MICHAEL JACKSON – MEMORIAL

Posted: July 8, 2009 in GENERAL, IN LOVING MEMORY

Terjawab sudah segala teka teki yang wujud di kalangan para peminat Michael Jackson yang beragama Islam mahu pun dari fahaman lain. 

Perjalanan majlis Memorial, bermula dari keranda MJ dibawa keluar dari Forest Lawn Cemetery menuju ke Staples Center Los Angeles, sehinggalah tamatnya majlis Memorial tersebut, menimbulkan pelbagai tanggapan dan spekulasi. Persoalan sama ada MJ telah memeluk Islam mungkin tidak akan terjawab selagi tiada berita sahih mengenainya.

Baru-baru ini diketahui bahawa laporan akhbar luar negara mengenai penglibatan Dawud Wharnsby dan Idris Phillips di dalam urusan pengislaman MJ adalah tidak benar, begitu juga laporan yang mengatakan Yusuf Islam turut terlibat.

Semua khabar angin itu terjawab baru-baru ini apabila Dawud Wharnsby dan Yusuf Islam sendiri menyangkal kebenaran laporan itu (Klik Sini). Apabila ini berlaku, maka timbul pula persoalan – siapakah sebenarnya imam yang bertanggungjawab mengislamkan MJ? Nama beliau tidak pernah disebut di mana-mana laporan akhbar pun. Maka, ini menguatkan lagi tanggapan bahawa berita pengislaman MJ sebenarnya khabar-khabar angin sahaja.

Apa pun keadaannya, apa yang berlaku dan apa yang pernah terlintas di hati MJ tidak mungkin kita ketahui. Apa yang pasti, kini (ketika artikel ini ditulis) masih tidak diketahui di mana MJ akan disemadikan. Banyak sumber melaporkan bahawa MJ tidak dibawa semula ke Forest Lawn Cemetery selepas majlis Memorial. Sebaliknya di bawa ke suatu lokasi yang tidak diketahui.

Di antara artikel :

Fox News

The Australian News

EOnline

Wallahu’alam. Apa pun keadaannya, doakan sahaja yang terbaik buat MJ…

Sedikit mengenai Memorial yang berlangsung kelmarin. Pada saya secara peribadi, kata-kata yang diucapkan oleh anak MJ, Paris serta memori yang dilalui oleh abang MJ, Marlon begitu menyentuh hati.

Untuk menonton ucapan Marlon Jackson  :  KLIK SINI

MICHAEL JACKSON, YOU’LL BE MISSED.

WELL, LIFE GOES ON….

 

campaign

KLIK SINI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s