MENGAPA MICHAEL JACKSON DIHARGAI?

Posted: June 30, 2009 in GENERAL, IN LOVING MEMORY

Jika berkesempatan, mohon baca sehingga habis.

Kematian Michael Jackson membuka mata banyak pihak. Ya, dia mungkin seorang legenda, icon, King of Pop dan selebriti. Dia juga mungkin seorang pedophile pada kaca mata orang ramai (Pedophile : An adult who is sexually attracted to young children).

Pada saya, MJ selain sebagai icon seni, ialah model/contoh seorang kanak-kanak yang melalui keperitan di sepanjang dia membesar. Di dalam kata lain, jika melihat dari fakta-fakta dan kajian yang kita ketahui selama ini, MJ bukanlah seorang kanak-kanak yang membesar secara normal. Yes he had the money and fame. Namun, kekayaan yang dia perolehi semasa kecil telah meragut keindahan zaman kanak-kanak.

Ketika membaca artikel di dalam akhbar “The Star” Sabtu lepas mengenai pengalaman Tan Sri Syed Yusof ketika menguruskan kunjungan MJ ke Malaysia pada tahun 1996, saya menjadi begitu sebak.

“His behaviour was childlike. For instance, he liked to knock on the hotel room doors of his friends and then run away like a kid.” (The Star Online – Klik)

Apa yang digambarkan oleh Tan Sri Syed Yusof sudah cukup menggambarkan all the wonderful and fun stuff kids normally do yang gagal dilalui oleh MJ semasa kanak-kanak.

Jika kita membaca biografi MJ, dapatlah kita ketahui bahawa perjalanan kehidupan MJ begitu perit walaupun dia memiliki kekayaan. Well, money or fame isn’t everything. Kisah hidup MJ mengesahkan kata-kata ini.

Saya ada menerima beberapa teguran mengenai posting-posting MJ di blog saya. Terus terang saya katakan, penghormatan yang saya berikan kepada MJ ini adalah lebih kepada penghargaan, rasa simpati dan rasa syukur di atas jasa-jasa MJ sebagai seorang penghibur, seorang insan yang gemar menyalurkan hasil seninya kepada kebajikan dan seorang yang semakin mendekatkan hatinya kepada Islam.

Mungkin pengislaman MJ masih samar-samar. Mungkin juga kesahihannya tidak akan kita ketahui sampai bila-bila pun jika keluarga MJ mengambil keputusan untuk tidak membenarkan penkebumian MJ disiarkan secara langsung ke seluruh dunia. Namun, MJ sebenarnya telah lama berminat mempelajari Islam. Ini disahkan sendiri oleh abang MJ, Jermaine Jackson.

Di dalam tahun 2007 ketika Jermaine menyertai Big Brother Celebrity UK, Jermaine tanpa berselindung serta dengan beraninya bercerita mengenai kebesaran Allah dan keindahan Islam. Banyak pihak telah menemuramah Jermaine setelah terpegun melihat ketenangan yang ditunjukkan oleh Jermaine di sepanjang program tersebut berlangsung walaupun teman-teman selebriti lain dilanda kontroversi dan masalah.

* Untuk rekod : Big Brother ialah sebuah program realiti yang mana menempatkan peserta lelaki dan perempuan di dalam sebuah rumah. Gerak geri mereka pula dirakam oleh kamera (seperti Akademi Fantasia cuma jauh lebih terbuka dan tidak sesuai ditayangkan di Malaysia). Mungkin Big Brother Celebrity lebih terkawal dan lebih sopan. Pun begitu di sini kita fokuskan sahaja kepada positive sides yang melibatkan Jermaine Jackson.

Anyway. Sikap dan keperibadian Jermaine tiba-tiba menjadi bahan bualan sekali gus menjadikan beliau terkenal di UK. Peluang ditemuramah oleh wartawan akhbar dan stesen TV digunakan sebaiknya oleh Jermaine untuk bercerita tentang Islam dan bagaimana dia berharap MJ akan memeluk Islam suatu hari nanti. Malah, buku-buku mengenai Islam yang dihadiahkan oleh Jermaine habis dibaca oleh MJ.

********************

Antara Artikel (Klik) :

Dari Dailymail

Dari MSNBC

********************

VIDEO (Mohon tonton) :

(Mungkin ada babak yang menyinggung sesetengah pihak, contohnya Jermaine bersentuhan dengan wanita. Dia seorang revert dan tempoh masa dia bergelumang di dalam dunia seni Barat jauh lebih lama berbanding dia memeluk Islam. So let’s give him a chance)…. Dan untuk Video 1 mohon perlahankan volume kerana di penghujung video ada suara peminat-peminat menjerit. Nanti terperanjat.

Video 1 : http://www.youtube.com/watch?v=8wzFW1D1MII

Video 2 : http://www.youtube.com/watch?v=SlLZTgyM-ts (Cute One)

********************

Mengenai tuduhan pencabulan ke atas kanak-kanak pula, apa yang ditulis di dalam media belum tentu betul. Banyak peristiwa yang berlaku kepada saya dan keluarga secara peribadi memberi pengajaran kepada saya agar tidak mempercayai kata-kata media tanpa usul periksa di dalam apa jua kes, termasuklah kes MJ ini.

Cat Stevens muncul di pentas buat kali terakhir pada tahun 1979 selepas memeluk agama Islam dan menukar nama kepada Yusuf Islam. It was a ‘goodbye performance’. MJ juga mengumumkan bahawa konsert yang bakal bermula pada bulan Julai 2009 ini di London adalah konsert terakhir.

Walaupun mungkin sekadar teori, ini mengingatkan kita kepada tindakan Yusuf Islam dahulu. Siapa tahu, MJ bercadang untuk mengabdikan diri kepada Islam pula selepas ini, membawa diri keluar dari dunia seni yang penuh dengan kontroversi yang menghancurkan hidup beliau. Pun begitu ada juga rumours yang mengatakan MJ hampir bankrup kerana itulah beliau berusaha mengadakan 50 siri konsert di London walaupun usia mencecah 50! Wallahu’alam.

********************

Video 3 :

Persembahan terakhir oleh Yusuf Islam sebelum bersara pada tahun 1979 di Stadium Wembly bersempena “International Year of the Child” yang diusahakan oleh pihak UNICEF. Lagu “Child For a Day” ini dipersembahkan bersama David Essex, Alun Davies dan David (abang Yusuf Islam yang juga merupakan penulis lagu ini). Persembahan ini ialah persembahan penutup konsert tersebut.

“CHILD FOR A DAY”

“FATHER & SON”
(Juga dipersembahkan di dalam konsert tersebut)
Klik Disini Untuk Menonton Video

********************

Video 4 :

Pengumuman yang dibuat oleh Michael Jackson mengenai final konsert beliau tidak lama dahulu.


********************

Mungkin sudah tiba masa kita menghormati MJ sebagai seorang manusia, bukan seorang icon music atau King of Pop. Mungkin ini waktu yang paling sesuai untuk kita menghargai kerja-kerja kebajikan dan sifat-sifat baik yang ada pada MJ.

Apa pun keadaannya, his fate and final destination will be determined by God… the only God, Allah.

Sekian, Wassalam.

Syalina Ahmad

********************

Artikel-Artikel Lain :
KLIK SINI

 

campaign

KLIK SINI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s