaan tanpa perlu membazir wang menjemput Cat Stevens ke Malaysia?

 

Usaha membawa Cat Stevens @ Yusuf Islam ke Malaysia sebenarnya bukan sekadar untuk bersuka-suka menghiburkan para peminat beliau di Malaysia. Tidak. Ia bukan sekadar itu. Jemputan ini boleh dianggap sebagai perlunya ikon yang begitu komited dan menyenangi kerja-kerja amal sedunia.

 

Selain usaha dakwah yang dijalankan, Cat Stevens @ Yusuf Islam juga kerap terlibat di dalam usaha amal dan kebajikan. Malah, beliau telah memulakan sebuah pertubuhan kebajikan yang dinamakan “Small Kindness” bagi membantu para penduduk Balkan.

 

Cat Stevens @ Yusuf Islam juga begitu komited di dalam bidang pendidikan di mana beliau menubuhkan Islamia Primary School, Islamia Girls’ Secondary School dan Brondesbury College. Alhamdulillah, dengan usaha dan izin Allah, prestasi ketiga-tiga sekolah ini amat memberangsangkan.

 

Pada awal tahun ini (2009), Cat Stevens @ Yusuf Islam bersama Klaus Voorman telah merakamkan semula lagu yang pernah dipopularkan oleh George Harrison (lead guitarist The Beatles) berjudul “The Day the World Gets ‘Round”. Ia adalah bertujuan untuk membantu United Nations Relief and Works Agency (UNRWA) dan Save The Children di dalam usaha membantu kanak-kanak dan mangsa penindasan di Gaza.

 

Maklumat Lanjut Mengenai Rakaman Lagu Tersebut :

 

Untuk Menonton Video & Mendengar Lagu :

 

 

Jelas, Cat Stevens @ Yusuf Islam begitu serius dan komited di dalam kerja-kerja amal dan kebajikan!

 

Mungkin saya mengetahui mengenai peraduan “Freedom2Talk – The Chief Talker” agak lewat. Namun, ketika mengetahui mengenai pertandingan ini dan mengambil keputusan untuk menyertainya, saya secara spontan berpendapat bahawa ini mungkin peluang seumur hidup.

 

Mungkin ini jalan yang boleh membawa Cat Stevens @ Yusuf Islam ke Malaysia, bukan sahaja sebagai seorang penghibur malah seorang yang boleh menyemarakkan lagi usaha-usaha kebajikan yang cuba dijalankan sekali gus memberi inspirasi kepada kita semua.
 
Ke Mana Wang Yang Diperolehi Dari Penjualan Tiket Konsert Akan Disalurkan?

 Satu sebab mengapa saya tidak menamakan kerja amal yang akan dibantu serta kepada badan organisasi mana wang tersebut akan disalurkan ialah kerana hasil jualan tiket telah diperuntukkan untuk membantu badan-badan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana organisasi yang benar-benar memerlukannya pada waktu itu, tidak kiralah apa jua matlamatnya, mungkin bagi membantu mangsa gempa bumi, banjir besar, penindasan atau mana-mana Disaster Relief Fund sama ada di dalam atau luar negara. Ini bermakna, sumbangan akan dibuat mengikut keadaan dan keperluan semasa.

 

Apa yang pasti, tiket yang bakal dikenakan adalah tidak mahal kerana matlamat konsert ini ialah bukan untuk mengaut keuntungan tetapi mengumpulkan seberapa ramai peminat yang boleh. Mereka akan hadir sebagai seorang peminat Cat Stevens @ Yusuf Islam dan sebagai seorang penderma. 2 in 1 :)

 

Memandangkan peminat Cat Stevens @ Yusuf Islam terdiri daripada pelbagai kaum, agama, latar belakang dan budaya, ia akan memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk hadir. Malah, konsert ini adalah sebuah konsert family friendly :)
 
Mengapa nama “CAT STEVENS” digunakan di dalam kempen ini?

 Kerana nama Cat Stevens lebih dikenali oleh para peminat beragama Islam dan bukan Islam, selari dengan mesej yang cuba disampaikan melalui usaha ini iaitu kerja-kerja kebajikan dan operasi bantuan kemanusiaan tidak terbatas kepada sebarang latar belakang, warna kulit, agama dan fahaman.

 

Hakikatnya, setiap individu tanpa mengira bangsa, warna kulit, agama dan latar belakang adalah terdorong untuk melakukan kebajikan. Saya sekadar berusaha membuka ruang untuk merealisasikan usaha ini.

 

Untuk itu jika berkesempatan, sama-samalah membantu kempen “Cat Stevens In Malaysia” ini. Mungkin saudara/saudari tidak meminati Cat Stevens. Mungkin juga saudara/saudari tidak berpeluang menghadiri konsert berkenaan. Namun, undian yang dibuat walaupun satu, mungkin mampu membantu membawa perubahan kepada dunia!

 

Sekali lagi, terima kasih kepada semua di atas sokongan dan kerana membaca posting ini.

 

All the best and take care.
Sharliza Ahmad
Malaysia
 
 
Untuk Maklumat Lanjut & Menonton Video :

 

************************

 

Untuk membantu usaha ini :

 

(1) Daftarkan nama dan maklumat peribadi di http://www.freedom2talk.org.

(2) Seterusnya, undi “Sharliza Ahmad – Cat Stevens In Malaysia Campaign”.

 

* Bantuan juga boleh disalurkan dengan menghantar (forward) makluman ini kepada seberapa ramai kenalan yang boleh. Terima kasih di atas kesudian dan kesungguhan saudara/saudari.

 

* Kita mempunyai masa kurang dari sepuluh hari. Tarikh tutup undian ialah pada 20 Julai 2009.

 

THANK YOU ALL!

 

yusufislamDisalin dari
http://www.islamiaschools.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s