USTAZ FATHI YAKAN MENINGGAL DUNIA

Posted: June 14, 2009 in GENERAL, IN LOVING MEMORY

Pagi ini saya menerima e-mel sedih mengenai kehilangan seorang lagi tokoh Islam terkenal iaitu Ustaz Fathi Yakan pada 13 Jun 2009 jam 4:45 petang waktu Beirut (lebih kurang jam 9:45 malam waktu Malaysia).

Mungkin ramai yang tidak mengenali Ustaz Fathi Yakan. Di bawah saya sertakan biografi ringkas mengenai perjuangan Allahyarham yang disalin dari e-mel berkenaan.

Di dalam usrah kami pernah menggunakan buku “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” tulisan Allahyarham. Selalunya saya kurang membaca (sikap yang perlu saya ubah segera). Pun begitu, saya amat menyukai buku tersebut kerana pengisiannya yang mudah untuk difahami walaupun topik perbincangannya berat.

Sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Fathi Yakan…

**********************************

(Disalin dari e-mel yang diforward)

13 Jun – Dunia Islam dikejutkan dengan pemergian seorang da’iyah yang cukup terkenal di medan lapangan dakwah, Syeikh Fathi Yakan, pagi tadi selepas bertarung dengan penyakitnya beberapa lama. Beliau yang merupakan Ketua Pakatan Amal Islami Lubnan meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Beliau dilahirkan pada tahun 1933 di Tarablus, Utara Lubnan. Sepanjang penglibatan dalam amal Islami, beliau dianggap sebagai salah seorang tokoh utama dan penting bagi gerakan dakwah Islam di Lubnan secara khususnya dan di seluruh dunia Islam secara umumnya. Beliau merupakan pengasas gerakan dakwah Islam di Lubnan pada tahun 1950-an.

Beliau juga telah memainkan peranan yang sangat penting dan meninggalkan sumbangan yang amat besar dalam meletakkan dasar-dasar utama kepada pemikiran dan fikrah gerakan-gerakan Islam di dunia Arab dan Islam. Di antara siri karya-karya da’awie beliau yang banyak digunapakai oleh penggerak-penggerak dakwah adalah buku “Apa Ertinya Aku Menganut Islam”, “Permasalahan Dakwah dan Da’iyah” dan “Abjadiyat Tasawwur Haraki dalam Amal Islami”. Karya-karya berharga beliau telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain termasuklah bahasa Melayu.

Beliau juga pernah bertanding dalam pilihanraya tempatan Lubnan ada tahun 1992, dan memenangi kerusi Tarablus. Beliau juga merupakan salah seorang panel Konvensyen Islam Antarabangsa. Di dalam Lubnan, peribadi beliau digambarkan sebagai seorang patriotik, seorang yang menyeru dan berusaha kepada kesatuan perpaduan, dan merungkaikan perselisihan atau perbalahan di kalangan masayarakat Lubnan, terutama sekali di antara golongan majoriti dan minoriti.

Semoga Allah mengampuni dosa beliau, meletakkan beliau bersama para Nabi dan Rasul, para Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin, mereka semua adalah sebaik-baik teman di sana. Moga Allah mengganjari semua amal beliau semasa hidup, mengurniakan kepada kita kemampuan untuk menuruti langkah perjuangan, tunjuk ajar dan contoh tauladan yang ada pada peribadi beliau.

Wahai sheikh, kita tak pernah bersua di dunia, kami berharap semoga kita akan bersua di sana nanti. Amin.

Mus’ab bin Sahrim
Meiji University,
Tokyo, Japan

 

**********************************

Lain-lain artikel :

World Bulletin.Net

Naharnet.Com

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s