FREEDOM2TALK

Posted: July 7, 2009 in FREEDOM2TALK
Assalamu’alaikum,
Freedom2Talk anjuran Tune Talk Sdn Bhd telah dimulakan baru-baru ini untuk mencari seorang Chief Talker yang akan memenangi RM50,000. Wang yang dimenangi ini akan digunakan sepenuhnya oleh pemenang untuk tujuan kebajikan.
Alhamdulillah, saya telah mendaftar sebagai seorang calon Chief Talker. Bagaimanapun, untuk dinobat sebagai Chief Talker dan memenangi RM50,000, undian yang banyak adalah diperlukan kerana pemenang akan dipilih berdasarkan undian paling banyak.
Untuk itu, undian rakan-rakan dan ahli keluarga boleh membantu usaha ini apatah lagi jika e-mel ini dipanjangkan pula kepada pihak-pihak lain maka tidak mustahil untuk ia menjadi kenyataan. Insya-Allah.
 
 
Tonton Video Promo
“Cat Stevens In Malaysia Campaign”
 

 

Mungkin saya boleh memberi maklumat mengenai apa yang sedang saya usahakan :
Dengan wang RM50,000, saya ingin membawa Cat Stevens ke Malaysia untuk mengadakan konsert amal. Wang yang diperolehi dari konsert ini akan disalurkan kepada badan-badan bukan kerajaan serta organisasi-organisasi lain yang memerlukannya pada waktu itu untuk tujuan kemanusiaan dan kebajikan, dalam dan luar negara.
 
 
 
 
 
 
Tiket konsert yang bakal dikenakan adalah tidak mahal, tidak seperti konsert-konsert amal artis luar negara sebelum ini yang mana ratusan malah ribuan ringgit dikenakan untuk menontonnya. Ini memberi peluang kepada semua golongan dan latar belakang untuk datang berhibur sambil beramal.
 
 
Siapakah Cat Stevens?
Cat Stevens ialah Yusuf Islam.
Yusuf Islam ialah Cat Stevens.
 
 :) :) :)
 
 
Untuk biografi Cat Stevens @ Yusuf Islam, layari :
 
 
Cat Stevens is talented, he’s one amazing performer.
Most importantly, he always stay positive
and he promotes peace!
 
 
 
BERITA BAIK!
 
Dari sistem undian ini juga diwujudkan peraduan untuk para pengundi. Pengundi yang dapat mengumpulkan jumlah penyokong/undian terbanyak akan memenangi RM10,000 serta panggilan percuma untuk satu tahun!
 
 
BAGAIMANA CARANYA?
 
(1) Pergi ke freedom2talk.org. Jika mahu meneruskan di dalam Bahasa Melayu, klik “Bahasa Malaysia” di sebelah atas skrin.
 
 
(2) Klik Vote Now atau Undi Sekarang.
 
 
(3) Klik Sign Up atau Daftar Sekarang. Jika pernah mendaftar sebelum ini, terus sahaja klik pada Login atau Log Masuk.
 
 
(4) Untuk mendaftar (bagi yang belum pernah mendaftar), isikan tempat-tempat kosong seperti yang diminta. Jangan lupa berikan maklumat yang lengkap dan tepat!
 
 
(5) Setelah selesai, klik Proceed atau Teruskan.
 
 
Selepas mendaftar, pastikan e-mel disemak segera kerana mereka akan menghantar e-mel pengesahan (jadi, pastikan alamat e-mel yang diberikan adalah betul). Di dalam e-mel tersebut diberikan nombor telefon Tune Talk dan password (kata kunci) sementara.
 
 
Klik “Please login now to Activate Your Account” di dalam e-mel tersebut. Di laman web Freedom2Talk, klik For Members Only atau Untuk Ahli Sahaja. Seterusnya, masukkan nombor telefon serta password (kata kunci) sementara yang diberikan dan klik Login atau Log Masuk.
 
 
* Untuk menukar password sementara tadi, cuma klik pada perkataan Password atau Kata Laluan dan isikan maklumat seperti yang diminta.
 
 
Setelah akaun diaktifkan, bolehlah mula membuat undian. Klik Vote Now atau Undi Sekarang. Klik di atas gambar SHARLIZA AHMAD (Insya-Allah tak susah nak cari). Pada skrin Profile Sharliza Ahmad, klik Vote For Me atau Undilah Saya.
 
 
 
Alhamdulillah, maka selesailah proses pengundian. Undian hanya boleh dibuat sekali sehari sahaja. Jadi jika mahu mengundi lebih dari satu kali, maka undian tersebut perlu dibuat pada keesokan harinya.
 
 
 
MENANGI RM10,000!
 
Peluang memenangi RM10,000 adalah cerah jika promosi dibuat secara besar-besaran. Untuk memastikan ahli keluarga dan rakan-rakan saudara mengundi di bawah nama saudara, berikan link yang disertakan di dalam e-mel yang dihantar oleh pihak Freedom2Talk. Perhatikan ayat berikut di dalam e-mel berkenaan :
 
 
 
Get your family and friends to support you,
forward them this link :-

http://www.freedom2talk.org/support.asp?me=010xxxxxxx

 
Forward/berikan link tersebut kepada semua kenalan dan keluarga agar mereka mengundi di bawah nama/akaun saudara. Link boleh diedar melalui e-mel, forum, laman web dan sebagainya.
 
Hmmm… terasa seperti saya ini sedang mempromosikan produk MLM pula! :) Mudah-mudahan usaha ini mendapat sokongan semua sekali gus melihat Cat Stevens membuat persembahan hebat di Malaysia! Ameen…
 
 
 
 
Berhibur Sambil Beramal!
 
 
 
BANTU USAHA AMAL INI DENGAN MENGHEBAHKAN MAKLUMAN INI KEPADA RAKAN-RAKAN
DAN AHLI KELUARGA.
 
 
atau
 
Gunakan link berikut untuk tujuan promosi
di laman web dan sebagainya :
 
 
 
 
Tarikh Tutup Undian :
20 Julai 2009
 
 
(Kurang dari 15 hari untuk merealisasikan usaha ini!)
 
 
 
 
Usaha dan sokongan yang diberikan saya dahulukan
dengan ucapan terima kasih.
 
 
 
 
~ Wassalam ~
 
 
 
 
Sharliza Ahmad
 
 
UNTUK MENGUNDI
 
 

KENALI CAT STEVENS : KLIK SINI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s