ANIMASI ‘JUTA-JUTA’

Posted: July 14, 2009 in GENERAL

Walaupun kos produksi sesebuah filem animasi boleh menelan belanja berjuta-juta ringgit, bayangkan sahaja kebaikan yang wujud di sebaliknya.

Bayangkan betapa mudah untuk kita mendidik dan berdakwah melalui animasi.

Bayangkan, tidak perlu lagi kita bimbang tentang masalah aurat, masalah hero berpelukan dengan heroin, masalah ‘suami’ – ‘isteri’ bercium dahi dan pipi yang semakin menjadi-jadi sekarang ini, masalah ‘suami’ – ‘isteri’ baring sekatil, masalah anak teruna bersalaman dengan mak dara dengan alasan “ini watak ibu dan anak jadi tak mengapa” dan sebagainya.

Bayangkan cabang dakwah yang boleh dicabang-cabangkan lagi dengan menggunakan animasi. Anak-anak Islam berbangsa Melayu boleh dididik mencintai sains dan teknologi. Watak muslim ke bulan, watak muslim mencipta gajet terkini dan sebagainya. Di dalam kata lain, produk animasi boleh menjangkau kreativiti semaksimum boleh. Melalui animasi, segala-galanya mungkin!

Cukup-cukuplah dengan kisah mat dan minah rempit, kisah dadah, kisah samseng dan sebagainya. Sudah tiba masa kita memberi fokus kepada positif sides anak-anak bangsa kita pula.

Disebabkan filem-filem Melayu, bangsa Melayu kini kerap dilabel sebagai samseng, kaki rempit, bohsia, pengedar dadah dan sebagainya. Cukup-cukuplah.

Kisah baik-baik jika menggunakan pendekatan yang betul boleh menginsafkan dan mendidik anak-anak bangsa. Ambil contoh Upin & Upin sudah cukup, kanak-kanak (dan orang dewasa) yang kerap menontonnya sudah pandai membaca niat puasa, bangun bersahur, berusaha untuk berpuasa dan sebagainya.

Berdakwah menggunakan jalan yang betul adalah yang terbaik. Maka untuk itu, sokonglah produk animasi.

Comments
  1. syedsyafique says:

    hmm betul3.. syafique (along) memang setuju sgt2 .. berdakwah ni macam2 cara ade.. n lebih baik dr rebungnya… so kalu animasi ni.. semua golongan boleh tgk ..

    hmmm betul3(gaya upin ipin) hehe

  2. syalinamd says:

    Betul betul betul, Alhamdulillah bagusnya kalau remaja berfikiran begini. Sejuk hati mak ayah :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s