PRESTASI “EMILDA”

Posted: June 18, 2009 in GENERAL, WRITINGS

Baru-baru ini saya mendapat maklum balas daripada pihak PTS Publications bahawa jumlah jualan novel EMILDA Catatan Seorang Perindu bagi tahun 2008/2009 ialah sebanyak 2,735 naskah.

Novel Emilda mula dipasarkan pada bulan Oktober 2008 dengan cetakan pertama 3,000 naskah. Baru-baru ini ia telah diulang cetak (cetakan kedua). Selain itu, novel ini juga dipilih oleh KEMAS bagi pembelian tahun 2009. Alhamdulillah.

Saya tidak boleh melupakan soalan yang diajukan oleh seorang teman tidak lama dahulu – “Baaaaaaru satu novel dah riuh!” Saya tahu dia bergurau kerana dia memang jenis yang suka bergurau. Pun begitu saya sempat juga menjawab, “Habis tu? Nak tunggu sepuluh novel baru nak promote?” Huh!

Saya tidak ambil hati. Memang benar, saya tergolong di dalam golongan penulis yang akan mempromosikan karya sendiri bermati-matian walaupun ia sekadar karya sulung.

Saya tidak pernah serik walaupun pada mulanya jualan begitu slow di beberapa tempat. Saya akan bertanya kepada pemilik/pekerja kedai yang saya kunjungi mengenai prestasi penjualan novel Emilda.

Saya mempunyai beberapa sebab mengapa saya tidak boleh berputus asa. Di antara alasannya :

Sebab Pertama

Novel ini telah ditolak (rejected) dua kali sebelum berjaya diterbitkan. Jika diikutkan sudah lama saya berputus asa tetapi kerana minat yang mendalam, saya tidak mahu mengalah. Bayangkan, buku ini siap ditulis pada tahun 2002 dan hanya diterbitkan pada tahun 2008.

Apabila diterima pada cubaan ketiga, saya belum boleh menarik nafas lega. Saya perlu menambah bilangan muka surat. Saya menghadapi semua ini dengan tenang kerana saya tahu saya ialah seorang penulis amatur yang baru hendak mendalami ilmu dunia penulisan. Saya perlu belajar. Maksud saya, BANYAK belajar. Emilda is my baby. Not to be neglected.

Sebab Kedua

Bagi kebanyakan penulis, bidang penulisan dianggap sebagai salah satu hobi. Kebanyakan penulis terutamanya di zaman serba canggih ini mempunyai kerjaya tetap yang hebat sebagai pensyarah, pengurus syarikat terkemuka, doktor, pakar motivasi dan lain-lain. Saya pula tidak mempunyai kerjaya tetap. Yang saya ada cuma sebuah syarikat dan tadika yang bergerak di dalam pace sederhana.

Jadi faham-fahamlah, kadang-kadang sekadar cukup untuk membayar gaji staf dan expenses perniagaan sahaja. Ini bermakna, saya perlu mencari wang tambahan untuk menyara diri dan keluarga sendiri. Kerana itulah saya perlu memandang serius bidang penulisan ini kerana selain bengkel-bengkel yang saya anjurkan, bidang penulisan ada potensi besar untuk menjadi ‘periuk nasi’ saya.

Saya bukan mengeluh, sekadar memberi gambaran sebenar. Coretan mengenai pengalaman menguruskan syarikat & tadika sendiri :

https://syalinamd.wordpress.com/2009/05/07/luahan-hati-seorang-pendidik/

https://syalinamd.wordpress.com/2009/01/20/bukan-untung-cuma-nak-tolong/

https://syalinamd.wordpress.com/2009/02/13/teknik-membaca/

Sebab Ketiga

Darah seorang penulis mengalir dalam diri saya. Genetik agaknya. Boleh dianggap begitu? Ayah saya mula menceburi bidang penulisan drama, berita, lagu dan lain-lain sejak dari bangku sekolah lagi. Ibu saya pula pandai menulis puisi. Pada suatu ketika dahulu ibu saya kerap menghantar puisi ke akhbar dan majalah.

Walaupun saya masih bertatih, saya perlu meneruskan minat mereka. Mujur saya juga dengan ikhlas meminati bidang penulisan ini.

Sebab Keempat

Bagi memastikan saya terus berada di dalam bidang ini dan terus survive, saya perlu membawa diri saya ke tengah (untuk membawa diri saya ke hadapan, saya perlu bekerja lebih keras lagi). Semua ini saya lakukan bukan untuk glamour tetapi untuk kebaikan di masa hadapan.

Pada waktu ini saya sedang menyiapkan novel kedua. Insya-Allah akan disiapkan di dalam masa sebulan ini. Semoga Allah permudahkan. Sebagai seorang hamba Allah yang banyak merasai jatuh bangun di dalam kehidupan dan perniagaan saya yakin, punca rezeki ada di mana-mana. Hanya tinggal untuk diusahakan sahaja…

Sekian, Wassalam.

Terima kasih PTS One Sdn Bhd kerana meyakini kemampuan saya sekali gus memberi peluang kepada saya untuk memulakan langkah sebagai seorang penulis…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s