MICHAEL JACKSON MENINGGAL DUNIA

Posted: June 26, 2009 in GENERAL, IN LOVING MEMORY

mjBerita kematian Michael Jackson (MJ) telah mengejutkan dunia. Saya sendiri sebak mengenangkan MJ yang telah pergi meninggalkan kita semua di dalam usia yang cukup muda.

Saya sebak kerana MJ adalah seorang penghibur yang telah memberi impak besar kepada seni. Saya sebak mengenangkan segala kontroversi yang melanda dirinya. Mungkin tidak ramai yang mengetahui mengenai perjalanan seni MJ yang bermula dari zaman kanak-kanak lagi. MJ ialah seorang bintang yang pernah melalui saat suka duka, pahit dan manis.

Saya juga sebak kerana MJ terperangkap di dalam ‘dunianya’ sehingga hampir sahaja mengasingkan diri dari dunia realiti. Namun, suatu perkara yang menyebabkan saya begitu sebak dan terharu ialah pengislaman MJ yang kemudian menukar nama kepada “Mikaeel”. 

Tidak terdapat banyak sumber dan berita mengenai pengislaman MJ sehinggakan kita masih tertanya-tanya – “Betulkah?” Apa pun keadaannya, betul atau tidak, dan jika benar MJ telah memeluk Islam, sama-samalah kita berdoa agar rohnya dicucuri rahmat. Usah bimbang, insya-Allah upacara pengkebumian MJ dijalankan seperti yang sepatutnya kerana abang MJ Jermaine Jackson juga seorang Muslim.

Berita Pengislaman MJ (Klik) :

Video di You Tube
Dari Telegraph.co.uk
Dari New York Post

Sedekahkan Al-Fatihah…

 

********************

Berikut pula ialah video dari original movie “Ben” (1972). Lagu tema filem ini dinyanyikan oleh Michael Jackson. My personal favourite (lagu, bukan filem).

 

********************

Artikel mengenai kematian MJ & penghargaan :

The Washington Post
CBS News
The Daily Telegraph
Telegraph.co.uk
Artikel-Artikel Lain

  
~  Syalina Ahmad ~
A Fan of MJ
 
 

 **************************

 

VIDEO LIPUTAN DI CNN
KLIK SINI

 
Artikel-artikel Lain :

KLIK DI SINI

 

campaign

 

 

 

 

KLIK SINI

 

Comments
  1. mionemico says:

    sedih gila pagi tadi (friday) on the way to work.. traxx fm..they played BEN..plus the announcement.

    ladyrain75

  2. syalinamd says:

    Memang mengejutkan… cuma harap MJ meninggal sebagai seorang Muslim…

  3. khairul says:

    you are not alone…..
    black or white
    billy jeans
    whos bad
    thriller

  4. Kita adalah hamba Allah, miskin, kaya, ternama atau terhina, hidup kita hanya sementara sahaja, samapai masa baliklah kita kepada Allah yang menciptakan kita. Yang penting bukan pangkat kita, bukan harta kita, tetapi amalan yang kita hendak bawa balik bertemu dengan Allah. Hidup dan mati adalah iktibar bagi semua yang berakal. Ambillah iktibar dan bersedia untuk mati.

    MYA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s